Remove ads
Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuan Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.[2][3]
Nabil Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Nabil bin Ahmad 26 September 1983 18 Zulhijjah 1403 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 2008–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Nazirah Ayub (k. 2011) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Rohaizah binti Abdul Latiff |
Bapa | Allahyarham Ahmad bin Ismail |
Anugerah | Bintang Paling Popular ABPBH 2008[1] |
Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (sejak 2014) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Kuman Productions dan kemudian menubuhkan KMN Production.[4]
Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Beliau ialah anak ketiga daripada tujuh beradik, bapanya, Ahmad Ismail ialah seorang pemandu lori dan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff ialah seorang guru tadika bahasa Inggeris.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup dan membantu ibu bapanya. Antara kerja dilakukannya ialah penghantar surat dan barangan di Seremban, menjual nasi lemak di Mambau, bekerja kilang di Rasah dan bengkel di Kayu Ara. Sepanjang lima tahun bekerja sebagai penghantar surat, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM600.[5]
Nabil juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam sukan papan luncur yang berlangsung pada 2004 di Pulau Pinang.[6]
Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 untuk memulakan kerjaya hiburan dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi.[7] Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.[8] Zaidi Mohamad, menulis untuk Berita Harian berpendapat bahawa Nabil dianggap sebagai "generasi pelapis pelawak" dan menyifatkan kehadirannya diasarakan amat tepat ketika negara ketandusan pelawak berbakat.[9]
Sejak 2012, beliau bersama bekas pengacara bersama, Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, MeleTOP.[10][11] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[12] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[13][14]
Melengkapkan portfolio kerjaya seni beliau, Nabil menggalas peranan sebagai penerbit rancangan televisyen sitkom Bas Stop. Ia merupakan sebuah sitkom yang mengetengahkan isu semasa berkaitan kehidupan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Setiap episod membawa mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam suasana santai.[15][16][17]
Nabil telah dianugerahkan Hos/Penyampai Hiburan Terbak di Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 15 Oktober 2018.[18]
Nabil muncul dengan siri animasi pendek, Lu Pikir La, Nabil yang berdurasi selama 4 minit, memulakan siaran pada 14 Oktober 2021. Untuk siri ini, beliau mendapat inspirasi daripada filem 1990, Mat Gelap karya Imuda. Beliau dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Saya membesar dalam era 90-an dan ketika itu, banyak siri-siri animasi popular antaranya Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek. Saya yakin, ramai juga penonton di luar sana yang meminati siri-siri animasi berkenaan. Bagaimanapun, inspirasi utama saya adalah daripada filem lakonan Imuda berjudul Mat Gelap. Dalam filem itu, ada satu babak pendek memaparkan karakternya menjadi watak kartun. Dari situ, saya terfikir mungkin saya boleh terbitkan satu karya animasi mengenai diri saya dan mengimbau zaman kanak-kanak saya".[19]
Selepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman.[20] Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[21] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[22]
Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[23][24]
Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[25][26]
Filem sulung arahannya, Mat Bond Malaya ditayangkan pada 20 Julai 2021. Nabil berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[27][28] Filem ini merupakan filem sulung lakonan bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, ia turut dibintangi oleh Elizabeth Tan, Azri Iskandar dan Riezman Khuzaimi.[29]
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila secara rasmi melancarkan single dan muzik video lagu, "Pening" di saluran YouTube Mixology Music pada 23 Januari 2019.[30][31][32]
Nabil melengkapkan portfolio kerjayanya dengan membina empayar perniagaan sebagai jaminan masa depan. Beliau bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, menubuhkan syarikat penerbitan KMN Production Sdn Bhd pada hujung 2018.[33]
Nabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011[34][35] dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan—Nayla Mikayla (lahir 2012),[36] Leyla Medyna (lahir 2015)[37] dan Mishall Imani (lahir 2019).[38] Beliau sebelum ini dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki.[39]
