Pada abad ini , Empayar Rom Timur terus bermasalah, dan semakin bertambah teruk selepas 630-an, apabila NabiArabMuhammad mengasaskan Islam agama Wahyu, dan memulakan langkah kepada pengembangan Agama Islam diluar dari Empayar Arab. Walaupun kehidupan di pinggir bandar merosot, Constantinople menjadi bandar terkaya dann terbesar di dunia. Dianggarkan Wabak Justinian membunuh hampir 100 juta orang seluruh dunia. Ia menyebabkan penduduk Eropah merosot sekitar 550 ribu dan 700 ribu. Ia juga menyumbang kepada kejayaan orang Arab.[1]
Di Semenanjung Iberia, kurun ketujuh merupakan Siglo de Concilios, iaitu, abad majlis, merujuk kepada Majlis Toledo.
Orang Croatia dan Serbia memasuki wilayah mereka kini pada awal abad ke-7, menyempadani pendudukan enam puak berbeza, manakala orang Croatia menetap lebih awal.
610, Heraclius tiba dari Afrika di Constantinople dengan kapal, menggulingkan PhocasEmpayar Rom Timur dan menjadi Maharaja. Tindakan pertamanya ialah mengubah bahasa rasmi Empayar dari Latin kepada Yunani (sudahpun menjadi bahasa kebanyakan penduduk)
Guangzhou, China, menjadi pelabuhan laut antarabangsa utama, menjadi tuan rumah pengembara maritim dari Mesir, Afrika Timur, Arab, Parsi, India, Sri Lanka, dan Asia Tenggara, termasuk Islam, Yahudi, Hindu dan Kristian Nestorian.
622, tahun pertama Takwim Hijrah bermula, ketika berlakuya Hijrah — Muhammad dan pengikutnya berhijrah dari Makkah ke Madinah pada September.
663, Dinasti Tang China dan Kerajaan Silla Korea memenangi pertarungan menentang Kerajaan Baekje Korea dan sekutu Jepun mereka, Yamato dalam peperangan laut Baekgang.
668, Penamatan Perang Goguryeo-Tang Wars, memandangkan Goguryeo jatuh kepada serangan bersama oleh Tang China dan Kesatuan Silla dari Korea.
670 Tentera Arab Muslim bawah Uqbah bin Nafi memasuki kawasan Ifriqiya. Akhirnya pada penghujung 670-an, penaklukan Afrika Utara sempurna.
Khalid bin al-Walid (Pedang Allah) (592–642), panglima tentera Arab Islam yag mengalahkan kedua-dua Empayar Rom dan Parsi dalam lebih lapan pertarungan.