From Wikipedia, the free encyclopedia
Liverpool F.C. ialah sebuah kelab bola sepak yang berasal dari Liverpool, England.
Nama penuh | Liverpool Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | The Reds | |||
Diasaskan | 3 Jun 1892[1] | |||
Pemilik | Fenway Sports Group | |||
Pengerusi | Tom Werner | |||
Pengurus | Arne Slot | |||
Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
2021–22 | Liga Perdana Inggeris, ke-2 dari 20 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Liverpool merupakan kelab bola sepak berpendapatan tertinggi pertama di dunia pada tahun 2019, dengan pendapatan tahunan €3.1 billion, dan kelab bola sepak pertama paling berharga di dunia pada tahun 2019, bernilai $4.896 bilion. Kelab ini adalah salah satu pasukan yang paling banyak disokong di seluruh dunia. Liverpool mempunyai persaingan lama dengan Manchester United.
Penyokong kelab Liverpool pernah terlibat dalam dua tragedi besar: bencana Stadium Heysel, di mana para peminat melarikan diri dari tembok runtuh di Final Piala Eropah 1985 di Brussels, dengan 39 orang telah meninggal kebanyakan peminat dari negara Itali iaitu Juventus, selepas itu kelab-kelab Inggeris diberi larangan selama sepuluh tahun dari persaingan Eropah. Pada tahun 1989, bencana Hillsborough telah berlaku tragedi besar di mana 97 penyokong Liverpool telah mati dalam perlawanan akibat runtuhan pagar perimeter.
Pasukan ini berubah dari jersi merah dan seluar pendek putih menjadi jalur rumah berwarna merah pada tahun 1964 yang telah digunakan sejak itu. Merah telah menjadi warna jersi utama sejak tahun 1896. Lagu kebanggaan adalah "You'll Never Walk Alone".
Rencana Utama: Sejarah Liverpool F.C.
Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah dengan Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park.
Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.
Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaah dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.
Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.
Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun, Bill Shankly menjadikan Liverpool antara pasukan paling ternama di Eropah.
Tindakan pertama Bill Shankly selepas mengambil alih jawatan pengurus adalah untuk membuang 24 orang pemain. Bill Shankly membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland dan mendapatkan Roger Hunt, Ian Callaghan dan Gerry Byrne. Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dan dinaikkan ke Divisyen Satu Liga Inggeris.
Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Bill Shankly menukar jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah seluruhnya, dan warna ini kekal digunakan hingga ke hari ini. Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. mengalahkan Leeds United 2-1. Liverpool juga pertama kali beraksi di benua Eropah, tetapi dikalahkan Inter Milan di peringkat separuh akhir.
Dalam tahun 1966 Liverpool tewas pertandingan Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, (kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuadnya. Beliau membeli Emlyn Hughes, Ray Clemence dan Kevin Keegan dalam tahun 1971. Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach. Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A.. Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengurus Liverpool selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Bill Shankly mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.
Masa Bill Shankly menerajui Liverpool beliau menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.
Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut. Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine.
Bill Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain. Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.
Setelah Bill Shankly bersara, jawatan Pengurus Liverpool diamanahkan kepada Bob Paisley. Selama sembilan musim di mana beliau menjadi Pengurus, Liverpool memenangi 21 buah Piala termasuk 3 kejuaraan Piala Eropah (kini Piala Juara-Juara), 1 Piala UEFA, 6 kejuaraan Liga Inggeris dan tiga kejuaraan Piala Liga (kini dipanggil Piala Worthington). Bob Paisley juga membawa masuk pemain-pemain lagenda Liverpool seperti Graeme Souness, Ian Rush, Alan Hansen dan Kenny Dalglish.
Dalam tahun 1977, Liverpool buat pertama kali memenangi Piala Eropah mengalahkan Borussia Moenchengladbach 3-1 dalam masa tambahan. Permainan tersebut adalah kali terakhir Kevin Keegan beraksi untuk Liverpool sebelum perpindahannya ke SV Hamburg. Liverpool berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Eropah dalam tahun 1978 apabila mengalahkan FC Bruges1-0.