Nabil sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan bekas pelakon, Irma Hasmie sekitar 2009.[40]
Bapanya, Ahmad Ismail, meninggal dunia pada 7 Oktober 2022 akibat komplikasi jantung pada usia 71 tahun di Hospital Serdang.[41]
Jenama humor dan gaya komedi Nabil dilihat oleh masyarakat sebagai menghiburkan penonton di pentas rancangan realiti yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman dan mengalihkan perhatian penonton dengan jenaka spontan yang berada di sekeliling pentas.[42] Nabil menyifatkan bahawa "setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya".[43]
Nabil turut berdepan dengan kritikan dan kontroversi sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. Semasa menjayakan Muzikal Lawak Superstar pada 12 Julai 2019, Nabil dikritik banyak pihak akibat tindakannya mencampakkan tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas. Perbuatan beliau telah mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa. Tok Cindai menyifatkan perbuatannya yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu. Nabil membuat permohonan maaf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dan tidak berniat untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.[44] Beliau turut dikritik kerana menjadikan penyanyi Alyah sebagai bahan jenaka di pentas konsert Gegar Vaganza musim ke-7. Beliau telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik beliau dan Ramli M. S.. Alyah dilaporkan berkata tidak pernah berkecil hati dengan sikap Nabil dan pengacara bersama, Jihan Muse. Tidak cukup dengan itu, Nabil juga telah menyindir Azwan Ali ketika Gegar Vaganza sedang berlangsung kerana sudah lama beliau tidak pegang mikrofon dan pegang 'selfie stick'. Sindiran tersebut telah mendapat kecaman lalu Azwan telah memaafkan Nabil Ahmad dan berharap dia tidak akan mengulanginya lagi.[45]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Sifu & Tongga | Tongga | Filem pertama |
Jin Notti | Pusher | ||
Momok The Movie | Jefri | ||
Pisau Cukur | Hos/Enrique | Penampilan khas | |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Nabil | |
Kecoh Betul | Aiman | ||
Magika | Orang Minyak | ||
2012 | Bujang Telajak | Nabil | |
Berani Punya Budak | Adik John | ||
Uncle Usin | Uncle Usin | ||
Cinta Beruang | Nabu | ||
Untuk Tiga Hari | Penampilan khas | ||
Shh...Dia Datang | Tidak ditayangkan | ||
Pontianak vs Orang Minyak | Ponti | ||
2015 | Romeo Kota | Detektif Fakhrul | |
2016 | Bo-Peng | Bo | |
2021 | Mat Bond Malaya | Nabil | Juga sebagai pengarah, penulis dan penerbit |
2023 | Syaitan Munafik | Pelanggan Warung | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2012 | Lawak Ke Der? |
2013 | Lawak Ke Der? 2 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak | Peserta Solo | Astro Prima | |
2009 | Lu Pikirlah Sendiri Nabil | Pengacara | ||
Ewah-Ewah | TV3 | mengacara bersama Raja Azura | ||
Hartamania | TV9 | |||
Pondok-Pondok | ||||
Studio Nabil | ||||
2010 | Simpang 3 | Pelbagai | TV3 | |
2011 | Maharaja Lawak | Peserta Solo | Astro Warna | |
S.Y.O.K. | Pelbagai watak | TV1 | ||
2011–2012 | Oh Yeah! | Pelbagai | Astro Warna | |
2012 | Pentas Dikir | Pengacara | TV2 | |
Maharaja Lawak Mega 2012 | Kumpulan Boboi | Astro Warna | ||
Akademi Spontan | Harry | mengacara bersama Afdlin Shauki | ||
2012–kini | MeleTOP | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa (2012-2019) & Hawa Rizwana (2022-kini) |
2013 | Siti Ohsem | Astro Prima | mengacara bersama Dato' Seri Siti Nurhaliza | |
Super Spontan 2013 | Peserta | Astro Warna | Kumpulan Ketam Konfius | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Peserta Solo | |||
Anugerah Industri Muzik ke-20 | Pengacara | Astro Ria | ||
2013–kini | Ceria Popstar | Astro Ceria | ||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa & Dato' AC Mizal | |
Anugerah Planet Muzik 2014 | ||||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Peserta Solo | Astro Warna | ||
2014–kini | Gegar Vaganza | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Jihan Muse (2014-2021, 2023-kini) & Elly Mazlein (2022-2023) |
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | mengacara bersama Neelofa, Johan, Dato' AC Mizal & Zizan Razak | ||
Ini Malam Kita Punya | Astro Warna | |||
Sembang Pacak | mengacara bersama Angah Iskandarsah | |||
Festival Filem Malaysia ke-27 | Astro Ria | mengacara bersama Sherry Alhadad | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | mengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Dato' AC Mizal | ||
Festival Filem Malaysia ke-28 | mengacara bersama Sherry Alhadad | |||
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | |||
Padan Muka! | Astro Warna | |||
