Remove ads
Setiausaha Agung Parti Komunis China From Wikipedia, the free encyclopedia
Xi Jinping (pinyin: Xí Jìnpíng; lahir 15 Jun 1953) ialah Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Presiden Republik Rakyat China dan Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (STP) sejak 2013. Beliau pernah memegang jawatan Naib Presiden China, Presiden Sekolah Parti Pusat dan anggota pertama Jawatankuasa Tetap Politburo, alat kuasa tertinggi de facto China. Beliau menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China pada 15 November 2012 apabila 18TH negara Kongres Parti Komunis China bersidang dan memegang jawatan tersebut selama dua penggal lima tahun. Beliau mengangotai Sekretariat Pusat Parti Komunis China, dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat.
Xi Jinping | |
---|---|
习近平 | |
Setiausaha Agung Parti Komunis China | |
Menyandang jawatan 15 November 2012 | |
Didahului oleh | Hu Jintao |
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat PKC | |
Menyandang jawatan 15 November 2012 | |
Timbalan |
|
Didahului oleh | Hu Jintao |
Presiden Republik Rakyat China | |
Menyandang jawatan 14 Mac 2013 | |
Premier | Li Keqiang (2013-2023) Li Qiang (2023-kini) |
Naib Presiden | Li Yuanchao Wang Qishan Han Zheng |
Didahului oleh | Hu Jintao |
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat RRC | |
Menyandang jawatan 14 Mac 2013 | |
Timbalan |
|
Didahului oleh | Hu Jintao |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Beijing, Republik Rakyat China | 15 Jun 1953
Parti politik | Parti Komunis China |
Pasangan | Peng Liyuan |
Anak | Xi Mingze (perempuan) |
Tempat belajar | Tsinghua University |
Tandatangan | Tandatangan |
Xi Jinping | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 习近平 | ||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 習近平 | ||||||||||||
|
Pada 14 Mac 2013, Xi Jinping menjadi Presiden Republik Rakyat China menggantikan Hu Jintao.
Pada 5 Oktober 2013, Xi Jinping menemui bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Beliau memuji Mahathir yang menyumbang kepada usaha mendorong kerjasama persahabatan kedua-dua negara dan menyifatkan beliau rakan lama yang dihormati rakyat China.[1]
Pada 25 April 2019, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua.[2]
Pada 13 Februari 2020, Xi Jinping mengadakan perbualan telefon dengan Mahathir mengenai penularan wabak COVID-19.[3] Malaysia dan China bersetuju mempertingkatkan usaha serta menjalinkan kerjasama lebih rapat ke arah menangani COVID-19.[4]
Pada bulan Ogos 2022, kumpulan hak asasi manusia berkata pihak berkuasa China memaksa pengkritik politik ditahan di hospital psikiatri di mana mereka melalui terapi renjatan elektrik dan dimasukkan dadah. Laporan Safeguard Defenders itu dibuat berdasarkan keterangan 99 orang antara 2015 hingga 2021. Individu yang mendakwa menjadi mangsa turut menceritakan bagaimana mereka ditahan secara berasingan untuk tempoh lama, selain diikat pada katil mereka sehingga bergelumang dalam najis sendiri. Satu kes dipetik melibatkan Dong Yaoqiong, 30, yang ditahan selepas memuat naik videonya menyimbah dakwat pada potret Xi Jinping pada 2018, sebelum wanita itu dihantar untuk rawatan psikiatri di wilayah Hunan.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.