Carthage
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Carthago (bahasa Latin, Arab: قرطاج, rumi: Qarṭāj , bahasa Greek purba: Καρχηδών Karkhēdōn, bahasa-bahasa Perancis dan Inggeris: Carthage) merupakan sebuah negara kota purba yang kini terletak di pinggir bandar Tunis, Tunisia di utara benua Afrika. Bandar ini penuh sejarah utama dari mulanya sebagai suatu petempatan didirikan orang Phoenicia di bawah pemerintahan Ratu Elissa Dido pada tahun 814 SM menjadi suatu kota makmur pada zaman Baharian klasikc terutamanya sebagai pusat kerajaan Punik yang memerintah ke atas Laut Mediterranean pada alaf pertama sebelum Masihi.[1]
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | 𐤒𐤓𐤕𐤇𐤃𐤔𐤕 |
Inskripsi | 1979 (sesi ke-3) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Exarchate of Africa, Tunisia |
Koordinat | 36°51′09″N 10°19′24″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Kemakmuran kota ini menyebabkan persaingan dengan Siracusa dan Rom dengan berlangsungnya beberapa perang dengan serangan ke atas satu sama lain. Serangan Hannibal dari Itali dalam Perang Punic Kedua membawa kemenangan kepada orang Carthage di Cannae dan yang mana kemudian memberi ancaman serius kepada keberlangsungan pemerintahan Rom di Itali. Selepas Perang Punic Ketiga, kota ini telah dimusnahkan oleh Rom pada tahun 146 SM. Bagaimanapun, orang-orang Rom membina semula Carthage, yang mana kemudian menjadi satu daripada tiga kota paling penting Empayar Rom dan merupakan ibu negara bagi kerajaan Pemusnah yang singkat. Ia kekal menjadi satu daripada kota-kota terpenting Rom sehingga penaklukan Islam apabila ia telah dimusnahkan buat kali kedua pada tahun 698.
Tinggalan kota ini dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1979.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.