Tahun 1979 merupakan kemuncak kerjaya Bob Paisley sebagai pengurus Liverpool. Bukan sahaja Liverpool menjuarai Liga Divisyen Satu Inggeris, tetapi pasukan itu menang dengan mengumpul 68 mata dan dengan hanya 16 gol dibolos pihak lawan dalam 42 perlawanan. Untuk musim 1980, Liverpool muncul sekali lagi sebagai juara Liga. Pada tahun 1981, Bob Paisley berjaya membawa pulang Piala Eropah buat kali ketiga baginya dengan kemenangan 1-0 mengatasi Real Madrid C.F. Tetapi disebalik kejayaannya, Paisley tidak pernah memenangi Piala F.A. dan Piala Liga. Liverpool menang Piala Liga pada tahun tersebut, hasil jaringan gol oleh Alan Hansen.
Joe Fagan, jurulatih veteran Liverpool dan ahli Kumpulan boot room menggantikan Bob Paisley sebagai pengurus dalam tahun 1983. Musim pertama beliau sebagai Pengurus menyaksikan Liverpool memenangi 3 kejuaraan utama – kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala Liga dan Piala Eropah. Di musim kedua, Liverpool sekali lagi berjaya ke pertandingan Akhir Piala Eropah. Perlawanan di Stadium Heysel menyaksikan tragedi dimana 39 orang penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang disebabkan rempuhan penonton, dan dikatakan berpunca daripada rusuhan oleh penyokong Liverpool. Pasukan Liverpool dengan berat hati meneruskan perlawanan yang ditunda akibat kemelut rusuhan, tetapi tewas 1-0 di tangan Juventus. Liverpool seterusnya digantung daripada menyertai pertandingan di anjuran UEFA selama 6 musim. Joe Fagan meletak jawatan selepas insiden ini.
Dalam tahun 1985, Kenny Dalglish dilantik menjadi Pengurus Liverpool. Ketika itu beliau masih aktif sebagai pemain kesebelasan utama. Dalam musim pertama beliau, Liverpool mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A. dan muncul juara Liga.
Musim berikutnya, Kenny Dalglish hampir berjaya mengulangi kejayaan musim pertamanya apabila sekali lagi mengalahkan Everton dalam perlawanan akhir Piala F.A. Tetapi kejayaan Piala F.A. dihantui oleh Tragedi Hillsborough. Liverpool juga akan muncul juara Liga sekiranya seri dengan Arsenal dalam perlawanan akhir Liga di Anfield. Harapan penyokong Liverpool hancur apabila Michael Thomas menjaringkan gol Arsenal dalam minit-minit terakhir perlawanan. Liverpool dan Arsenal mempunyai bilangan mata dan perbezaan gol sama banyak, tetapi Arsenal ditabalkan menjadi juara kerana menjaringkan lebih banyak gol. Michael Thomas kemudiannya berpindah ke Liverpool.
Pada 22 Februari 1991, selepas separuh musim dijalankan, Kenny Dalglish mengumumkan hendak meletakkan jawatan pengurus Liverpool dengan alasan tidak lagi berupaya menanggung tekanan sebagai pengurus. Beliau digantikan sementara oleh Ronnie Moran dan beberapa minggu kemudian, Graeme Souness dipilih sebagai pengurus.
Tragedi Hillsborough merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1989. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.
Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.
Kini Kenny Dalglish membimbing liverpool setelah beberapa tahun menjadi penasihat liverpool.Beliau membawa masuk ramai pemain berkualiti bagi memperkuatkan lagi jentera serangan liverpool
Kenny Dalglish telah digantikan oleh bekas pemain Liverpool, Graeme Souness. Namun, kajian menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme Souness dilantik menjadi Pengurus. Di bawah kepemimpinannya, Liverpool memenangi perlawanan akhir kejohaanan Piala FA Inggeris 1992, tetapi persembahan pasukannya di Liga Perdana merosot dengan menduduki tangga ke-6 sebanyak 2 kali dua penentuan tempat keenam berturut-turut pada musim 1991-92 dan 1992-93. Pada kempen Liga Inggeris musim 1993-94, Liverpool terus merosot dengan bimbingan Graeme Souness dan terpaksa meletakkan jawatan apabila Liverpool ditewaskan ke atas Bristol City dalam pusingan awal Piala FA.
