Bolak-balik angkasa lepas Discovery

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bolak-balik angkasa lepas Discovery

Bolak-balik angkasa lepas Discovery (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-103) adalah salah satu daripada lima buah bolak-balik angkasa lepas yang digunakan dalam armada NASA.[4] Semasa dilancarkan pada Ogos 1984, Discovery menjadi pengorbit angkasa lepas ketiga yang dioperasikan, dan kini merupakan pengorbit tertua yang telah berkhidmat. Selepas penerbangan terakhirnya pada Mac 2011, Discovery telah berjaya menjalankan 39 misi dalam tempoh 27 tahun, dengan 365 hari daripadanya di angkasa lepas. Discovery melaksanakan misi-misi pemasangan dan penyelidikan Stesen Angkasa Antarabangsa. Ia juga merupakan pengorbit yang membawa Teleskop Angkasa Hubble ke angkasa lepas. Discovery merupakan bolak-balik pertama yang bersara. Dua buah kapal angkasa lepas yang masih aktif adalah Atlantis dan Endeavour, manakala dua lagi, Challenger dan Columbia, musnah dalam kemalangan.

Fakta Segera DiscoveryOV-103 ...
Thumb
Discovery dilancarkan daripada pad pelancaran 39A Kennedy Space Center dalam misi STS-124.
Discovery
OV-103
Gelaran Kenderaan Pengorbit:OV-103
Negara:Amerika Syarikat
Anugerah kontrak:29 Januari 1979
Dinamakan selepas:RRS Discovery
Penerbangan Pertama:STS-41-D
30 Ogos 1984 – 5 September 1984
Penerbangan Terakhir:STS-133
24 February 2011 - 9 Mac 2011
Bilangan Misi:39
Anak Kapal:246
Masa dihabis di angkasa:365 hari, 12 jam, 53 minit, 34 saat[1]
Bilangan orbit:5,830[2]
Jarak Perjalanan :148,221,675 bt (238,539,663 km)[1]
Bilangan Satelit diatur:31 (termasuk Teleskop Angkasa Hubble)
Berlabuh diMir:1
Berlabuh di ISS:13
Status:Bersara[3]
Tutup

Penerbangan

Misi terpenting:

  • STS-41-D: Penerbangan sulung ke angkasa lepas
  • STS-51-D: Membawa Ahli Parlimen A.S. pertama ke angkasa, Senator Jake Garn
  • STS-26: "Penerbangan Semula" pertama selepas bencana Challenger (STS-51-L)
  • STS-31: Pelancaran Teleskop Angkasa Hubble
  • STS-60: Orang Rusia pertama menaiki kapal angkasa lepas A.S. (Sergei Krikalev)
  • STS-95: Penerbangan kedua John Glenn, orang tertua di angkasa lepas (77 tahun)
  • STS-96: Penerbangan misi pertama berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa
  • STS-92: Misi bolak-balik angkasa lepas ke-100
  • STS-114: Salah satu misi "Penerbangan Semula" selepas bencana Columbia (STS-107)
  • STS-116: Pelancaran malam pertama sejak bencana Columbia
  • STS-131: Misi terlama (15 hari)
  • STS-133: Misi terakhir

Galeri

== Lihat juga ==صف

  • Senarai misi bolak-balik angkasa lepas
  • Senarai anak kapal bolak-balik angkasa lepas

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.