3 Mac merupakan hari ke-62 (hari ke-63 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 303 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Samuel Nicholas
1284 - Statut Rhuddlan memperbadankan Prinsipaliti Wales dalam wilayah England.
1575 - Maharaja Mughal Akbar Agung menumpaskan tentera Benggala di Pertempuran Tukaroi .
1776 - Perang Revolusi Amerika : Samuel Nicholas (gambar) dan Tentera Marin Benua mendarat di New Providence dan menawan Nassau di Bahamas .
1791 - Pajak atas Whiski (minuman) di Amerika Syarikat dipersutujui.
1809 - Presiden Amerika Syarikat ke-3, Thomas Jefferson meletak jawatan.
1845 - Florida diterima sebagai negeri ke-27 Amerika Syarikat.
1861 - Alexander II dari Rusia memeterai Manifesto Pembebasan untuk golongan hamba.
1875 - Opera Carmen gubahan Georges Bizet , berdasarkan novela oleh Prosper Mérimée , dipersembahkan buat pertama kali, di Opéra-Comique di Paris .
1878 - Pemeteraian Perjanjian San Stefano menamatkan Perang Rusia-Turki , mengasaskan Bulgaria sebagai satu prinsipaliti berautonomi di dalam Empayar Uthmaniyyah .
1904 - Kaiser Wilhelm II dari Jerman menjadi orang pertama yang merakam suara dokumen politik, dengan menggunakan silinder ciptaan Thomas Edison .
1905 - Tsar Nicholas II dari Rusia bersetuju untuk menubuhkan perhimpunan perwakilan Duma .
1918 - Rusia Bolshevik memeterai Perjanjian Brest-Litovsk dengan Kuasa Tengah dan keluar daripada Perang Dunia Pertama .
1923 - Isu pertama majalah berita TIME diterbitkan.
1924 - Perhimpunan Kebangsaan Turki secara rasmi memansuhkan Kekhilafahan Uthmaniyah .
1931 - The Star-Spangled Banner secara rasmi menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
1940 - Lima orang terbunuh dalam serangan membakar pejabat akhbar Norrskensflamman yang dikendali oleh pihak komunis di Luleå , Sweden .
1942 - Perang Dunia Kedua : Sepuluh buah pesawat pejuang Jepun menyerbu pekan Broome, Australia Barat dan membunuh lebih seratus orang penduduknya.
1945 - Perang Dunia Kedua: Tentera Amerika Syarikat dan Filipina menawan semula Manila .
1958 - Nuri al-Said menjadi Perdana Menteri Iraq buat kali kelapan dan terakhir.
1961 - Hassan II menjadi Raja Maghribi .
1965 - Perjanjian antara Malaysia dan Thailand telah di tandatangani pagi ini di Bangunan Parlimen , Kuala Lumpur , yang antara syarat perjanjiannya penubuhan sebuah Ibu pejabat Perisikan Bersekutu untuk membolehkan pelancaran gerakan-gerakan bersekutu terhadap pengganas Komunis .
1991 - Dalam dua pungutan suara yang diadakan serentak, 74% penduduk Latvia dan 83% penduduk Estonia mengundi untuk merdeka dari Kesatuan Soviet .
1992 - Negara Bosnia ditubuhkan.
1997 - Struktur mandiri tertinggi di Hemisfera Selatan , iaitu Sky Tower di pusat bandaraya Auckland , New Zealand, dibuka setelah dibina selama 2½ tahun.
2005 - Steve Fossett menjadi orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo tanpa berhenti dan mengisi bahan api .
2011 - Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.