Roy Evans dilantik menggantikan Greame Souness pada pertengahan musim 1993/94 dan sekadar mampu meletakkan Liverpool di tempat ke-8. Tetapi Roy Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5 tahun di bawah pengurusannya.apa yang pasti Liverpool tetap di belakang Manchester United. Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif. Kejayaan tunggal Roy Evans adalah dengan memenangi Piala Liga dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus, Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. pada musim 1995/96.walaupun mempunyai penyerang hebat seperti Ian Rush,Robbie Fowler,Stan Collymore mahupun Michael Owen serta dibantu oleh midfield yang berbakat seperti Steve McManaman,Jamie Redknapp ataupun John Barnes namun sistem pertahanan Evans adalah goyah dan tidak konsisten.seringlali keputusan perlawanan berakhir mengecewakan.
Gérard Houllier dilantik menjadi pengurus bersama dalam tahun 1998-1999, tetapi perkongsian tersebut gagal kerana Roy Evans akhirnya melepaskan jawatan sebagai Pengurus.
Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny Dalglish, Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven Gerrard digandingkan dengan pemain berpengalaman seperti Sami Hyypia dan Liverpool mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA. Liverpool juga menang Community Shield dan European Super Cup. Liverpool menang lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal, juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.
Gerard Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno Cheyrou. Gerard Houllier berjaya membeli Djibril Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerjas bersama Djibril Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum Djibril Cisse melaporkan diri di Liverpool, Liverpool sebenarnya masih gagal mencapai matlamat asal iaitu mejuarai Liga Inggeris.
Rafael Benítez secara sah akan mengambil alih jawatan sebagai pengurus Liverpool. Semasa berada di musim pertama, Benítez hanya berupaya membawa Liverpool menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau juga membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris dan menduduki tempat kedua ketika tewas 2-3 kepada Chelsea.
Benítez telah membantu Liverpool memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA 2004-05 buat kali kelima dengan menewaskan A.C. Milan 3-2 dalam penentuan penalti setelah perlawanan berakhir dengan skor 3–3. Musim berikutnya, Liverpool menduduki tempat ketiga di Liga Perdana Inggeris dan menjuarai kejohaanan Piala FA Inggeris 2006 dengan menewaskan West Ham United menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan berakhir 3–3.
Ahli perniagaan Amerika George Gillett dan Tom Hicks menjadi pemilik kelab Liverpool pada musim 2006-07, dalam perjanjian yang menilai kelab dan hutang tertunggaknya pada £218.9 juta. Benítez sekali lagi telah membawa Liverpool ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2007 menentang AC Milan (Seperti yang berlaku pada tahun 2005) dan menduduki tempat kedua setelah tewas 2-1. Sepanjang musim 2008–09 Liverpool memperoleh 86 mata iaitu jumlah mata tertinggi yang dicapai dalam Liga Perdana Inggeris dan telah menamatkan liga dengan menduduki tempat kedua.
Pada musim 2009-10, Liverpool menduduki tempat ketujuh di Liga Perdana Inggeris dan gagal menempatkan slot ke Liga Juara-Juara UEFA. Benítez kemudian ditinggalkan dengan persetujuan bersama pemilik kelab.
Setelah Rafael Benitez meninggalkan Liverpool, Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus baru Liverpool pada musim panas tahun 2010. Matlamat Hodgson adalah untuk mengimbangkan kembali posisi Liverpool sebagai kelab yang bersaing dalam kejohanan Liga Juara-Juara UEFA. Pada mulanya, Roy Hodgson mendapat tanggapan yang baik di kalangan penyokong Liverpool apabila beliau berjaya membeli pemain ternama seperti Joe Cole dan Raul Meireles. Menjelang akhir bulan Oktober, spekulasi telah muncul bahawa Hodgson akan diberhentikan. Hodgson menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk mengundurkan diri dan bertindak agresif terhadap spekulasi cadangan untuk menggantikan Frank Rijkaard yang ketika itu diberhentikan sebagai pengurus Galatasaray. Tiga kemenangan Liga Perdana Inggeris secara berturut-turut, termasuk kemenangan 2-0 ke atas Chelsea telah mengurangkan spekulasinya ketika Liverpool kembali ke tangga teratas liga. Pemilik kelab baru iaitu John W. Henry turut menyatakan sokongannya terhadap Hodgson untuk kekal bersama Liverpool. Namun, keputusan yang kurang memuaskan pada awal musim mendorong Hodgson untuk meninggalkan kelab Liverpool dengan persetujuan bersama, serta Kenny Dalglish diumumkan sebagai penggantinya.
Pada Januari 2011, setelah pemecatan Hodgson, Henry melantik Kenny Dalglish sebagai pengurus Liverpool buat kali yang kedua. Pelantikan itu merupakan berita yang menggembirakan buat penyokong Liverpool yang selama ini menyanjungnya dan memberi beliau nama gelaran sebagai "King Kenny".
