Negara Islam di Iraq dan Syam (ISIS) (Arab: الدولة الاسلامية في العراق والشام al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām), singkatan ISIS atau ISIL (Inggeris) atau DĀʻiSh atau Daesh (Arab: داعش Dāʻish), merupakan sebuah kumpulan gerakan militan bersenjata yang radikal aktif di Iraq dan Syria. Kumpulan ini beraliran Salafi campuran Wahabi yang keras dengan tindakan hukum dan syariat islam, malah kumpulan ini juga didakwa serupa seperti golongan Khawarij dan juga menyimpang dari jalan islam. Ini sebagaimana tindakan mereka mengambil hukum yang terkandung dalam Al-Quran luar dari tafsiran yang sepatutnya, tidak seperti mana tafsiran para ulamak Sunni umumnya. Mereka menghalalkan darah orang bukan islam "kafir" dan menghukum bunuh orang islam yang dianggap mereka murtad melalui hukum Takfir. Kumpulan ini telah dicatatkan sebagai organisasi pertubuhan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Fakta Segera الدولة الإسلامية في العراق والشام, Status ...
Negara Islam di Iraq dan Syam
الدولة الإسلامية في العراق والشام
Thumb
Bendera
Thumb
Kini Wilayah dikawal oleh ISIS pada Jun 2014 (merah)
StatusNegara tidak diiktiraf
Ibu negaraRaqqa[1]
Bahasa rasmiArab
KerajaanNegara Islamik
 Khalifah
Abu Bakr al-Baghdadi
Pemisahan dari Iraq dan Syria
 Negara Islam Iraq diistiharkan
15 Oktober 2006[2]
 Negara Islam Iraq dan Syam diistiharkan
9 April 2013[3]
Zon waktu()
Tutup
Fakta Segera Negara Islam Iraq dan Syam نڬارا اسلام عراق دان شام, Aktif ...
Negara Islam Iraq dan Syam
نڬارا اسلام عراق دان شام
Terlibat dalam Perang Iraq, Perang Terhadap Keganasan, Pemberontakan Iraq dan Perang Saudara Syria
Thumb
Bendera Negara Islam Iraq dan Syam
Aktif 2003–kini[4]
Ideologi Salafi
Wahabi
Pan-Islamisme
Anti-Yazidi[5][6][7][8]
Anti-Shia
Anti-Kristian
Anti-Hindu
Anti-LGBTQ
Anti-Yahudi
Qutbisme
Takfeer
Kumpulan
  • Negara Islam di wilayah (Algeria),
  • Negara Islam di wilayah (Bengal),
  • Negara Islam di wilayah (Kaukasus),
  • Negara Islam di wilayah (Asia Tengah),
  • Negara Islam di Benua (Sahara),
  • Negara Islam di wilayah (Khurasan),


Kumpulan yang tidak tersusun

  • Kumpulan Negara Islam di wilayah Azerbaijan
  • Kumpulan Negara Islam di wilayah India
  • Kumpulan Negara Islam di wilayah Pakistan [10]
  • Kumpulan Negara Islam di wilayah Turki
  • Kumpulan Negara Islam di wilayah Arab Saudi
  • Sel Pengganas kumpulan Negara Islam di wilayah Brussel
Pemimpin Abu Musab al-Zarqawi  (2004–2006)
Abu Ayyub al-Masri  (2006–2010)
Abu Omar al-Baghdadi  (2006–2010)
Abu Bakr al-Baghdadi (2010–kini)
Ibu pejabat Baqubah (Iraq)
Raqqa (Syria)
Kawasan 
operasi
 Iraq
 Syria[11]
 Negara Palestin[12]

[12]
 Turki (didakwa)[13][14][15]
 Libya
 Rusia di (Kaukasus Utara)
 Somalia
 Nigeria
 Cameroon
 Mali
 Niger
 Chad
 Arab Saudi
 Mesir
 Algeria
 Bangladesh
 Pakistan
 Afghanistan
 Azerbaijan
 Yaman
 India
 Filipina

Kekuatan 5,000–6,000 (2013)[16]
Sebahagian dari al-Qaeda (sejak 2004)[17]
Bermula dengan Jama'at al-Tawhid wal-Jihad
al-Qaeda in Iraq
Mujahideen Shura Council
Menjadi Negara Islam Iraq dan Syam
Sekutu Barisan al-Nusra (dibubarkan sejak 2017)[18]
Ansar al-Islam
Kumpulan Ansar al-Sunnah
Tentera Muhajirin dan Ansar[19]
Turki Turki (didakwa)[20][21][22]
Lawan


