badan induk antarabangsa untuk persatuan bola sepak di Eropah From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (nama rasmi: L'Union des associations européennes de football; singkatan: UEFA) merupakan sebuah badan pentadbiran untuk persatuan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di Eropah. Walaupun beberapa negara anggotanya terletak di seluruh atau keseluruhannya di Asia. UEFA adalah salah satu daripada enam gabungan benua FIFA yang mengawal badan bola sepak dunia. UEFA juga terdiri daripada 55 ahli persatuan kebangsaan.
Fakta Segera Kerangka, Kependekan ...
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah کساتوان ڤرساتوان بولا سيڤق ايروڤه
Union of European Football Associations (en) Union des associations européennes de football (fr) Union der europäischen Fußballverbände (de)
Pemandangan udara ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland
Henri Delaunay merupakan setiausaha agung yang pertama dan Ebbe Schwartz adalah presiden pertama. Presiden yang terkini ialah Aleksander Čeferin, bekas presiden Persatuan Bola Sepak Slovenia yang terpilih sebagai presiden ketujuh UEFA di Kongres UEFA Luar Biasa ke-12 di Athens pada September 2016, serta secara automatik menjadi naib presiden badan dunia FIFA.
UEFA ditubuhkan pada 15 Jun 1954 di Basel, Switzerland setelah berunding antara persatuan Itali, Perancis, dan Belgium. Penubuhan itu dijalankan semasa mesyuarat dijalankan dengan dihadiri oleh 25 anggota. Walau bagaimanapun, 6 persatuan lain yang tidak hadir masih diiktiraf sebagai ahli pengasas, menjadikan jumlah persatuan pengasas kepada 31 orang.