22 Januari merupakan hari ke-22 dalam takwim Gregorius . Tinggal 343 hari (atau 344 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Pertempuran Isandlwana
565 - Eutychius digulingkan dari takhta Bapa Constantinople oleh John Scholasticus .
1506 - Kontinjen pertama 150 orang Pengawal Swiss tiba di Kota Vatikan .
1517 - Tentera Uthmaniyyah di bawah Selim I menewaskan Mamluk dalam Pertempuran Ridanieh .
1521 - Maharaja Charles V membuka Diet Worms .
1771 - Sepanyol menyerahkan Pelabuhan Egmont di Kepulauan Falkland ke pihak England .
1824 - Puak Ashanti menewaskan tentera British di Gold Coast .
1863 - Pemberontakan Januari menentang Empayar Rusia meletus di Poland , Lithuania dan Belarus . Tujuan pergerakan kebangsaan ini adalah untuk menawan semula Komanwel Poland-Lithuania-Ruthenia daripada cengkaman Rusia.
1877 - Arthur Tooth , seorang paderi Anglikan ditahan setelah didakwa mengamalkan ritualisme .
1879 - Perang Inggeris-Zulu : Angkatan Zulu di bawah Raja Cetshwayo menghancurkan tentera British dalam Pertempuran Isandlwana (gambar) .
1901 - Selepas memegang gelaran Putera Wales selama enam dekad, Raja Edward VII mewarisi takhta British .
1905 - Revolusi Rusia : Penunjuk perasaan aman yang diketuai oleh Bapa Gapon dibunuh beramai-ramai di luar Istana Musim Sejuk di St. Petersburg pada Ahad Berdarah .
1917 - Perang Dunia Pertama : Woodrow Wilson mengucap "Keamanan tanpa Kemenangan".
1919 - Akta Zluky ditandatangani, maka menyatukan Republik Rakyat Ukraine dan Republik Kebangsaan Ukraine Barat .
1924 - Ramsay MacDonald menjadi Perdana Menteri pertama dari Parti Buruh .
1946 - Krisis Iran : Republik Mahabad mengisytiharkan kemerdekaan, mencari autonomi bagi Kurd dalam Iran.
1952 - Pesawat jet pertama iaitu de Havilland Comet , mula digunakan oleh British Overseas Airways Corporation .
1957 - Israel berundur dari Semenanjung Sinai .
1963 - Perjanjian kerjasama Elysée antara Perancis dan Jerman ditandatangani oleh Charles de Gaulle dan Konrad Adenauer .
1968 - Apollo 5 berlepas dengan mengangkut Modul Bulan pertama ke angkasa.
1970 - Pesawat berbadan lebar komersil pertama, Boeing 747-100 memulakan perkhidmatannya dengan Pan Am .
1973 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan undang-undang penting dalam Roe lwn Wade , membenarkan pengguguran bersyarat.
1980 - Andrei Sakharov , arkitek utama bom hidrogen Soviet serta pemenang Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1975, ditahan di Moscow dan dibuang negeri ke Gorki .
1984 - Apple memperkenalkan komputer peribadi Macintosh semasa permainan Super Bowl XVIII dengan iklan televisyen komersil "1984 ".
2002 - Kmart Corp menjadi peruncit terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat mendaftarkan tuntutan perlindungan muflis Bab 11 .
2003 - Perhubungan terakhir dijayakan dengan kapal angkasa Pioneer 10 , salah sebuah benda buatan manusia yang terjauh dari Bumi.
2006 - Evo Morales mengangkat sumpah selaku presiden peribumi pertama Bolivia.
Lyndon B. Johnson