From Wikipedia, the free encyclopedia
Manchuria (Hanzi: 滿州, Hanyu pinyin: Manzhou) ialah sebuah wilayah kuno di sebelah timur laut China berhampiran bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia. Manchuria sekarang ini meliputi wilayah-wilayah Republik Rakyat China seperti Liaoning, Jilin dan Heilongjiang.
Manchuria | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 滿洲 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 满洲 | ||||||||||
| |||||||||||
Mongolian name | |||||||||||
Mongolian Cyrillic | Манж | ||||||||||
Manchu name | |||||||||||
Manchu script | (Manju) | ||||||||||
Russian name | |||||||||||
Russian | Маньчжурия |
Manchuria sejak lama telah menjadi wilayah kekuasaan China, namun pada tahun 1932, Jepun mendirikan negara boneka Manchukuo di sini dan menetapkan Puyi, maharaja terakhir Dinasti Qing sebagai pemimpin tertinggi. Manchukuo diakui oleh 23 negara dari 80 negara di dunia masa itu.
Sejak abad-19, Kesatuan Soviet melakukan pengembangan wilayah dan mengilhak hampir seluruh Manchuria yang kira-kira seluas 1/9 wilayah China. Rusia mahukan Manchuria kerana politik air panas mereka untuk mencari pelabuhan yang boleh digunakan sepanjang tahun dan terbebas dari ais membeku pada musim sejuk.
Selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Manchuria dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan kemudian dikembalikan sebahagian kepada Republik China.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.