221 – Liu Bei, seorang hulubalang China dan ahli kerabat diraja Han, mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja negeri Shu-Han serta menuntut pewarisan takhta Dinasti Han.
933 – Setelah sepuluh tahun gencatan senjata, Raja Henry I dari Jerman menewaskan tentera Hungary di Pertempuran Riade berhampiran sungai Unstrut.
1848 – Tercetusnya revolusi di Hungary, yang mana para pemerintah Habsburg dipaksa memenuhi tuntutan Parti Pembaharuan.
1877 - Sejarah kriket: Pemain-pemain kriket yang mewakili England dan Australia memulakan pertandingan Ujian yang pertama di Padang Kriket Melbourne, Victoria, Australia.
1965 – Presiden Lyndon B. Johnson, ketika mengulas krisis Selma, berucap kepada Kongres bahawa "Kita akan mengatasinya" sambil menyuarakan sokongan kepada Akta Hak Pengundian.