Remove ads
Pemain bola sepak Liverpool From Wikipedia, the free encyclopedia
Trent John Alexander-Arnold (lahir 7 Oktober 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai bek kanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan England.
Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Trent John Alexander-Arnold[1] | ||||||||||||
Tarikh lahir | [2] | 7 Oktober 1998||||||||||||
Tempat lahir | liverpool | ||||||||||||
Ketinggian | 5 kaki 9 inci (1.75 m)[3] | ||||||||||||
Posisi permainan | Bek kanan | ||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Liverpool | ||||||||||||
Nombor | 66 | ||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||
2004–2016 | Liverpool | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
2016– | Liverpool | 202 | (12) | ||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||
2013–2014 | England B16 | 6 | (0) | ||||||||||
2014–2015 | England B17 | 11 | (0) | ||||||||||
2016 | England B18 | 2 | (0) | ||||||||||
2016–2017 | England B19 | 10 | (7) | ||||||||||
2017– | England B21 | 3 | (0) | ||||||||||
2018– | England | 20 | (2) | ||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Ogos 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2023 (UTC) |
Dilahirkan dan dibesarkan di Liverpool, Alexander-Arnold menyertai kelab akademi Liverpool pada tahun 2004 dan kemudian menjadi ketua kelab di pelbagai peringkat belia. Beliau membuat penampilan pertama seniornya pada tahun 2016 ketika berusia 18 tahun, dan telah membuat lebih dari 100 penampilan kelab. Alexander-Arnold memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2018, beliau menjadi pemain termuda yang bermain untuk kesebelasan utama kelab di perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA. Pada usia 20 tahun, beliau dicalonkan bagi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA yang telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA dan Pasukan Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA. Alexander-Arnold juga menjadi pemain termuda yang bermain sepenuh masa dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut, dengan menyaksikan Liverpool memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.
Alexander-Arnold juga telah mewakili England di pelbagai peringkat belia dan membuat penampilan pertamanya seniornya pada tahun 2018. Beliau tampil di kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 dengan menjadi remaja keempat yang memulakan pertandingan buat England dalam kejohanan tersebut. Beliau juga membuat penampilan buat pasukan England di kejohanan Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 dengan menyaksikan pasukannya menduduki tempat ketiga.
Alexander-Arnold dilahirkan di West Derby, Liverpool, di mana beliau bersekolah di Sekolah Rendah Katolik St Mary.[4][5] Ketika berusia enam tahun, kelab bola sepak tempatan Liverpool mengadakan kem separuh penggal di mana sejumlah murid dari sekolahnya dijemput, dan beliau adalah salah satu nama yang terpilih untuk menghadiri kem tersebut. Di sana, Alexander-Arnold telah dipantau oleh pelatih akademi iaitu Ian Barrigan yang kemudian mendekati orang tua Alexander-Arnold untuk menawarkan anak mereka kesempatan untuk menyertai kelab akademi Liverpool. Beliau mula berlatih dua hingga tiga kali seminggu dan dimainkan dalam pelbagai posisi. Beliau juga kemudiannya menjadi kapten kelab di Bawah 16 dan Bawah 18 yang dibimbing oleh jurulatih Pepijn Lijnders.[6][7][8][9][10] Dalam tempoh tersebut, pada usia 14 tahun, beliau meninggalkan St. Mary untuk mendaftar di Rainhill High School, iaitu sebuah institusi pendidikan yang mempunyai hubungan dengan kelab bola sepak.[11]
Semasa di berada di kelab akademi, Alexander-Arnold bertukar posisi dari pemain sayap ke bek kanan kerana kedudukan itulah yang sesuai dan jelas memberikannya bermain buat pasukan pertama. Pertukaran posisi juga dipengaruhi oleh bekas Kapten Liverpool, Steven Gerrard yang memberitahu beliau bahawa posisi yang di tukarnya membawa masa depan yang cerah kepada kelab Liverpool.[6][12] Semasa bakatnya berkembang pada musim 2015-16, Alexander-Arnold dipilih dalam skuad pasukan pertama oleh pengurus Brendan Rodgers untuk perlawanan persahabatan pra-musim terakhir pasukan menentang Swindon Town, di mana beliau melakukan penampilannya secara tidak rasmi dengan kemenangan tipis 2-1.[13][14]
