Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tunjuk perasaan atau unjuk rasa[nota bahasa 1] atau demonstrasi ialah perbuatan sekumpulan orang berkumpul beramai-ramai atau berarak di hadapan umum secara aman tanpa melibatkan sebarang perbuatan yang menyerang; tindakan ini biasanya dilakukan untuk menyatakan pendapat khusus kelompok tersebut[3] atau menentang balas kebijakan yang dilaksanakan suatu pihak. Ia dapat juga dilakukan sebagai sebuah upaya penekanan secara politik oleh kepentingan kelompok.
Bantahan ramai yang dilakukan ini lazimnya dengan tujuan atau motif tertentu sama ada ia menyentuh isu ekonomi, masyarakat mahupun politik. Adakalanya apabila isu yang disentuh ini sangat menimbulkan kontroversi, maka suatu tunjuk perasaan yang melawan pendirian kelompok asal akan bermunculan; dua-dua puak yang sengit ini boleh mengganas sekiranya bertembung.
Kelompok yang terlibat dalam peramaian ini muncul sama ada secara berhimpun, berarak, malah juga secara duduk.
Tunjuk perasaan jika tidak dikawal dengan baik kadangkalanya cenderung menyebabkan perosakan harta benda akibat perasaan atau semangat terlalu kuat para penunjuk rasa. Sekiranya keadaan menggenting ini menjadi semakin gawat, maka pihak polis atau pasukan tentera yang memerhati akan mengamankan keadaan menggunakan pendekatan tidak membahayakan (non-lethal force) sama ada menggunakan alat melemahkan deria (seperti gas pemedih mata atau penyembur lada) ataupun senjata yang melumpuhkan seketika (misalnya peluru getah atau alat perenjat.)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.