Antisemitisme
From Wikipedia, the free encyclopedia
Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.
Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.
Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.
Etimologi
Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi"),[1] dan telah digunakan sedemikian sejak itu.[2][3]
Tokoh anti Semitik
Mana-mana tokoh yang anti-kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop/dilabel sebagai anti-Semetik. Antaranya :
- Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad - kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009 . Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan.[4] Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).Hari Peringatan Holocaust Israel disambut pada --[5] .Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'.Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'[6].
- Faruq Hosni Menteri Kebudayaan Mesir - kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.[7]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.