Setelah memulakan pra-musim perlawanan persahabatan bersama Liverpool, Alexander-Arnold telah membuat penampilan profesionalnya yang pertama pada 25 Oktober 2016, iaitu bermula dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala Liga Bola Sepak. Beliau telah diberikan kad kuning pada separuh masa pertama kerana mengasari Ben Davies dan kemudiannya digantikan dengan pilihan utama bek kanan iaitu Nathaniel Clyne pada minit ke-68.[6][15][16] Walaupun masih dalam perkembangan bermain bola sepak, penampilannya dipuji oleh Steven Gerrard yang sekali lagi menyokongnya "untuk menjadi profesional teratas", dan juga mendapat tempat dalam Pasukan Pusingan Piala EFL bersama rakan sepasukan Daniel Sturridge.[17][18]
kejayaan Alexander-Arnold ke dalam pasukan pertama telah dihadiahkan dengan kontrak jangka panjang baru pada bulan November, dan beliau mula dalam perlawanan Piala Liga Bola Sepak pada bulan berikutnya menentang Leeds United. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan untuk penampilannya setelah pertama kali membuat bantuan hantaran bola kepada penyerang Divock Origi untuk gol pembukaan kemenangan 2-0 buat Liverpool.[19][20][21] Beliau kemudian membuat penampilan pertama Liga Perdana Inggeris pada 14 Disember, dengan datang sebagai pengganti akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough. Beliau juga membuat penampilan penuh Liga Perdana Inggeris yang dimulakan dengan keputusaan seri 1-1 menentang Manchester United pada 15 Januari 2017.[22][23] Pada bulan Mei, setelah membuat 12 penampilan di semua pertandingan, beliau dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool dan juga dicalonkan untuk penghargaan Pemain Terbaik Musim Liga Perdana 2.[24][25][26][27]
Pada musim 2017-18, Clyne yang berada posisi bek kanan mengalami kecederaan belakang yang serius dan kemudiannya memberi peluang kepada Alexander-Arnold untuk bertukar posisi dengan Joe Gomez pada peringkat awal kempen.[28] Pada 15 Ogos 2017, pusingan perlawanan penentuan Liga Juara-Juara UEFA menyaksikan Alexander-Arnold menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool F.C. ketika beliau menghasilkan gol tuan rumah menerusi sepakan percuma dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Bundesliga, Hoffenheim.[29] Dengan berbuat demikian, beliau menjadi pemain termuda ketiga yang menjaringkan gol dalam membuat penampilan pertama Eropahnya buat Liverpool, sejak Michael Owen dan David Fairclough.[30] Semasa peringkat kumpulan pertandingan Liga Juara-Juara UEFA, Alexander-Arnold sekali lagi menjaringkan gol dalam kemenangan besar 7-0 ke atas Maribor pada 17 Oktober. Perlawanan tersebut merupakan kemenangan terbesar buat beliau bersama Liverpool dan juga kemenangan tandang terbesar oleh sebuah kelab Inggeris.[31] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana inggeris buat Liverpool pada Boxing Day, dengan kemenangan 5-0 ke atas Swansea City di stadium Anfield.[32]
Pada bulan Mac tahun berikutnya, Alexander-Arnold menjalani musim yang paling sukar bersama kelab Liverpool, setelah bertarung menangani pemain sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha dan Marcus Rashford dari Manchester United dalam beberapa minggu berturut-turut.[6] Meskipun demikian, beliau mempertahankan posisinya dalam kesebelasan utama Liverpool untuk menjadi pemain Inggeris termuda yang memulakan kejohanan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA, dan menunjukkan prestasi yang hebat dalam kemenangan 3-0 ke atas pesaing kelab Inggeris, Manchester City pada bulan April. Persembahannya menyaksikan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan mendapat pujian dari media kerana kemampuannya menghalang gerakan serangan daripada pemain sayap City, Leroy Sané.[33][34] Beliau sekali lagi dikagumi dalam perlawanan timbal balik ketika Liverpool menyingkirkan Manchester City dengan keputusan 5-1 secara agregat untuk mara ke separuh akhir kejohanan buat pertama kalinya dalam 10 tahun.[35] Pada 10 Mei, penampilan domestik dan Eropahnya dihargai ketika beliau memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool untuk musim kedua.[36] Akhir bulan tersebut, beliau menjadi pemain Liverpool termuda yang memulakan perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA ketika beliau dinamakan dalam kesebelasan utama menentang juara bertahan dua kali, Real Madrid. Peranan Alexander-Arnold untuk menanda gerakan Cristiano Ronaldo dan beliau tampil mengagumkan walaupun Liverpool akhirnya tunduk pada kekalahan 3-1 kepada Real Madrid.[37][38] Setelah berakhirnya musim 2017-18, beliau menjaringkan tiga gol dalam 33 penampilan di semua pertandingan. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah Golden Boy, di mana beliau dipilih sebagai naib juara pertahanan pada tahun 2018.[39][40]
Pada awal musim berikutnya, beliau membuat penampilan ke-50 buat Liverpool ketika memulakan perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham.[41] Pada bulan Oktober, beliau adalah salah satu daripada 10 pemain yang dicalonkan untuk Piala Kopa perdana, iaitu penghargaan yang diberikan oleh France Football kepada pemain muda terbaik di bawah usia 21 tahun. Dalam pencalonan tersebut, Alexander-Arnold berada di tempat keenam dalam pemilihan setelah mendapat undian dari Owen, Denis Law dan Pavel Nedvěd.[42][43] Beliau terus meningkatkan reputasinya dalam beberapa bulan dan secara konsisten disenaraikan dalam laporan dibuat oleh CIES sebagai bek paling berharga di dunia dari perspektif nilai perpindahan.[44][45] Pada 27 Februari 2019, beliau juga menjadi pemain termuda ketika berusia 20 tahun dan 143 hari untuk mencatatkan tiga bantuan hantaran bola dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris, dengan kemenangan 5-0 ke atas Watford.[46] kurang dari dua bulan kemudian, beliau menjadi pemain termuda kelima yang mencapai 50 penampilan Liga Perdana untuk kelab Liverpool, sejak Michael Owen, Raheem Sterling, Robbie Fowler, dan Steven Gerrard.[47][48] Perkembangan prestasinya dihargai pada akhir bulan April ketika dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik PFA, walaupun anugerah tersebut dimenangi oleh pemain Manchester City, Raheem Sterling. Alexander-Arnold juga telah dinobatkan dalam Pasukan Terbaik PFA Tahunan bersama rakan sepasukan Liverpool iaitu van Dijk, Mané dan Andrew Robertson.[49][50][51]
Kehebatan kreatifnya muncul sekali lagi pada bulan Mei ketika menang 3-2 ke atas Newcastle United, dan beliau juga merupakan pemain bek yang menghasilkan banyak bantuan dengan menyamai rekod Liga Perdana Inggeris untuk satu musim. Rekod ini juga menyaksikan beliau dan Robertson menghasilkan 11 bantuan sendiri, iaitu menjadi kumpulan pertahanan pertama dari pasukan yang sama yang mencatat dua angka untuk membantu pada musim yang sama.[52] Tiga hari kemudian, beliau mencatat dua lagi bantuan menentang Barcelona dalam perlawanan timbal balik di peringkat separuh akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA. Dalam kejohanan tersebut, bantuan yang dihasilkan oleh Alexander-Arnold menerusi tendangan yang dipanggil sudut naluri bagi membolehkan Divock Origi mengambil peluang menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Kemenangan tersebut menjadikan Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali kedua berturut-turut.[53] Pada hari terakhir musim domestik, Alexander-Arnold membantu Mané dalam kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers untuk memecahkan rekod Liga Perdana untuk paling banyak menghasilkan bantuan. Beliau yang memainkan peranan sebagai pemain bek dalam kempen domestik menghasilkan 12 gol dengan mengatasi pemegang sebelumnya Andy Hinchcliffe, Leighton Baines dan Robertson.[54][55] Beliau kemudian menjadi kesebelasan utama bermain dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA, dengan menyaksikan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham. Beliau turut menjadi pemain termuda yang memulai dua perlawanan akhir secara berturut-turut dalam pertandingan dan sekaligus memecahkan rekod yang ditetapkan oleh bekas pemain A.C. Milan, Christian Panucci pada tahun 1995.[56] Alexander-Arnold kemudiannya dinamakan dalam Pasukan Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA dan juga dicalonkan untuk penghargaan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Liga Juara-Juara musim UEFA.[57][58]