Lawan bukan negara :

Tentera Pemberontak Syria (Gerakan tentera untuk menjatuhkan Bashar al-Assad):

  • Syria Barisan Revolusi Syria[51]
  • Syria Tentera Bebas Syria[52]


Gerakan Sunni/bukan Syiah

Tahrir al-Sham (sejak 2017)[55]
  • Kerajaan Penyelamat Syria
  • Peshmerga
  • Persatuan Komuniti Kurdistan
  •  al-Qaeda[56]
  • Pasukan Pelindung Libya (Gerakan menjatuhkan Muammar Ghaddafi)
  • Dewan Mujahideen di Derna[57]
  • Tentera Penaklukan (2015–17)


Militan Syiah :

  •  Hizbullah
  • Kata'ib Hizbullah
  • Houthis
  • Harakat Hezbollah al-Nujaba
  • Pasukan Mobilisasi Rakyat Iraq
  • Kata'ib Sayyid al-Shuhada
  • Liwa Assad Allah al-Ghalib fi al-Iraq wa al-Sham[58]
Pertempuran/ perang Perang Iraq
Pemberontakan Iraq
Perang Saudara Syria[59]
Tutup

ISIS dikritik secara meluas kerana manjalankan pemenggalan kepala dan hukuman mati yang kejam terhadap tentera dan orang awam, termasuk wartawan, lagi-lagi pula orang tersebut bukan islam dan beraliran Syiah. ISIS juga dikutuk atas pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, perhambaan seks keatas kaum minoriti Yazidi (fahamannya menganggap wanita bukan islam boleh diperhambakan) dan lain-lain. ISIS juga akan melawan dan membantai apa-apa jua gerakan jihad pembebasan yang tidak sehaluan dan sebulu dengannya seperti mana yang berlaku pada Perang Saudara Syria.

Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Kumpulan tersebut terdiri daripada pelbagai kumpulan pejuang termasuklah oleh pertubuhan sebelumnya, Majlis Syura Mujahidin, al-Qaeda, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Tentera Mazhab Mansura dan lain-lain. Matlamat Negara Islam Iraq dan Syam adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria, lalu ke seluruh dunia.[perlu rujukan]

Kumpulan ini dipengaruhi pergerakan Wahabi. Mereka berjuang memerdekakan negara Iraq, Syria dan juga Lubnan. Kumpulan ini ditubuhkan pada awal Pencerobohan AS di Iraq 2003 dan bersetia dengan organisasi al-Qaeda 2004. Kumpulan ini mendapat sokongan dan bergabung dengan pelbagai kumpulan pemberontak, termasuk Majlis Syura Mujahideen, al-Qaeda di Iraq, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Jeish al-Taiifa al-Mansoura dan lain-lain. Puak-puak ini menganut Islam Sunni. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan satu negara khalifah di kawasan majoriti Sunni Iraq, kemudian berkembang ke Syria. Pada bulan Februari 2014 selepas krisis kuasa, al-Qaeda tidak lagi berhubung dengan ISIS.[perlu rujukan]

Kumpulan ini begitu ketara di wilayah-wilayah Iraq seperti Al Anbar, Ninawa, Kirkuk wilayah Salah Din, Babil, Diyala dan Baghdad. Mereka mendakwa Baqubah sebagai ibu negara. Semasa Perang saudara Syria berlangsung, kumpulan ini muncul di Raqqa, Idlib dan Aleppo.[perlu rujukan]

Mereka menyasarkan kerajaan dan tentera Iraq. Ahlinya bertambah kepada 2,500 orang. Surat daripada Ayman al-Zawahiri, pemimpin tertinggi al-Qaeda pada 2013 menyatakan pembubaran puak ISIS Syria. Walau bagaimanapun, pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi menyatakan gerakan itu selari dengan dasar perundangan Islam dan akan terus beroperasi di Syria.[perlu rujukan]

Pada awal Jun 2014, berikutan perbalahan di Iraq, ISIS dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai penduduk di Iraq, wilayah Nineveh, dan bandar Fallujah. ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah Salah Din, dengan matlamat menguasai Baghdad, ibu kota Iraq.[perlu rujukan]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.