Tidak lama selepas itu, Liverpool dikejutkan oleh berita bahawa pemain bintang Fernando Torres meninggalkan Liverpool untuk Chelsea. Kenny Dalglish bertindak dengan membeli dua pemain muda yang terkenal, Luis Suarez yang bernilai £23.5 juta dan Andy Carroll yang bernilai £35 juta, sekaligus melepasi rekod Liga Perdana Inggeris sebagai pemain termahal pada masa itu.
Pada bulan Februari 2012, Dalglish berjaya membantu Liverpool menjulang piala pertama mereka dalam tempoh enam tahun untuk memenangi Piala Liga Bola Sepak Inggeris dengan kemenangan penalti 3-2 menentang Cardiff City. Dalam musim yang sama, beliau berjaya membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2012 dengan menyaksikan Liverpool tewas 2-1 kepada Chelsea.
Pada 16 Mei 2012, Dalglish telah dipecat oleh pemilik kelab Liverpool kerana kegagalannya untuk membawa Liverpool kembali ke kejohanan Liga Juara-Juara UEFA. Keputusan yang mengecewakan di dalam saingan Liga Perdana Inggeris turut mempengaruhinya untuk dipecat. Pemilik John W. Henry kemudian berkata bahawa ''Walaupun layak ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris dan memenangi Piala Liga Bola Sepak Inggeris, ia tidak akan menyelamatkan pekerjaan Daglish'', serta pemilik Liverpool menyatakan bahawa pemecatan itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kontroversi Luis Suarez. Dengan itu, penyokong Liverpool tetap menghormati Kenny Dalglish walaupun prestasinya yang kurang memuaskan pada musim 2011-2012 dalam sejarah bola sepak Liverpool.
Pada 1 Jun 2012, Brendan Rodgers telah diumumkan sebagai pengurus baru Liverpool selepas Kenny Dalglish dipecat. Pada musim 2013-14, Brendan Rodgers berjaya mengubah Liverpool kembali menjadi pencabar terkuat Liga Perdana Inggeris, walaupun pada asalnya sasaran utama adalah hanya untuk kembali beraksi di Liga Juara juara Eropah. Setelah mengharungi 38 perlawanan yang mencabar, Liverpool berjaya menamatkan kedudukan tempat kedua Liga dan hanya 2 mata dipisahkan dengan juara Manchester City. Pasukan bimbingan Brendan Rodgers juga berjaya mencipta jaringan tertinggi iaitu sebanyak 101 gol sejak musim 1895–96. Berikutan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2014–15 yang mengecewakan, Liverpool menamatkan liga dengan menduduki tempat keenam. Permulaan yang buruk untuk musim 2014–15 menyebabkan Brendan Rodgers dipecat pada bulan Oktober 2015.
Pada 8 Oktober 2015, Jürgen Klopp telah mendatangani kontrak selama 3 tahun sebagai pengurus Liverpool dengan menggantikan Brendan Rodgers. Dalam musim pertamanya di Liverpool, beliau membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Europa UEFA dengan menamatkan saingan sebagai tempat kedua untuk kedua-dua pertandingan. Liverpool juga menduduki tempat kedua dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim 2018-19 dengan mencapai 97 mata, hanya kalah satu perlawanan: satu rekod mata untuk kelab yang tidak memenangi gelaran liga. Klopp membawa Liverpool ke pentas akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut pada 2018 dan 2019. Pada tahun 2019, kelab tersebut mengalahkan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-0 untuk memenangi kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2018–19 buat kali keenam. Jurgen Klopp juga membimbing Liverpool menjuarai Piala Super UEFA dengan menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti. Pada Disember 2019, kelab tersebut memenangi Piala Dunia Kelab FIFA buat pertama kalinya dengan mengalahkan kelab Brazil, Flamengo di perlawanan akhir. Liverpool kemudiannya berjaya menamatkan penantian 30 tahun untuk menjuarai kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20.[2]
| |||||||||
Biru warna jersi Liverpool semasa ditubuhkan [4] |
