Bahasa Hindi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bahasa Hindi (Tulisan Devanagari: हिन्दी, har. hindī) ialah bahasa kebangsaan India. Bahasa Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di India Utara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:
- Panjābī, Sindhī, Gujarātī di Barat dan Barat Laut;
- Marāthī di Selatan;
- Orīyā di Tenggara;
- Bengālī di Timur; dan
- Nepālī di Utara.
Remove ads
Melihatkan kepopularan bahasa Hindi, Perkhidmatan Dunia BBC memulakan Berita dalam bahasa Hindi pada tahun 1940.
Remove ads
Asal-usul
Asal-usul perkataan "Hindi" mungkin merupakan perkataan bahasa Sanskrit Sindhu (सिन्धु). Orang Zoroaster yang pernah menjadi jiran India menyebut "Sindhu" sebagai "Hindu" dalam bahasa Avesta mereka, sebagai rujukan kepada orang yang tinggal berdekatan atau di seberang Sungai Sindhu River, maka tempat tinggal mereka digelar "Hindustan". Perkataan Sanskrit Sindhu dalam bentuk bahasa Avestanya Hindu (bagi orang India), Hind (bagi negara India) dan Hindi (bagi bahasa India) diturunkan kepada bahasa-bahasa Iran moden seperti bahasa Farsi dan Pahlavi.
Dalam konteks moden, perkataan Hindī merangkumi Hind "India", dan akhiran adjektif ī. Maka Hindī diterjemah sebgai "(berkeperihalan) India". Dalam zaman sekarang, Hindī dalam erti sedemikian kian kurang diterima; sebaliknya maksudnya hanya merupakan bahasa yang membawa nama ini.[1]
Remove ads
Fonologi
Terdapat lebih kurang 11 bunyi vokal dan 35 konsonan dalam bahasa Hindī baku, seperti yang berikut:
Vokal
Bunyi-bunyi vokal bahasa Hindi, amsing-masing besertakan simbol Devanagari tunggal, tanda diakritik dengan huruf konsonan प (p), sebutan (vokal itu sendiri serta vokal yang menyusuli /p/) dalam IPA, simbol IAST yang setara dan bunyi yang setara dalam bahasa Melayu (melainkan dinyatakan) adalah seperti beikut:

Nota tambahan bagi vokal
- Bunyi vokal buka-tengah hadapan tidak berbulat (/ɛ/: seperti fonem ai bahasa Hindi yang lebih pendek) mungkin merupakan alofon bersyarat bagi schwa. Maka, sebutan huruf vokal अ dada dua bentuknya. Apabila bunyi vokal ini diikuti oleh /h/ di tengah perkataan, atau mengelilingi /h/ di tengah perkataan, atau diikuti oleh /h/ di akhir perkataan, berlakunya perubahan alofon padanya menjadi /ɛ/ yang pendek. Dalam kes-kes lain ia menjadi schwa. Maka, perkataan-perkataan शहर, रहना, कह masing-masing disebut sebagai /ʃɛhɛr/, /rɛhnɑː/ dan /kɛh/ dan bukannya /ʃəhər/, /rəhənɑː/ dan /kəh/. ini juga berlaku dalam kata pinjaman dari bahasa Inggeris, yang mana kadang-kala simbol vokal baru ऍ dipakai (candra: पॅ). cth. "pen": पॅन.
- Bunyi vokal buka belakang berbulat (/ɒ/: seperti o dalam "hot" dalam bahasa Inggerus), tidak wujud langsung dalam bahasa Hindi, melainkan kata pinjamana bahasa Inggeris. Dalam daftar ejaan, simbol baru ऑ (पॉ) direka untuk kes ini. Jika dimasukkan dalam fonologi bahasa Hindi, ini memjadikan vokal fonemik bahasa ini menjadi 11.
- Terdapat vokal tambahan yang dirangkumi dalam huruf Hindi, iaitu:
- ऋ (asalnya dalam bahasa Sanskrit sebagai anggaran retrofleks sukuan berupa vokal), disebut dalam bahasa Hindi moden sebagai /ri/, hanya dipakai dalam kata pinjaman bahasa Sanskrit (पृ).
