From Wikipedia, the free encyclopedia
Romeo Kota: Kes Fail Kriptik merupakan filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan sulong Aaron Aziz.[3] Filem ini menggandingkan pelawak popular, Nabil Ahmad bersama dengan pengarah filem ini sendiri Aaron Aziz sebagai pelakon utama. Selain itu, ia turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Ahmad Idham, Dwi Ariana, Hanis Zalikha, Nina Juren, Shenty Feliziana, Fizo Omar dan Wan Sharmila. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 8 Januari 2015.[4]
Romeo Kota: Kes Fail Kriptik | |
---|---|
Pengarah | Aaron Aziz |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Cerita oleh | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2 Juta[1] |
Pecah panggung | RM 0.35 Juta.[2] |
Maria, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah.
Detektif Romi (Aaron Aziz) dan Detektif Fakhrul (Nabil Ahmad) merupakan dua anggota detektif yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut oleh DSP Yusri (Soffi Jikan). Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘KRIPTIK’ Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.
Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Detektif Romi, menyamar selaku pensyarah dan Detektif Fakrul sebagai pelajar kolej.
Pada masa yang sama, Ema (Shenty Fazliana), antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Romi dan Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, Elina (Hanis Zalikha) pula menaruh hati dengan Romi.
Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa.
Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu Botak (Fizo Omar).
Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina, yang kemudiannya didedahkan sebagai seorang Inspektor undercover, memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut.
Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan.[5]
Pada mulanya Aaron ditawarkan untuk berlakon sahaja, tetapi penerbitnya Ahmad Idham memberi kepercayaan kepada Aaron untuk mengarah filem.[6][7]Menurut pengarah, Aaron Aziz mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood seperti Bad Boys dan Rush Hours.[8] Dia turut mendedahkan ada membuat rujukan dengan pihak polis Bukit Aman.Filem ini menjalani penggambaran di Bukit Bintang dan kampus Kolej Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur selama 27 hari.[9][10]Pada 3 April 2013,Persatuan Pengarah Filem (FDAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dilaporkan melakukan serbuan di lokasi penggambaran filem kerana isu keahlian Aaron Aziz di dalam FDAM.[11]
Filem Romeo Kota ditayangkan di 54 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. [12] Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 30 Disember 2014.[13][14]Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 8 Januari 2015.[15]
Kutipan bagi filem ini ialah RM0.35 Juta.[16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.