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Sherry Alhadad | |
Jom Berbuka | Dirinya sendiri | TV3 | bersama isterinya | |
Arena Panggang | Astro Warna | |||
2019 | Muzik Muzik 34 | Artis Jemputan | TV3 | |
Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Adibah Noor | |
Anugerah MeleTOP Era 2019 | mengacara bersama Neelofa & Jihan Muse | |||
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | mengacara bersama Jihan Muse & Zizan Razak | ||
2021 | Raja Lawak Junior | Juri | Astro Warna | Juri bersama Jihan Muse & Adibah Noor |
2022 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Jihan Muse & Sherry Alhadad |
2023 | Yang Paling Padu | mengacara bersama Elly Mazlein | ||
Family Feud Malaysia | ||||
From KL to PL | mengacara bersama Douglas Lim, Intan Serah & Nafis Abdullah | |||
2024 | The Hardest Singing Show | mengacara bersama Rina Nose |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Sonata Labu Labi | Labu | Astro Prima | Telefilem pertama |
Kuih Goyang Seha | Shafiq | TV3 | ||
2012 | Asmara Pontianak K-POP | Ejal | ||
2013 | Kain, Jarum & Gunting | Fauzi | Astro Warna | |
2014 | Nangnok | Ali | Astro Ria | |
Strawberry Karipap Sesat Kat Paris | Uncle Faris | Astro First Eksklusif | ||
2015 | Bila Kau Datang | Arman | Astro Ria | |
2018 | The Hantus | — | Astro First Eksklusif | Juga sebagai pengarah |
2019 | “Dato” S | — | ||
Gostan | — | |||
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Nabil & Co. | Nabil | TV9 | Drama pertama |
Sonata Labu Labi The Series | Labu | Astro Warna | ||
2010 | Kuih Goyang Shafiq | Shafiq | TV3 | |
2011 | You Saka... Pergi Jauh-Jauh | Adrus | ||
2012 | Oh My English! (musim pertama) | Abang Nabil | Astro TVIQ | Episod: "Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!" |
2013 | Geng Bas Sekolah | Astro Ceria | Pelakon undangan | |
Mak Lang, Datang Kompang Bergendang | Fitri | TV3 | ||
Rumah Kedai | Roslan | |||
Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti | Shafiq | |||
2014 | Cakap Melayulah | Daud | Astro Warna | |
2017 | Bas Stop | Juga sebagai penerbit | ||
2023 | One Million Dollar Voice | Nabil | Astro Ria | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021–kini | Lu Pikir La, Nabil | Nabil (suara) | Astro Ceria | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak Musim 2 | Juara | Nabil Ahmad | Menang |
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 | Bintang Paling Popular | Menang | |
Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |||
Artis Baru Lelaki Popular | Menang | |||
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 | Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |
Pengacara TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Festival Filem Malaysia ke-22 | Pelakon Harapan Lelaki | Nabil Ahmad (Sifu & Tongga) | Tercalon | |
2011 | Maharaja Lawak | Tempat Ketiga | Nabil Ahmad | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Artis Komedi Lelaki Popular | Tercalon | ||
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Tercalon | ||
Maharaja Lawak Mega 2012 | Tempat keempat | Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik) | Menang | |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Artis Komedi Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Tercalon |
Penyampai Radio Lelaki Popular | Nabil Ahmad (Era FM) | Tercalon | ||
Super Spontan 2013 | Tempat Ketiga | Nabil Ahmad | Menang | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Tempat Kelima | Menang | ||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Menang |
Penyampai Radio Baru MeleTOP | Nabil Ahmad (Era FM) | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Pengacara TV Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Tercalon | ||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Tempat ketiga | Menang | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Pengacara TV MeleTOP | Nabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era) | Tercalon |
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Tercalon | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015) | Tercalon |
Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Tercalon | ||
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Tercalon | ||
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016) | Tercalon |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pengacara TV Popular | — | Tercalon | |
Artis Versatil Popular | — | Tercalon | ||
Asian Academy Creative Awards | Pengacara Hiburan Terbaik | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza) | Menang | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Pengacara TV Popular | Nabil Ahmad | Tercalon |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.