From Wikipedia, the free encyclopedia
Ifrikiyyah atau Ifriqiyyah (Arab: إفريقية Ifrīqiya) merupakan wilayah terdiri daripada kawasan-kawasan pantai apa yang sekarang daerah barat Libya, Tunisia, dan timur Algeria. Wilayah ini termasuk daerah Afrika Romawi dan mengambil sempena nama Romawi daerah tersebut.
Ifrikiyyah dibatasi kawasan separa-gersang dan rawang garam dikenali sebagai Al-Djerid di bahagian selatannya. Perbatasan baratnya sering bertukar dan lazimnya sampai hingga ke Bejaia. Ibu negara ialah Qayrawan (Kairouan) di Tunisia tengah. Pada masa-masa berlainan, pemerintah-pemerintah wilayah ini juga menawan Sicily.
De Lacy O'Leary menulis di dalam bukunya berjudul Arabic Thought and its Place in History, London: Kegan, Paul [1922], ms.227-8:
"Orang Arab berkembang di Afrika Utara dan ke selatan hingga ke pinggir gurun, dengan kabilah-kabilah mereka lazimnya tinggal di tanah rendah sambil penduduk lama berpusat di daerah-daerah tanah pergunungan. Sewaktu serangan pada tahun 45 CE, bandar Kairouan (Qairouan, Qayrawan) pada selatan Tunis diasaskan. Petempatan bandar ini kurang elok dan sekarang ditandai dengan runtuhan-runtuhan bangunan dan perkampungan kecil, namun ia menjadi ibu negara Ifrikiyah, nama yang diberikan kepada negeri yang terletetak bersebelahan Mesir dan merangkumi negara-negara moden Tripoli, Tunis, dan bahagian timur Algeria hingga ke meridian Bougie."
Dari pangkalan mereka di Kairouan, bermula dalam tahun 827 CE dinasti Aghlabiyyah telah menawan Sicily dan mengasaskan Amiriah Sicily —dan dengan itu meninggalkan pengaruh berkekalan terhadap budaya Sicily — sehinggalah disingkir oleh pihak Norman pada tahun 1072.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.