13 Ogos: Mahathir tiba di Jakarta bagi satu lawatan selama rasmi dua hari. Beliau telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta oleh Presiden Suharto, Naib Presiden Adam Malik, para menteri kabinet dan diplomat-diplomat asing. Lawatan itu merupakan yang pertama kali dilakukan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
15 Ogos: Akademi Laut Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Mahathir. Akademi ini terletak di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka itu dan dibina di atas tapak seluas 46 ekar.
23 Ogos: Mahathir tiba di Bangkok untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari di mana beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Thai. Beliau disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Thailand.
16 November: Mahathir diberi sambutan meriah setibanya beliau di negeri Sabah. Lawatan ke Sabah ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
18 Disember: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Waktu Standard Malaysia. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan zon waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1982. Rang Undang-undang Waktu Standard Malaysia ini dikemukakan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Tak Berportfolio di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nasir.
Tarikh tepat tidak pasti
Komputer VIC-20, dengan RAM 5KB hingga RAM 32KB, CPU6502A, paparan teks 23 baris dan paparan warna, yang dijual pada harga AS$300 mencapai jualan sebanyak 9,000 unit sehari.
MikropemprosesiAPX432 yang mempunyai kelajuan 2 MIPS diperkenalkan oleh Intel.
Komputer ZX81 dengan mikropemproses Z80A dipasarkan oleh Syarikat Sinclair pada harga AS$200.
Komputer Osborne 1 dipasarkan oleh Osborne pada harga AS$1,795. Pakej ini termasuk perisian seperti BASIC, Word Star dan SuperCalc yang bernilai AS$1,500.
Komputer Star 8010 dipasarkan oleh Xerox tetapi gagal dalam pasaran.
Pakej komputer Xerox 820 diperkenalkan oleh Xerox pada harga AS$3,000.
Komputer peribadi IBM 5150 dipasarkan pada harga AS$6,000. Spesifikasinya terdiri daripada Intel 8088, 4.77MHz, 64Kb RAM, 40Kb ROM, pemacu 5.25 inci dan MS-DOS.
ProFile, cakera keras pertama Apple Computer sebesar 5MB diperkenalkan, dengan komputernya dijual pada harga AS$3,500.
Sistem mikrokomputer BBC yang menggunakan CPU 6502A dengan RAM 48KB, 83 unit kekunci dan 16 grafik berwarna diperkenalkan oleh Acorn Computer Limited.
Smartmodem 300 yang menjadi piawai kepada industri ketika itu diperkenalkan oleh Produk Mikrokomputer Hayes.