From Wikipedia, the free encyclopedia
Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat.[1] Selepas kewafatannya, tugasnya itu WAJIB disambungkan oleh orang Islam yang menjadi umatnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang keempat iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar Ibni Al-Khattab
3. Uthman Ibni 'Affan
4. 'Ali Ibni Abu Talib
5. Sa'ad Bin Abu Waqqas
6. Al-Zubair Bin Al-Awwam
7. Sa'id Bin Zaid
8. Abdul Rahman Bin 'Auf
9. Talhah Bin 'Ubaidillah
10. Abu 'Ubaidah 'Amir Bin Al-Jarrah
(1) Namanya yang sebenar Abdullah Bin Abi Quhafah
Wafat pada tahun 13H/634M.
(2) Wafat pada tahun 23H/644M.
(3) Wafat pada tahun 35H/655M
(4) Wafat pada tahun 40H/661M.
(5) Wafat pada tahun 55H/675M.
(6) Wafat pada tahun 36H/656M.
(7) Wafat pada tahun 51H/671M.
(8) Wafat pada tahun 32H/652M.
(9) Wafat pada tahun 36H/656M.
(10) Wafat pada tahun 18H/639M.
Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi.
Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli.
Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ﷺ ),”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda ﷺ menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda ﷺ menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda ﷺ menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda ﷺ menjawab,”315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai..
Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama sebenar Allah.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah
Antara para nabi & rasul yang tidak
5 daripada 25 nabi dan rasul ini diberikan kitab/kalam.
1. Al-Qasim
Al-Qasim adalah anak pertama Nabi Muhammad ﷺ.
Beliau mendapat kun’yah "Abu Qasim" dan meninggal dunia sebelum Rasulullah diangkat sebagai Nabi, ketika berusia 2 tahun.
2. Abdullah (Al-Tayyib & Al-Tahir)
Abdullah adalah anak kedua Nabi Muhammad ﷺ, juga dikenali dengan gelaran Al-Tayyib dan Al-Tahir.
Beliau dilahirkan selepas nubuwwah (wahyu) turun dan meninggal dunia ketika usia 70 hari.
Terdapat riwayat yang menyebut usia beliau mencapai tujuh bulan.
3. Zainab binti Muhammad ﷺ
Zainab adalah anak sulung Nabi Muhammad ﷺ dari perkahwinannya dengan Khadijah.
Semua anak perempuan baginda, termasuk Zainab, masuk Islam dan berhijrah bersama Rasulullah ﷺ.
4. Ruqayyah binti Muhammad ﷺ
Ruqayyah adalah putri sulung Nabi Muhammad ﷺ dan Khadijah.
Beliau menikah dengan Utsman bin Affan, yang kemudian menjadi khalifah ketiga.
Ruqayyah meninggal dunia semasa penaklukan Mekah, dikenali dengan kesabarannya dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.
5. Ummu Kultsum binti Muhammad ﷺ
Ummu Kultsum adalah putri Nabi Muhammad ﷺ dari perkahwinannya dengan Khadijah.
Setelah kematian Ruqayyah, Ummu Kultsum menikah dengan Utsman bin Affan, yang juga menjadi khalifah ketiga.
Ummu Kultsum meninggal dunia setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.
6. Fatimah az-Zahra binti Muhammad ﷺ
Fatimah adalah putri bongsu Nabi Muhammad ﷺ dan Khadijah.
Beliau menikah dengan Ali bin Abi Thalib, yang merupakan sepupu Rasulullah ﷺ dan ayah kepada Hasan dan Husain.
Fatimah dikenal dengan kebaikan, ketekunan beribadah, dan kesetiaannya kepada keluarga. 4. Ibrahim ﷺ
Ibrahim adalah anak Nabi Muhammad ﷺ dari perkahwinannya dengan Maria Al-Qibtiyah.
Beliau dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia ketika usia 70 hari, dengan sebahagian riwayat menyebut usia tujuh bulan.
Semua anak lelaki dan perempuan Nabi Muhammad ﷺ meninggal dunia semasa hayat baginda, kecuali Fatimah, yang wafat tujuh bulan selepas kewafatan Rasulullah ﷺ Fakta ini sahih dan telah disokong oleh sumber-sumber sejarah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.