Untuk sebahagian besar sejarah Liverpool, warna rasmi tuan rumah yang digunakan untuk Kelab Liverpool adalah warna Merah iaitu hasil legasi yang ditinggalkan oleh Bill Shankly. Pada mulanya, warna asal adalah warna biru dan putih ketika kelab Liverpool ditubuhkan. Kemeja berwarna biru dan putih digunakan sehingga tahun 1894 dan kemudiannya ditukarkan kepada warna merah pada tahun 1901. Simbol kota iaitu burung hati digunakan sebagai lencana kelab pada tahun 1901, walaupun ia tidak dimasukkan ke dalam kit hingga tahun 1955. Liverpool terus memakai kemeja merah dan seluar pendek putih sehingga tahun 1964 ketika pengurus Bill Shankly menukarkannya kepada warna serba merah. Beliau mengatakan jersi warna merah dapat menggerunkan pihak lawan. Liverpool bermain dengan warna merah buat pertama kalinya dengan kemenangan 3-0 menentang Anderlecht, seperti yang dikenang oleh Ian St. John dalam autobiografinya: Warna dan lencana
Beliau [Shankly] berpendapat skema warna akan membawa kesan psikologi - merah untuk bahaya, merah untuk berkuasa. Suatu hari, beliau masuk ke bilik persalinan dan melemparkan sepasang seluar pendek berwarna merah kepada Ronnie Yeats. "Pakai seluar itu dan mari kita lihat bagaimana penampilan anda", katanya. "Kristus, Ronnie, kamu kelihatan hebat, menakutkan dan kelihatan seperti 7 kaki tinggi." "Mengapa tidak pergi keseluruhan, bos?" Saya mencadangkan. "Mengapa tidak memakai stokin berwarna merah? Mari kita semua memakai warna merah." Diluluskan Shankly dan lahirlah kit ikonik.[5]
Liverpool merupakan sebuah kelab profesional Inggeris pertama yang mempunyai logo penaja di bajunya, selepas bersetuju dalam perjanjian bersama Hitachi pada tahun 1979. Sejak itu, kelab tersebut telah ditaja oleh Crown Paints, Candy, Carlsberg dan Standard Chartered. Kontrak perjanjian dengan Carlsberg, yang ditandatangani pada tahun 1992 adalah perjanjian yang paling lama bertahan dalam bola sepak teratas Inggeris. Pada bulan September 2009, media mengumumkan bahawa Standard Chartered telah bersetuju menjadi penaja utama bagi Kelab Bola Sepak Liverpool dan perjanjian tersebut telah dilaporkan mempunyai jumlah nilai sebanyak £80 juta. Standard Chartered masih menjadi penaja utama bagi Kelab Bola Sepak Liverpool yang bermula dari tahun 2010 hinggalah sekarang.
Umbro merupakan pembekal kit yang pertama buat kelab Liverpool dari tahun 1973 sehingga 1985. Selepas itu, Adidas mengambil ahli dengan menghasilkan kit sehingga tahun 1996. Reebok menghasilkan kit selama 10 tahun sebelum Adidas kembali membuat kit dari tahun 2006 hingga 2012. Adidas menjadi penaja kit bagi Liverpool sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1985-1996 dan 2006-2012. Pada 18 Januari 2012, Liverpool dan Warrior Sports telah mengumumkan satu perjanjian antara kedua-dua pertubuhan bahawa Warrior Sports menjadi penaja kit buat Liverpool yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2012. Pada bulan Februari 2015, syarikat induk Warrior iaitu New Balance mengumumkan akan memasuki pasaran bola sepak global dengan pasukan yang ditaja oleh Warrior Sports kini dilengkapi oleh New Balance. Pada tahun 2020, media Liverpool mengumumkan bahawa Nike akan menjadi pembekal kit rasmi bermula pada musim 2020-21.
Lencana Liverpool berdasarkan pada burung hati kota yang telah diletakkan di dalam perisai. Pada tahun 1992, lencana baru ditauliahkan termasuklah perwakilan Shankly Gates untuk memperingati seratus tahun kelab. Api kembar tahun berikutnya ditambahkan di kedua sisi yang merupakan simbolik peringatan Hillsborough di luar Anfield (Api abadi terbakar dalam ingatan mereka yang meninggal dalam bencana Hillsborough). Pada tahun 2012, kit Liverpool iaitu Warrior Sports membuka perisai dan pintu gerbang untuk mengembalikan lencana yang telah menghiasi kemeja Liverpool pada tahun 1970-an; logo api dipindahkan ke kolar belakang baju dan mengelilingi nombor 96 (nombor yang meninggal di Hillsborough).
