From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Ridanieh atau Pertempuran Ridaniya (Turki: Ridaniye Muharebesi ; Arab: معركة الريدانية ) berlaku pada 22 Januari 1517 di Mesir. Tentera Uthmaniyyah di bawah Sultan Selim I menewaskan tentera Mamluk di bawah pimpinan Al-Ashraf Tuman bay II. Tentera Uthmaniyah seterusnya berarak ke kota Kaherah dan kepala penguasa Mamluk yang terakhir, Tuman Bay II digantung di pintu gerbang Al Ghourieh.[3] Menurut versi yang lain, badan beliau telah digantung di pintu gerbang kota sebelum dikebumikan selepas digantung selama tiga hari.[4] Wazir Agung Uthmaniyah Sinan Pasha telah terkorban dalam konflik ini.
Pertempuran Ridanieh | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Mamluk (1516–1517) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Uthmaniyyah | Kesultanan Mamluk | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Sultan Selim I Hadım Sinan Pasha †[1] |
Sultan Tuman Bay II Janbirdi al-Ghazali Shadi Baig † | ||||||
Kekuatan | |||||||
20,000 | 20,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
6,000[2] | 7,000 |
Setelah kekalahan Mamluk dalam Pertempuran Khan Yunis, saki baki tentera Mamluk telah diarahkan untuk berundur ke Kaherah bagi mempertahankan kota itu. Pada masa yang sama, Tentera Laut Uthmaniyyah akhirnya tiba dan membolehkan Sultan Selim memulakan perjalannya ke Mesir. Perjalanan melalui Gurun Sinai sedikit sukar tetapi hasil bantuan tentera laut yang menyalurkan bekalan kepada pasukan pejalan kaki Uthmaniyah di darat, mereka akhirnya sampai ke Mesir pada bulan Januari 1517.
Pada 22 Januari, Tuman Bay bertempur dengan pasukan Sultan Selim di Ridanieh yang terletak di pinggiran kota Kaherah. Mamluk telah membeli kira-kira 300 meriam dari Venice dan mereka telah menempatkan meriam-meriam tersebut di dalam parit. Sementara itu, Uthmaniyah telah menempatkan meriam mereka di atas bukit. Duel meriam antara kedua-dua belah pihak berakhir dengan kejayaan Uthmaniyah kerana Mamluk tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan senjata baru itu. Tentera Uthmaniyah seterusnya mengirimkan tembakan ke arah kavalri Mamluk yang ingin menyerang kawasan bukit dan merampas meriam Uthmaniyah. Namun, serangan ini berjaya dipatahkan oleh askar janissari. Pada saat ini, Sultan Selim melaksanakan strategi perang muslihat yang mengejutkan tentera-tentera Mamluk. Tentera Mamluk akhirnya berpecah dan meninggalkan medan pertempuran.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.