Alexander-Arnold memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 dengan kedudukannya sebagai bek kanan Liverpool dan memberi bantuan gol buat Divock Origi dalam kemenangan pembukaan 4-1 ke atas Norwich.[59] Dengan berbuat demikian, beliau hanya menjadi pemain kelapan di era Liga Perdana yang mencatat bantuan dalam lima perlawanan berturut-turut dan yang pertama melakukannya untuk Liverpool.[60] Beliau muncul dalam kemenangan berikutnya ke atas Southampton dan Arsenal, serta kemenangan Liverpool ke atas Chelsea di Piala Super UEFA 2019, di mana beliau menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti.[61] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya pada kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Chelsea, dan sekaligus dicalonkan buat anugerah Jaringan Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris.[62] Pada bulan berikutnya, beliau dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or 2019, bersama enam rakan sepasukan Liverpool.[63] Pada usia 21 tahun dan 26 hari, Alexander-Arnold menjadi pemain termuda keempat yang mencapai 100 penampilan buat Liverpool sejak Owen, Sterling, dan Fowler. Peristiwa tersebut menyaksikan beliau menghasilkan bantuan kepada Sadio Mané menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa.[64] Satu bulan kemudian, beliau terpilih sebagai pemain terbaik ke-19 di dunia dalam upacara Ballon d'Or.[65][66] Beliau kemudian membuat penampilan pertamanya dalam Kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA 2019 ketika kemenangan Liverpool 2-1 di separuh akhir ke atas juara CONCACAF, Monterrey.[67] Tiga hari kemudian, Alexander-Arnold bermain 120 minit penuh ketika Liverpool dinobatkan sebagai juara Piala Kelab Dunia FIFA 2019 buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, berikutan kemenangan 1-0 ke atas juara Copa Libertadores, Flamengo.[68]
Setelah kembali dari Qatar, Liverpool mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Leicester City, di mana Alexander-Arnold menyumbang keempat-empat gol dengan menjaringkan satu, membantu dua, dan memenangi penalti yang diambil oleh Milner.[69] Beliau kemudian diberi penghargaan kerana penampilannya dengan anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (menjadi pemain pertahanan pertama yang menuntut penghormatan itu sejak Micah Richards pada tahun 2007).[70] Pengiktirafan pada awal tahun turut menyaksikan beliau dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2019.[71] Alexander-Arnold kemudian memainkan peranan utama dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Wolves ketika kelab tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris sehingga 40 perlawanan. Semasa perlawanan tersebut, beliau membantu kapten Liverpool, Jordan Henderson untuk gol pembukaan dan sekaligus menjadi pemain bek pertama dalam sejarah pertandingan yang meraih angka berganda menghasilkan bantuan dalam banyak kempen.[72]
Menjelang akhir bulan Februari, setelah menang 3-2 ke atas West Ham United, beliau menyamai rekod bantuan liga dari kempen sebelumnya dan menjadikan jumlah keseluruhannya menjadi 25 bantuan. Beliau juga menjadi pemain termuda ketiga dalam sejarah pertandingan untuk mencapai bantuan banyak di belakang Cesc Fàbregas dan Wayne Rooney.[73] Musim tersebut ditangguhkan buat sementara waktu antara bulan Mac hingga Jun disebabkan oleh penularan COVID-19. Setelah liga kembali sambung semula, Alexander-Arnold membantu Liverpool memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun, serta yang pertama di era Liga Perdana Inggeris.[74] Dengan gelaran yang dijamin, beliau kemudian memecahkan rekod bantuannya sendiri pada hari kedua terakhir kempen ketika menetapkan Firmino untuk menjaringkan gol dalam kemenangan 5-3 ke atas Chelsea.[75] Atas sumbangannya sepanjang musim,beliau dianugerahkan anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana musim pertama, memenangi penghargaan Pemain Muda Terbaik PFA dan sekaligus dinobatkan dalam Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan.[76][77][78]
