Senjata perenjat (electroshock weapon) bertujuan melumpuhkan sementara tanpa menyebabkan kecederaan penting dengan melalukan suatu arus elektrik yang menyebabkan renjatan mengganggu fungsi otot badan dan/atau menimbulkan rasa sakit pada sasaran.

Ia sering digunakan anggota pihak berkuasa (polis misalnya) dalam situasi menghadapi suspek berbahaya yang ingin melarikan diri atau melawan tanpa mencederakan diri sendiri mahupun tanpa sebarang kesan sampingan buruk.

Prinsip mekanisme

Banyak senjata jenis ini menggunakan sejenis litar dalaman ringkas seperti pengayun pembalik kuasa atau transformer menaik atau pembahagi voltan penguat diod agar suatu keluaran arus ulang-alik bervoltan tinggi atau arus terus berterusan dapat dihasilkan.

Senjata ini mendapat bekalan tenaga daripada bateri; jumlah yang diperlukan bergantung kepada spesifikasi dan model pengeluar. Jumlah arus yang dihasilkan bergantung kepada banyak faktor seperti ciri tahap rintangan dalam badan sasaran, jenis kulit, kemasinan badan, ketebalan pakaian, binaan litar dalaman senjata, bentuk gelombang keluran serta keadaan bateri bekalan tenaga.[1][2]

Jenis

TASER

Ia merupakan antara senjata perenjat paling kerap digunakan oleh pasukan pengawal dan polis seluruh dunia. Senjata ini terdiri daripada dua jarum mirip anak damak yang dilepaskan gas nitrogen termampat[3][4] setelah dipicu lalu menembus kuat pada kulit sasaran. Jarum tersebut disambungkan kepada bekalan elektrik melalui suatu wayar kuprum yang mengalirkan arus elektrik yang melumpuhkan sasaran buat seketika waktu. Sambungan ini didapati dalam spesifikasi berbeza-beza mengikut kehendak pengguna sehingga maksimum 35 kaki atau 10.6 meter.[4]

Senjata ini mula dibangunkan Jack Cover, seorang penyelidik dalam program Apollo NASA dari tahun 1969[5] sehingga 1974. Cover menamakan senjata ini sebagai akronim daripada nama Tom A. Swift's Electric Rifle ("Raifal elektrik Tom A. Swift") - Tom A. Swift merupakan seorang watak cerita disukainya daripada sebuah novel berjudul Tom Swift and His Electric Rifle karya Victor Appleton, iaitu nama jolokan kolektif untuk karya keluaran Stratemeyer Syndicate yang turut mengeluarkan siri novel remaja lain seperti Nancy Drew dan The Hardy Boys.[6]

Senapang perenjat (Stun gun)

Risiko penggunaan

Kawalan pengendalian

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.