Remove ads
wahyu dalam Islam From Wikipedia, the free encyclopedia
Wahyu (Arab: وَحْي , IPA: [waħj]; jamak وُحِيّ wuḥiyy, IPA: [wuħijj]) merupakan perkataan bahasa Arab. Dalam konteks agama Islam, wahyu merupakan firman atau perintah Allah, iaitu Tuhan bagi kepercayaan orang memeluk Islam yang disampaikan kepada individu terpilih iaitu nabi dan rasul.[1][2] Sebagai contoh, nabi dan rasul yang menerima wahyu daripada Allah seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nisaa’ ayat ke-163 ialah nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'akub dan nabi-nabi keturunannya. Penyampaian wahyu-wahyu dilakukan oleh malaikat Jibril.[2]
Penerimaan wahyu pertama telah diturunkan kepada nabi Islam iaitu Muhammad yang berlaku pada 17 Ramadan di Gua Hira, iiatu sebah gua di Jabal an-Nur (Bukit An-Nur). Wahyu pertama nabi Muhammad ialah Surah al-Alaq (Arab: سورة العلق ) dari ayat satu sehingga lima dan disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Namun, Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan menulis, lantas malaikat Jibril memeluk baginda lantas meminta dan memaksa baginda membaca. Jawapan sama diberikan sebanyak tiga kali, malaikat Jibril mengambil tindakan lain iaitu dengan mengajar Nabi Muhammad membaca ayat satu hingga lima dari surah al-Alaq.[3][4] Ayat satu hingga lima surah al-Alaq berbunyi:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (1) |
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (1) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.