Alexander-Arnold telah mewakili England di pelbagai peringkat belia dan tampil di Piala Dunia FIFA B17 2015 di Chile.[79] Beliau juga menjaringkan tiga gol untuk pasukan England B19, termasuk perlawanan menentang Croatia dan Sepanyol dengan membantu England layak ke Kejohanan UEFA Eropah Bawah 19 Tahun.[80][81] Namun, beliau tidak tampil di kejohanan tersebut ketika Liverpool mencapai kesepakatan dengan England untuk merehatkannya dengan menumpukan kempen liga musim berikutnya. England kemudiannya tewas kepada Portugal di perlawanan akhir untuk merebut gelaran pertama dalam Kejohanan UEFA Eropah Bawah 19 Tahun.[24][82] Bulan seterusnya, beliau dipanggil untuk pasukan England B21 untuk pertama kalinya untuk kelayakan Kejohanan UEFA Eropah Bawah 21 Tahun menentang Belanda dan Latvia, serta membuat penampilan pertamanya dengan perlawanan terakhir. Dua lagi penampilan diikuti dengan pasukan England B21 sebelum beliau dinaikkan pangkat dan memantapkan statusnya di kem senior England.[83][84]
Pada bulan Mac 2018, semasa menjadi anggota pasukan England B21, Alexander-Arnold dijemput untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan untuk pertama kalinya menjelang perlawanan persahabatan mereka menentang Itali dan Belanda.[85] Beliau menerima panggilan pertama pada Mei 2018 ketika dinamakan dalam skuad Gareth Southgate untuk kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.[86] Penampilan pertamanya diikuti pada 7 Jun 2018 ketika beliau memulakan perlawanan persahabatan dengan kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica di Elland Road.[87] Sebelum perlawanan, beliau diserahkan jersi perlawanannya oleh Putera William, Duke of Cambridge.[88] Pada 28 Jun, Alexander-Arnold membuat penampilan sulungnya dengan kekalahan 1-0 di peringkat kumpulan kepada Belgium, setelah kedua-dua pasukan telah mengesahkan kedua-dua pasukan ke peringkat kalah mati. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi remaja keempat yang memulakan perlawanan untuk England di Piala Dunia.[89] Namun, penampilannya hanya sebagai Kieran Trippier lebih disukai di posisi bek kanan dan ditampilkan sepanjang perlawanan England termasuklah kekalahan kepada Croatia di separuh akhir, dan sekali lagi oleh Belgium di perlawanan penentuan tempat ketiga.[90]
Pada 15 November 2018, semasa pertandingan persahabatan antarabangsa yang diadakan untuk menghormati Wayne Rooney, Alexander-Arnold menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika England mencatat kemenangan 3-0 ke atas Amerika Syarikat di Stadium Wembley.[91] Pada usia 20 tahun dan 39 hari, beliau menjadi pemain Liverpool termuda sejak Michael Owen pada tahun 1999 yang menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan.[92] Pada bulan Jun 2019, beliau merupakan sebahagian dari skuad England yang menduduki tempat ketiga di kejohanan Liga Negara-Negara UEFA buat pertama kali dengan bermain sepenuh masa dalam kemenangan penalti ke atas Switzerland.[93]