Tempoh | Pengilang kit | Penaja baju (dada) | Penaja baju (Lengan) |
---|---|---|---|
1973–1979 | Umbro | Tiada | Tiada |
1979–1982 | Hitachi | ||
1982–1985 | Crown Paints | ||
1985–1988 | Adidas | ||
1988–1992 | Candy | ||
1992–1996 | Carlsberg | ||
1996–2006 | Reebok | ||
2006–2010 | Adidas | ||
2010–2012 | Standard Chartered | ||
2012–2015 | Warrior Sports | ||
2015–2017 | New Balance | ||
2017–2020 | Western Union | ||
2020– | Nike | ||
Rencana Utama Anfield
Stadium Anfield dibina tahun 1884 dan asalnya digunakan Everton F.C. tetapi dikosongkan oleh kelab itu kerana bertelingkah kadar sewaan. Kapasiti penonton Anfield ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA.
The Kop
Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina dan diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi medan pertempuran Perang Boer Kedua. Di pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur, kebanyakannya berasal dari Liverpool. Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Selepas Tragedi Hillsborough, peraturan baru mensyaratkan The Kop ditukar menjadi teres tempat duduk. Kapasiti penonton sekarang adalah 12,409.
Main Stand
Dibina semula dalam tahun 1973 dan boleh menempatkan 12,277 orang penonton.
Centenary Stand
Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand. Dibina semula sebagai sambutan ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C. kapasiti penonton adalah 11,762 orang.
Anfield Road Stand
Dibina semula tahun 1998, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.
Pada 30 Julai 2004, Majlis Bandaraya Liverpool memberikan kebenaran perancangan untuk pembinaan sebuah stadium baru di Stanley Park, berhampiran Anfield. Walaupun kerajaan Britain dan juga North West Development Authority telah mencadangkan supaya Liverpool F.C, berkongsi padang dengan Everton F.C., cadangan itu tidak diterima oleh Lembaga Pengarah Liverpool, Walaupun Everton F.C. sanggup berkongsi padang. Pada akhir bulan Januari 2005, cadangan berkongsi padang terkubur selama-lamanya.
Walaupun Liverpool merancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tahun 2005 supaya stadium baru dapat digunakan dalam tahun 2007, Liverpool menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan untuk pembinaan. Liverpool kini mencari pelabur untuk membiayai pembinaan stadium baru itu, yang dianggarkan akan melibatkan kos £160 juta. Kegagalan Liverpool menjanakan pembiayaan dalaman ataupun untuk mendapatkan pembiayaan luar menyebabkan beberapa pihak menggesakan Rick Parry, Ketua Eksekutif Liverpool untuk meletakkan jawatan.
Jika stadium baru ini dibina, Anfield sedia ada akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula dengan pembangunan bercampur mengandungi apartmen, café, pub, restoran dan sebuah hotel.
Melwood adalah pusat latihan untuk pemain-pemain Liverpool dan tiada kaitan dengan The Academy, yang terletak di Kirkby. Melwood terletak di kawasan West Derby dan sudah digunakan sebagai pusat latihan Liverpool sejak tahun 1950-an lagi.
Padang pusat latihan ini dahulunya milik sekolah St. Francis Xavier, sebuah sekolah tempatan. Dua orang guru sekolah tersebut, Father Melling dan Father Woodlock menghabiskan masa luang mereka mengajar budak-budak bermain bola. Untuk memperingati mereka, nama Melwood diberikan dengan menggabungkan nama mereka berdua.
Pada tahun 1959, Melwood di dalam keadaan tidak terjaga. Bill Shankly menukarkan tempat tersebut menjadi satu pusat latihan yang moden dan tiada tandingannya. Dalam tahun 2001, Liverpool membangunkan Millennium Pavilion, satu kemudahan moden untuk kegunaan pemain dan jurulatih. satu kawasan tertutup disediakan untuk penonton jemputan. Kebiasaannya laihan bermula jam 9.00 pagi dan melibatkan sesi pagi dan sesi petang.