- अं (anusvāra), disebut /əŋ/. Diakritiknya (titik di bahagian atas) digunakan untuk pelbagai tujuan, merangkumi penyengauan vokal, dan pewakilan konsonan-konsonan nasal /n/, /m/, /ɳ/, /ɲ/, /ŋ/ sebelum satu konsonan seterusnya. Ini menghasilkan ejaan alternatif bagi sesetengah perkataan. Contohnya, perkataan "Hindi" sendiri ada dua ejaan: हिन्दी dan हिंदी.
- अः (visarga), disebut /əh/. Hanya digunakan dalam kata pinjaman bahasa Sanskrit (पः).
- Diakritik अँ (candrabindu), tidak tersenarai secara rasmi dalam huruf-huruf, sering ditukar ganti dengan anusvāra untuk menandakan penyengauan vokal (पँ).
Pengguguran schwa pada akhir perkataan Hindi (bagi pinjaman Sanskrit) banyak menyusahkan orang asing yang belajar bahasa ini. Contohnya:
Konsonan
Bahasa Hindi mengandungi sistem konsonan yang besar dengan kira-kira 38 fonem berbeza. Bilangan tepat tidak dapat dihasilkan kerana kepelbagaian dialek setempat Hindi menonjolkan perbezaan dalam himpunan konsonannya. Perangkuman konsonan-konsonan asing ke dalam bahasa Hindi baku juga diperdebat. Teras tradisional sistem konsonan yang diwarisi daripada bahasa Sanskrit ini terdiri daripada satu matriks 20 plosif, 5 nasal, dan 8 sonoran/frikatif. sistem ini diisi lagi dengan 5 bunyi yang berasal daripada bahasa Farsi, tetapi sekarang dianggap sebagai bunyi Hindi. Jadual berikut memaparkan fonologi konsonan Hindi. Diingatkan bahawa segala konsonan nasal, kericauan, kibasan, anggaran dan anggaran lateral dalam bahasa Hindi dianggap sebagai konsonan bersuara.
25 konsonan hentian ini dibahagikan kepada lima kumpulan, yang mana setiap kumpulan ini berkongsi kedudukan lafazan yang sama. Kedudukan-kedudukan tersebut dalam susunan lazimnya ialah: velum, retrofleks, lelangit, gigi, dan bibir. Dalam setiap kedudukan ini, terdapat lima konsonan berbeza, dengan konsonan oral dan satu konsonan nasal. Konsonan oral ini terdiri daripada konsonan bersuara, beraspirasi, kedua-duanya, atau tiadanya sedemikian.
Jadual berikut menunjukkan penyenaraian lazim bagi konsonan-konsonan bahasa Hindi (dalam skrip Devanagari) besertakan persamaannya dalam bahasa Melayu/lain. Setiap konsonan yang ditunjukkan ini dianggap sebagai diikuti vokal neutral schwa (/ə/), dan dinamakan dalam jadual sedemikan. Persamaan rumi yang biasanya digunakan untuk mentranskripsi perkataan Hindi dalam transliterasi kasual turut diberi dalam baris kedua.
Selain jadual huruf-huruf Hindi tradisional tadi, terdapat juga tiga gugusan konsonan: क्ष /kʃə/, त्र /t̪rə/ dan ज्ञ /gjə/ (sebutan yang diberi untuk bahasa Hindi). Selain itu, bunyi-bunyi dari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Farsi dan Arab ditulis dengan tanda titik (bindu atau nukta) di bawah huruf yang paling hampir serupa bunyinya, namun huruf-huruf tersebut tidak terangkum dalam senarai tradisional. Kebanyakan penutur asli bahasa Hindi tidak menyebut bunyi-bunyi ini (kecuali /ɽ / dan / ɽʱ/), sebaliknya menggantikannya dengan bunyi paling hampir, seperti yang ditunjukkan di kolum ke-4 dalam jadual berikut.
ड़ /ɽə/ dan ढ़ /ɽʱə/ bukanlah berasal daripada bahasa Farsi/Arab, sebaliknya merupakan variasi alofon bagi konsonan retrofleks bersuara ringkas dalam bahasa Sanskrit.
Remove ads
Frasa-frasa penting
Rujukan
Bacaan tambahan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads