From Wikipedia, the free encyclopedia
Anak-anak Hadi (bahasa Inggeris: The Hardy Boys) ialah sebuah siri detektif/pengembaraan yang terkenal untuk budak-budak lelaki. Ia membabadkan pengembaraan-pengembaraan cereka tentang Frank dan Joe Hardy, dua orang adik-beradik umur belasan. Siri Anak-anak Hadi yang asal diterbitkan antara tahun 1927 dan 1979 di bawah nama pena Franklin W. Dixon.
Anak-anak Hadi ialah sebuah terbitan Sindiket Stratemeyer, penerbit banyak siri buku yang berjaya seperti Anak-anak Rover, Anak-anak Kembar Bobbsey dan Tom Swift serta kemudiannya, Siti Salma (versi asli: Nancy Drew). Edward Stratemeyer memikirkan jalan cerita yang menjadi jilid pertama siri Anak-anak Hadi pada tahun 1926. Berbagai-bagai penulis siluman kemudian digaji di bawah kontrak untuk mengekalkan kerahsiaan penulis yang sebenar. Penulis novel yang pertama ialah Leslie McFarlane yang tulisannya mentakrifkan gaya kesusasteraan siri ini, serta juga personaliti dan nuansa watak-wataknya. McFarlane menulis jilid-jilid 1–16 dan 22–24 yang umumnya telah dianggap sebagai karya-karya yang terbaik dalam siri ini. Bayangan Anak-anak Hadi (Ghost of the Anak-anak Hadi), autobiografi McFarlane yang diterbitkan pada tahun 1976, memberikan banyak matlumat latar belakang tentang siri ini serta juga Sindiket Stratemeyer pada keseluruhannya.
Kerja-kerja penyemakan terhadap 38 judul yang pertama dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1959. Pada sepanjang 15 tahun yang berikut, siri ini disemak untuk memodenkan bahasa vernakular yang usang, memendekkan cerita, menuakan watak-watak dan menghapuskan stereotaip-stereotaip etnik yang banyak terdapat dalam buku-buku siri ini yang awal (walaupun siri ini mempunyai keseluruhan yang agak luar biasa pada zamannya kerana mempunyai dua watak sampingan bukan-WASP yang digambarkan sebagai remaja-remaja yang normal dan terasimilasi — iaitu Tony Prito dan Phil Cohen). Hasil proses ini berbeza-beza antara satu buku sama lain. Dalam sesetengah kes, hanya perubahan sedikit dibuat manakala dalam kes-kes yang lain, kesemua jalan cerita ditukar, dan menyebabkan sebuah buku yang baru yang langsung berlainan dengan buku asal.
Pada tahun 1979 selepas 52 tahun dan 58 judul (serta juga Buku Panduan Detektif Anak-anak Hadi yang didaktik), Grosset & Dunlap hilang haknya untuk menerbitkan sebarang cerita Anak-anak Hadi yang baru dalam sebuah perbicaraan yang berpanjangan dengan Sindiket Stratemeyer. Walaupun demikian, mereka dapat mengekalkan hak untuk meneruskan penerbitan kesemua 58 judul tersebut (dirujuk sebagai daftar karya oleh para peminat) sehingga hari ini, walaupun terdapat banyak pertukaran pemilik. Sementara itu, Simon & Schuster meneruskan penerbitan siri ini dalam bentuk kulit lembut, iaitu siri Ikhtisar Anak-anak Hadi. Pada tahun 2005, siri Ikhtisar yang mengagumkan ditamatkan dengan jilid ke-190nya, dengan sebuah siri baru yang berjudul Anak-anak Hadi: Adik-beradik Pengintipan dimulakan. Siri Adik-beradik Pengintipan dilengkapi dengan sebuah siri novel grafik dan pada mula-mulanya, juga sebuah siri buku komik yang kini telah dihentikan. Juga pada tahun 2005, Grosset & Dunlap memperoleh keizinan untuk meneruskan penerbitan lebih banyak judul dalam bentuk kulit tebal, bermula dengan jilid-jilid 59 hingga 66 dalam siri Ikhtisar.
Anak-anak Hadi juga muncul dalam banyak siri terbitan turunan, termasuk:
Siri Anak-anak Hadi telah diterbitkan dalam melebihi 25 buah bahasa, termasuk bahasa-bahasa Norway, Sepanyol, Sweden, Belanda, Perancis, Jerman, Sinhala, Jepun, Rusia, Melayu, dan Afrikaan.
58 buah cerita pertama serta 38 semakannya, bersama dengan Buku Panduan Detektif dan semaknya, telah dianggap oleh banyak pengumpul sebagai daftar karya Anak-anak Hadi'.
|
|
|
Siri buku kulit lembut yang kini telah ditamatkan bermula pada tahun 1979 sebagai suatu sambungan kepada buku-buku kulit tebal. Oleh itu nombor jilidnya bermula dengan #59 dan berakhir pada tahun 2005 dengan jilid #190.
Jilid-jilid 59 - 85 juga diterbitkan dalam bentuk kulit tebal dengan jaket buku.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.