Alexander-Arnold secara luas dianggap sebagai salah satu pemain bek terbaik dalam bola sepak dunia kerana hasil dari kemahirannya menduduki ruang menyerang di lapangan dan mencipta peluang mencetak gol untuk rakan sepasukannya.[94][95] Semasa awal tahun kariernya, beliau muncul sebagai salah satu pemain paling kreatif di Liga Perdana Inggeris kerana peranannya dalam membantu gol.[96] Beliau juga memiliki kemahiran menghantar bola yang mengagumkan dengan dikaitkan perkembangannya sebagai pemain tengah sewaktu berada di akademi remaja Liverpool, dan kemudiannya telah menjadi salah satu komponen utama skuad Liverpool sejak musim 2017-18.[97] Di bawah pengurus Liverpool, Jürgen Klopp, beliau memegang tanggungjawab kreatif di posisi bek kanan. Alexander-Arnold dikerahkan ke sisi kanan kerana ketepatan lintasan menghantar bola dan kelajuan bekerja di atas padang. Oleh itu, beliau menjadi tokoh penting dalam gaya permainan peralihan dan serangan balas buat pasukan Liverpool.[98][99][100] Kerajinan dan kecerdasan Alexander-Arnold dipilih untuk mendapat pujian khusus oleh nama-nama berpengaruh seperti Gary Lineker dan Fàbregas setelah bantuannya untuk menjaringkan gol pada separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018-19 menentang Barcelona.[101]
Alexander-Arnold adalah saudara bekas pemain bola sepak Reading dan Millwall, dan bekas setiausaha kelab Manchester United, John Alexander.[102] Neneknya dari ibu, Doreen Carling, pernah menjalin hubungan dengan bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson, sebelum berpindah ke New York City dan kemudiannya berkahwin.[103] Alexander-Arnold dengan demikian layak bermain buat pasukan kebangsaan Amerika Syarikat sebelum membuat penampilannya di England. Beliau mempunyai dua saudara lelaki; Tyler, yang berusia empat tahun lebih tua dan bertindak sebagai ejennya, dan Marcel, yang tiga tahun lebih muda.[104][105]
Di luar bola sepak, Alexander-Arnold menjadi sukarelawan sebagai duta untuk badan amal An Hour for Others yang berpusat di Liverpool dan bertujuan untuk membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik. Beliau telah menyokong badan amal itu sejak diperkenalkan oleh ibunya pada usia pertengahan remaja. Semasa berada di akademi Liverpool, beliau dan rakan sepasukannya, Kris Owens berjanji akan menyokong inisiatif itu jika salah satu dari mereka menjadi pemain bola profesional.[103] Filantropinya juga berkembang di luar badan amal dan pada bulan Mac 2019, setelah menandatangani tajaan boot baru dengan Under Armor (kesepakatan boot kedua paling menguntungkan di England di belakang Harry Kane). Beliau juga memulakan rancangan untuk membeli plot di Liverpool dan menggunakan dana untuk membina lapangan baru untuk masyarakat.[106]
Beliau juga gemar bermain catur yang diperkenalkan oleh ayahnya ketika masih muda, dan pada tahun 2018 beliau bermain perlawanan jemputan melawan juara dunia, Magnus Carlsen. Perlawanan jemputan diadakan bagi bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat masyarakat terhadap permainan catur. Perlawanan jemputan juga menyaksikan Alexander-Arnold tewas kepada juara dunia, Magnus Carlsen dengan hanya 17 gerakan.[107] Alexander-Arnold kemudian menjelaskan bagaimana catur lebih dari sekadar hobi dan telah membantunya dalam karier bola sepak dengan mengajarnya berfikir "dua atau tiga gerakan di hadapan lawan".[11]
Kelab | Musim | Liga | Piala FA Inggeris | Piala Liga Bola Sepak | Eropah | Lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Liga | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Liverpool | 2016–17 | Liga Perdana Inggeris | 7 | 0 | 2 | 0 | 3 | 0 | — | — | 12 | 0 | ||
2017–18 | Liga Perdana Inggeris | 19 | 1 | 2 | 0 | 0 | 0 | 12[a] | 2 | — | 33 | 3 | ||
2018–19 | Liga Perdana Inggeris | 29 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 11[a] | 0 | — | 40 | 1 | ||
2019–20 | Liga Perdana Inggeris | 38 | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7[a] | 0 | 4[b] | 0 | 49 | 4 | |
2020–21 | Liga Perdana Inggeris | 8 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 11 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 101 | 6 | 4 | 0 | 3 | 0 | 33 | 2 | 4 | 0 | 145 | 8 |
Pasukan kebangsaan | Tahun | Kmncln | Gol |
---|---|---|---|
England | 2018 | 5 | 1 |
2019 | 4 | 0 | |
2020 | 3 | 0 | |
Jumlah | 12 | 1 |
No. | Tarikh | Tempat | Penampilan | Lawan | Skor | Keputusan | Perlawanan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 15 November 2018 | Stadium Wembley, London, England | 5 | Amerika Syarikat | 2–0 | 3–0 | Perlawanan persahabatan | [91] |
Liverpool
England
Individu
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.