Kolej Pra-Universiti (KPM)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Remove ads
Berikut ialah senarai Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam di Malaysia.

Pelajar lepasan SPM ditawarkan tempat ke Pusat Tingkatan Enam secara automatik bagi melanjutkan pengajian prauniversiti di Malaysia. Pelajar lepasan STPM adalah lepasan pengajian Pra-Universiti paling ramai berbanding dengan yang lain (Matrikulasi KPM, Asasi Universiti Awam, Diploma Universiti Awam/Politeknik Premier dan lain-lain) dalam menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) di Malaysia. Seramai 48,605 lepasan STPM layak masuk 20 UA bagi Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2020/2021
Semua sekali, terdapat 23 buah Kolej Tingkatan Enam melibatkan semua jabatan pendidikan di Malaysia kecuali Perlis, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan. Selangor mempunyai bilangan Kolej Tingkatan Enam tertinggi iaitu sebanyak 7 buah, diikuti dengan Sabah dan Perak masing-masing mempunyai 3 buah Kolej Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam pula terdapat 600 pusat tingkatan enam di seluruh Malaysia.
Remove ads
Jenis Pusat Tingkatan Enam
- Kolej Pra-Universiti (Mod 1)
Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya pelajar-pelajar tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar tingkatan enam.
- Pusat Tingkatan Enam (Mod 2)
Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di bawah sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
- Pusat Tingkatan Enam (Mod 3)
Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas jauh daripada Bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di bawah sekolah arus perdana dibantu oleh Pengetua arus perdana dan Penolong Kanan Tingkatan Enam. Senarai Pusat Tingkatan Enam
Remove ads
Senarai Kolej Pra-Universiti (KPM) (Mod 1)
No. | Kolej | Moto | Daerah | Negeri | Dahulu | Kemudahan Asrama |
1 | Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu (KT6KK) | Berilmu dan Berbakti | PPD Kota Kinabalu | JPN Sabah | PTE Mod 1 SMK Bandaraya II | |
2 | Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya (KT6PJ) | Merealisasikan Keunggulan | PPD Petaling Utama | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Petaling Jaya | |
3 | Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA) | Tekun Mahir Jaya | PPD Petaling Perdana | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Seksyen 24 | |
4 | Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP) | Meneroka Potensi Merealisasi Impian | PPD Sabak Bernam | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Tunku Abdul Rahman Putra | |
5 | Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz (KTESAAZ) | Ilmu Tangga Kemajuan | PPD Kuala Selangor | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Sultan Abdul Aziz | |
6 | Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama (KT6BU) | Melangkah ke Hadapan | PPD Petaling Utama | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Bandar Utama | |
7 | Kolej Tingkatan Enam Puchong | Ilmu Sepanjang Hayat | PPD Petaling Perdana | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Batu Lapan | |
8 | Kolej Tingkatan Enam Sri Istana (KTESI) | Pendidikan Asas Kemajuan | PPD Klang | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Sri Istana | |
9 | Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) | Berilmu Berakhlak Berbakti | PPD Saratok | JPN Sarawak | PTE Mod 1 SMK Saratok 2 | |
10 | Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam | Ilmu Khazanah Kehidupan | PPD Sandakan | JPN Sabah | PTE Mod 1 SMK Datuk Pengiran Galpam | |
11 | Kolej Tingkatan Enam Tawau (KT6T) | Berketerampilan dan Berbakti | PPD Tawau | JPN Sabah | PTE Mod 1 SMK Kabota | |
12 | Kolej Tingkatan Enam Pontian (KTEP) | Ilmu Penjana Kecemerlangan | PPD Pontian | JPN Johor | PTE Mod 1 SMK Seri Bandar | |
13 | Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah | Tekun Fokus Cemerlang | PPD Melaka Tengah | JPN Melaka | PTE Mod 1 SMK Durian Daun | |
14 | Kolej Tingkatan Enam Seri Putera | Berusaha Untuk Kejayaan | PPD Kinta | JPN Perak | PTE Mod 1 SMK Seri Putera | |
15 | Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh | Hidup Berjasa | PPD Kinta | JPN Perak | PTE Mod 1 SMK Seri Ipoh | |
16 | Kolej Tingkatan Enam Tapah | Berilmu Berwawasan Cemerlang | PPD Batang Padang | JPN Perak | PTE Mod 1 SMK Tapah | |
17 | Kolej Tingkatan Enam Desa Murni | Berilmu Berakhlak Berbakti | PPD Seberang Perai Utara | JPN Pulau Pinang | PTE Mod 1 SMK Desa Murni | |
18 | Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin | Pemacu Kecemerlangan | PPD Timur Laut | JPN Pulau Pinang | PTE Mod 1 SMK Haji Zainul Abidin | |
19 | Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin | Aspirasi Transformasi Kualiti | PPD Kota Setar | JPN Kedah | Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Hutan Kampung | |
20 | Kolej Tingkatan Enam Kulim | Iltizam Ilmu Integriti | PPD Kulim | JPN Kedah | Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Taman Mahsuri | |