talks to the Boot Room Net
Liverpool merupakan salah satu kelab yang disokong dengan baik di dunia. Kelab ini menyatakan bahawa pangkalan peminatnya di seluruh dunia merangkumi lebih daripada 200 Kelab Penyokong yang diiktiraf secara rasmi dan pangkalan tersebut terdapat sekurang-kurangnya 50 buah negara. Kumpulan penyokong terkenal termasuklah Spirit of Shankly. Kelab ini memanfaatkan sokongan melalui lawatan musim panas di seluruh dunia, termasuklah bermain di hadapan 101,000 penyokong di Michigan, Amerika Syarikat, dan 95,000 penyokong di Melbourne, Australia. Peminat Liverpool sering menyebut diri mereka sebagai Kopites iaitu rujukan kepada peminat yang pernah berdiri, dan sekarang duduk di Anfield. Pada tahun 2008, sekumpulan peminat memutuskan untuk menubuhkan kelab serpihan, A.F.C. Liverpool.
Penyokong kelab telah terlibat dalam dua bencana di stadium. Yang pertama adalah bencana Stadium Heysel 1985, di mana 39 penyokong Juventus terbunuh. Mereka dibendung oleh penyokong Liverpool yang menyerang ke arah mereka; berat penyokong yang melebihi muatan di penjuru menyebabkan dinding runtuh. UEFA menyalahkan kejadian itu hanya pada penyokong Liverpool dan melarang kepada semua kelab Inggeris dari pertandingan Eropah selama lima tahun. Liverpool dilarang selama satu tahun tambahan dengan menghalangnya daripada mengambil bahagian dalam Piala Eropah 1990-1991, walaupun memenangi Liga pada tahun 1990. Dua puluh tujuh penyokong ditangkap untuk menghadapi perbicaraan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pembunuhan dan diekstradisi ke Belgium. Pada tahun 1989, setelah percubaan lima bulan di Belgium, 14 penyokong Liverpool dijatuhkan hukuman tiga tahun kerana pembunuhan secara tidak sengaja; separuh daripada syarat ditangguhkan.
Bencana kedua berlaku semasa peringkat separuh akhir kejohanan Piala FA Inggeris antara Liverpool dan Nottingham Forest di Stadium Hillsborough, Sheffield, pada 15 April 1989. Sembilan puluh enam penyokong Liverpool telah meninggal dunia akibat kesesakan di hujung Leppings Lane, dan bencana tersebut dikenali sebagai bencana Hillsborough. Pada hari berikutnya, akhbar The Sun menerbitkan sebuah artikel berjudul "Kebenaran", di mana akhbar tersebut mendakwa bahawa peminat Liverpool telah merompak orang mati, membuang air kecil merata tempat dan menyerang polis. Siasatan selanjutnya membuktikan dakwaan tersebut adalah palsu dan menyebabkan berlakunya memboikot akhbar oleh peminat Liverpool di seluruh bandar dan juga di tempat lain; masih ramai yang enggan membeli akhbar The Sun sehingga kini. Banyak organisasi pendukung ditubuhkan setelah bencana tersebut, seperti Hillsborough Justice Campaign yang mewakili keluarga, mangsa yang selamat, dan juga penyokong dalam usaha mereka untuk mendapatkan keadilan.
Lagu You'll Never Walk Alone (Bahasa Melayu: Anda Tidak Berjalan Sendirian) pada asalnya merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan dalam teater muzikal Carousel ciptaan Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II yang telah menjadi identiti Liverpool. Pada awal tahun 1960-an, Gerry and The Pacemakers merakamkan lagu You'll Never Walk Alone dan berjaya menjadikan lagu tersebut hangat dalam carta lagu-lagu popular pada tahun 1963. Lagu ini dimainkan di Anfield sebelum perlawan bola sepak dimulakan dan semasa waktu rehat, serta penyokong bersama-sama menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone. Sejak itu, lagu You'll Never Walk Alone diterima sebagai lagu kebangsaan Liverpool dan dinyanyikan penyokong-penyokong di Anfield dan juga digelanggang lawan. Judul lagu itu menghiasi puncak Shankly Gates, yang dilancarkan pada 2 Ogos 1982 sebagai kenangan bekas pengurus Bill Shankly. Bahagian "You Never Never Walk Alone" dari Shankly Gates juga diterbitkan semula di puncak kelab.
Lain-lain kelab yang menggunakan lagu yang sama, adalah Celtic, Feyenoord Rotterdam, Ajax Amsterdam, FC Twente, TSV Alemannia Aachen dan FC St. Pauli, Liverpool paling kuat dikaitkan dengan lagu You'll Never Walk Alone. Lagu-lagu lain yang menjadi kegemaran di Anfield adalah lagu Poor Scouser Tommy, Fields of Anfield Road, Liverbird Upon My Chest, We've Won It Five Times dan Ring of Fire. Lagu Ring of Fire pernah menjadi lagu rasmi Liverpool semasa perlawanan akhir Piala FA Inggeris menentang West Ham.
