The Jerusalem Post

From Wikipedia, the free encyclopedia

The Jerusalem Post (Melayu: Akhbar Baitulmaqdis) ialah surat khabar helaian lebar yang diasaskan pada tahun 1932 di Palestin Bermandat oleh Gershon Agron, dimana ketika itu akhbar tersebut dikenali sebagai The Palestine Post. Pada tahun 1950, surat khabar itu menukar namanya kepada yang sekarang. Akhbar ini kemudiannya dibeli oleh Mirkaei Tikshoret, sebuah firma pelbagai media yang dikawal oleh pelabur Eli Azur pada tahun 2004. The Jerusalem Post diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan sebelum ini turut dicetak dalam edisi bahasa Perancis.

Fakta Segera Jenis, Format ...
The Jerusalem Post
Thumb
JenisSurat khabar
FormatHelaian lebar
Diasaskan1 Disember 1932; 92 tahun yang lalu (1932-12-01) (sebagai The Palestine Post)
Pemihakan politikTengah ke konservatif[1][2]
BahasaInggeris
Ibu pejabatBaitulmaqdis
Akhbar saudaraJerusalem Post Lite
PemilikThe Jerusalem Post Group
PengarangYaakov Katz
ISSN0021-597X
Laman sesawangjpost.com
Tutup

Dahulunya dianggap sebagai penyokong sayap kiri, The Jerusalem Post mengalamai perubahan kepada sayap kanan pada lewat 1980-an.[3] Sejak 2004, penyunting David Horovitz mengalihkannya ke haluan tengah dan seterusnya pada 2011, Steve Linde berikrar untuk menyediakan liputan yang seimbang dengan pandangan daripada pelbagai spektrum siasah.[4][5] Pada April 2016, Linde meletak jawatan sebagai ketua penyunting akhbar dan digantikan oleh Yaakov Katz,[6] bekas wartawan tentera untuk akhbar yang sebelumnya berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Naftali Bennett.[7]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.