21 | Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS) | Lestari Pendidikan Insan | PPD Hulu Terengganu | JPN Terengganu | PTE Mod 1 Kuala Berang | |
22 | Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota | Melestari Kecemerlangan Ilmuwan | PPD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | JPW Kuala Lumpur | PTE Mod 1 SMK Desa Mahkota | |
23 | Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya | Maju Jaya | PPD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | JPW Kuala Lumpur | PTE Mod 1 SMK Puterijaya | |
24 | Kolej Tingkatan Enam Hutchings | PPD Timur Laut | JPN Pulau Pinang | - | ||
25 | Kolej Prauniversiti Taman Selayang | PPD Gombak | JPN Selangor | PTE Mod 1 SMK Taman Selayang | ||
26 | Kolej Tingkatan Enam Astana | PPD Kuantan | JPN Pahang | PTE Mod 1 SMK Astana | ||
27 | Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz | PPD Seremban | JPN Negeri Sembilan | PTE Mod 1 SMK Taman Forest Heights |
Remove ads
Mata Pelajaran Tingkatan Enam
Pelajar STPM wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am tidak kira sama ada calon sekolah kerajaan, swasta atau persendirian. Mata pelajaran lain bergantung kepada Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Setiap pelajar STPM wajib mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang merupakan salah satu syarat permohonan kemasukan ke program prasiswazah. Setiap calon STPM diwajibkan mengambil 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran. Namun demikian, hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja yang dikira dalam Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Berikut merupakan senarai mata pelajaran Tingkatan Enam:
- Pengajian Am (Wajib)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab (اللغة العربية)
- Bahasa Cina (华文)
- Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி)
- Literature In English
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Sejarah
- Geografi
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
- Biology
- Chemistry
- Physics
- Mathematics (T)
- Mathematics (M)
- Usuluddin
- Syariah
- Tahfiz Al-Quran
- Information, Communication and Technology (ICT)
- Sains Sukan
- Seni Visual
Ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Sukatan Pelajaran
- 900 Pengajian Am (Wajib)
- 900/1:
- Diambil semasa peperiksaan Semester 1 dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Kemahiran Belajar dan Malaysia Kekal Berdaulat dan Soalan Esei.
- 900/2:
- Diambil semasa peperiksaan Semester 2 dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Alih Bentuk Komunikasi: (Linear kepada bukan linear), Malaysia Maju dan Sejahtera: (Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera dan Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara) dan Soalan Esei
- 900/3
- Diambil semasa peperiksaan Semester 3 dan tidak boleh mengulang. Sukatan terdiri daripada Alih Bentuk Komunikasi:Bukan Linear kepada Linear, Malaysia dan Luar Negara:(Hubungan Diplomatik, Penglibatan dan Peranan dan Sumbangan Malaysia) dan Soalan Esei
- 900/4 (Kerja Kursus)
- Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
- 900/1:
- 910 Bahasa Melayu
- 910/1:
- Diambil semasa peperiksaan Semester 1 STPM dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Sejarah Bahasa Melayu dan Perkembangannya dan Fonetik serta Pemahaman dan Esei Tidak Berformat.
- 910/2:
- Diambil semasa peperiksaan Semester 2 STPM dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Morfologi dan Sintaksis
- 910/3
- Diambil semasa peperiksaan Semester 3 tetapi tidak boleh diulang. Sukatan terdiri daripada Wacana, Retorik, Variasi Bahasa, Laras Bahasa, Semantik dan Pragmatik.
- 910/4 (Kerja Kursus)
- Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Tajuk berkaitan Penulisan Esei Berformat.
- 910/5 (Kerja Kursus)
- Dijalankan semasa Semester 3. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Tajuk Penulisan ilmiah.
- 910/1:
- 940 Sejarah
- 940/1 Sejarah Dunia (1500-1955)
- Diambil semasa peperiksaan Semester 1 dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Masyarakat, 'Pemerintahan dan Pentadbiran, Kemajuan dan Pembangunanl dan Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
- 940/2 Sejarah Islam (500-1918)
- Diambil semasa peperiksaan Semester 2 dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar, Pembangunan dan Penerokaan dan Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
- 940/3 Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)
- Diambil semasa peperiksaan Semester 3. Sukatan terdiri daripada Sejarah Malaysia: (Masyarakat, Transformasi Masyarakat, Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa dan Pengisian Kemerdekaan) dan Sejarah Malaysia: (Masyarakat, Transformasi Masyarakat, Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa dan Pengisian Kemerdekaan).
- 940/4 Kerja Kursus
- Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
- 940/1 Sejarah Dunia (1500-1955)
Remove ads
Senarai Pusat Tingkatan Enam (Mod 2)[1][2]
Kategori:Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam Malaysia
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads