You Saka... Pergi Jauh-Jauh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
You Saka... Pergi Jauh-Jauh ialah sebuah siri drama televisyen seram komedi Malaysia 2011 dibintangi oleh Eira Syazira dan Nabil Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 2 Jun 2011 hingga 25 Ogos 2011 menggantikan Mantera Anjasmoro.
Remove ads
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan Nia (Eira Syazira), seorang gadis yang diburu saka ibunya yang bernama Gelam setelah ibunya meninggal dunia. Pada awal cerita menunjukkan Nia menyeru tuan puteri yang dikatakan menjaga keluarganya sejak dahulu untuk menghalau Gelam supaya tidak mengganggunya.
Nia ialah seorang wanita bekerjaya dan merupakan tulang belakang syarikat tempatnya bekerja. Datin Salina (boss Nia) mahu jodohkannya dengan anak lelakinya. Nia menolak kerana dia sudah ada kekasih hati Adrus (Nabil). Adrus pula sibuk mencari hantu, konon-konon seperti rancangan paranormal. Bapa Nabil iaitu Ibrahim pula (Fauzi Nawawi) seorang bomoh yang konon-kononnya bercakap dengan jin Siam. Gelam terus memburu Nia sehingga ke rumah Nia. Adrus pengsan apabila ternampak Gelam di rumah Nia, sebaliknya Nia marahkan Gelam sebaik sahaja nampak Gelam di rumahnya.
Remove ads
Pelakon
Utama
- Eira Syazira sebagai Nia
- Nabil Ahmad sebagai Adrus
- Roy Azman sebagai Roslan
- Fauzi Nawawi sebagai Ibrahim
- Dynas Mokhtar sebagai Zeti
- Ayang Hussein sebagai Shasha
Pembantu
- Amyza Aznan sebagai Rahimah
- Ku Faridah sebagai Datin Salina
- Irfan Roslan sebagai Fauzan
- Rosnah Johari sebagai Rosrita
- Rasyid Jaafar sebagai Pak Abas
- Sharisa Haris sebagai Lina Bimbo
- Hana Harun sebagai Puteri Jarum
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads