Nizhny Novgorod
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nizhny Novgorod (Bahasa Rusia: Нижний Новгород,IPA: [ˈnʲiʐnʲɪj ˈnovɡərət]), secara ringkas Nizhny, sebelumnya Gorky (Горький) (1932-1990), ialah pusat pentadbiran Oblast Nizhny Novgorod, Rusia. Bandar ini terletak di pertemuan sungai Oka dan Volga di Rusia Tengah dengan populasi lebih dari 1.2 juta penduduk,[14] sehingga kira-kira 1.7 juta penduduk di kawasan bandar raya.[15] Nizhny Novgorod ialah bandar keenam terbesar di Rusia, bandar kedua terpadat di pesisir Volga serta Daerah Persekutuan Volga. Bandar ini merupakan pusat ekonomi, pengangkutan, ilmiah, pendidikan dan budaya yang penting di Rusia dan wilayah ekonomi Volga-Vyatka yang luas, dan merupakan pusat utama pelancongan sungai di Rusia. Di bahagian bersejarah bandar ini, terdapat banyak universiti, teater, muzium dan gereja.
Nizhny Novgorod
Нижний Новгород | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bandar[1] | ||||||||
Koordinat: 56°19′37″N 44°00′27″E | ||||||||
Negara | Rusia | |||||||
Subjek persekutuan | Nizhny Novgorod Oblast[1] | |||||||
Ditubuhkan | 1221[2] | |||||||
Status Bandar sejak | 1221[2] | |||||||
Pentadbiran | ||||||||
• Badan | Duma[3] | |||||||
• Datuk Bandar[4] | Yury Shalabaev[5] | |||||||
Keluasan | ||||||||
• Jumlah | 460 km2 (180 batu persegi) | |||||||
Aras | 200 m (700 ft) | |||||||
Penduduk | ||||||||
• Jumlah | 1,250,619 | |||||||
• Estimate (2018)[8] | 1,259,013 (+0.7%) | |||||||
• Pemeringkatan | ke-5 pada tahun 2010 | |||||||
• Kepadatan | 2,700/km2 (7,000/batu persegi) | |||||||
Status pentadbiran | ||||||||
• Subordinat kepada | Bandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod[1] | |||||||
• Ibu kota of | Oblast Nizhny Novgorod[1], Bandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod[1] | |||||||
Status perbandaran | ||||||||
• Urban okrug | Nizhny Novgorod Urban Okrug[9] | |||||||
• Ibu kota bagi | Nizhny Novgorod Urban Okrug[9] | |||||||
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Moscow [10]) | |||||||
Poskod[11] | 603000-603999 | |||||||
Kod panggilan | +7 831[12] | |||||||
OKTMO ID | 22701000001 | |||||||
Hari Bandar | Sabtu ketiga bulan Ogos[13] | |||||||
Laman sesawang | admgor |
Pada asalnya, nama bandar ini hanyalah Novgorod ("bandar baharu"), tetapi sebagai pembezaan daripada satu lagi Novgorod (Veliky Novgorod) yang lain serta lagi tua dan terkenal di sebelah barat, kota ini biasanya disebut sebagai "Novgorod bawahan". Tanah ini diberi nama "bawahan" (nizhniy, нижний) meskipun berkedudukan lebih tinggi daripada Veliky Novgorod, tetapi dinamakan sebegitu kerana terletak di hilir kota-kota Rusia yang lain seperti Moscow, Vladimir dan Murom.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.