Plak ini diletakkan oleh bill Shankly untuk "mengingatkan pemain kami untuk siapa mereka bermain dan untuk mengingatkan pasukan lawan dengan siapa mereka bermain" Diarkibkan 2006-05-17 di Wayback Machine Pemain-pemain yang berkepercayaan karut (superstitious) akan menyentuh plaque ini semasa mereka keluar hendak masuk ke padang.
Liverpool dan Everton merupakan pesaing lama yang ditubuhkan dan dipanggil sebagai pertembungan derby Merseyside. Persaingan berpunca dari penubuhan Liverpool dan perselisihan dengan pegawai Everton dan pemilik Anfield pada ketika itu.[6] Pertembungan Merseyside adalah salah satu dari beberapa derby tempatan yang tidak menerapkan pemisahan penggemar, dan telah dikenali sebagai "Persahabatan Derby".[7]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
Sejak penubuhan kelab ini pada tahun 1892, 45 pemain telah menjadi kapten kelab Liverpool. Andrew Hannah menjadi kapten pertama kelab setelah Liverpool berpisah dengan Everton dan membentuk kelabnya sendiri. Alex Raisbeck, yang merupakan kapten kelab dari tahun 1899 hingga 1909 merupakan kapten yang paling lama berkhidmat sebelum dikalahkan oleh Steven Gerrard yang berkhidmat selama 12 musim sebagai kapten Liverpool bermula dari musim 2003-04. Kapten terkini adalah Jordan Henderson yang mula berkhidmat dari musim 2015-16 dengan menggantikan Steven Gerrard yang berpindah ke kelab LA Galaxy.
|
|
Kelab Bola Sepak Liverpool dan Athletic Grounds Limited
Sumber:[18] Kelab Bola Sepak Liverpool
Sumber:[18] |
Kakitangan Kejurulatihan dan Perubatan
Sumber:[22] |
Lihat Juga: Rekod Liverpool F.C
Trofi pertama yang dimenangi Liverpool adalah Liga Lancashire, yang dimenangi pada musim pertama kelab tersebut. Pada tahun 1901, Liverpool telah memenangi gelaran Liga Inggeris pertamanya, sementara yang kesembilan belas dan kini adalah pada tahun 2020. Liverpool memperoleh Kejuaraan Liga sebanyak 19 kali yang merupakan salah satu rekod buat kelab-kelab bola sepak Inggeris.
Liverpool juga mencapai kejayaan Gelaran Ganda pada tahun 1986 dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris. Liverpool juga memperoleh dua kali kejayaan Trebles; kali pertama dalam tahun 1984 apabila Liverpool memenangi Juara Liga Perdana Inggeris, Piala Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Juara-Juara UEFA dan kali kedua dalam tahun 2001 apabila Liverpool berjaya memenangi Piala FA Inggeris, Piala Liga Bola Sepak Inggeris dan juga Liga Europa UEFA. Pada tahun 2001 juga menyaksikan Liverpool telah memenangi Piala Perisai Komuniti FA dan Piala Super UEFA dengan menjadikan 5 kejuaraan dalam satu tahun.
Liverpool merupakan sebuah kelab Britain yang paling berjaya dalam bola sepak antarabangsa dengan mencapai keseluruhan empat belas piala. Liverpool juga membuat rekod Inggeris dengan memenangi Liga Juara-Juara UEFA sebanyak enam kali dan hanya dikalahkan rekod oleh Real Madrid dan A.C. Milan. Kemenangan Piala Eropah kelima buat Liverpool pada tahun 2005, bermaksud bahawa kelab tersebut dianugerahkan piala secara kekal dan juga dianugerahkan lencana pemenang berganda. Liverpool juga memegang rekod tiga kemenangan dalam Piala UEFA, pertandingan kelab sekunder UEFA. Pada tahun 2019, kelab tersebut memenangi Piala Kelab Dunia FIFA buat pertama kalinya, dan juga menjadi kelab Inggeris pertama yang memenangi treble antarabangsa iaitu Piala Kelab Dunia FIFA, Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Super UEFA.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.