Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam atau nama ringkasnya merupakan sebuah pusat tingkatan yang terletak di Peti Surat 200 Pej. Pos Jalan Utara.
Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 200 Pej. Pos Jalan Utara, 90307, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Khazanah Hidup |
Kod sekolah | XEA2073[1] |
Pengetua | Encik Hussein Bin Abdul Manaf |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pengiran Galpam |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pengiran Galpam memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 441 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2018[1]
SMK Datuk Pengiran Galpam merupakan sebuah sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri. Sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1988 pada mulanya membawa nama sebagai SMK Sandakan II. Sekolah ini telah dijadikan sebagai sebuah cawangan kepada sebuah lagi sekolah menengah iaitu SMK Sandakan. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di sebuah sekolah rendah iaitu SK Berhala Darat ( Sekarang dikenali sebagai Sk Tanjung Papat). Pada ketika itu sekolah ini mempunyai seramai 320 orang pelajar dan 12 orang guru dan pada ketika itu juga sekolah ini berada di bawah penyeliaan Penyelia Petang SMK Sandakan iaitu Encik Adiah junang.
Pada tahun 1989 di bawah penyeliaan Encik Yaacob Nasroh, nama SMK Sandakan II telah di ubah kepada SMK Berhala Darat. Pada waktu tersebut juga sekolah ini telah mempunyai pentadbiran dan peruntukan kewangannya sendiri. Seorang kerani juga telah di tugaskan di sekolah ini untuk membantu pihak pentadbiran sekolah.
Pada bulan mac 1989, Encik Mokhtar Bin Yaacob telah melakar sejarah sebagai pengetua pertama sekolah ini. Pada tahun yang sama SMK Berhala Darat telah membuka satu lagi cawangan blok sekolah di SK SG. Anib untuk menampung pelajar tingkatan 2.
Pada tahun 1990 satu blok projek kilat telah dibina di pinggar laut di Grand View untuk menampung para pelajar yang akan ke tingkatan 3. Blok ini mengandungi 8 bilik darjah.Secara Amnya, pada ketika itu sekolah ini sudah mempunyai 3 cawangan yang dikenali sebagai SMK Berhala Darat Pusat (Tingkatan 3), SMK Berhala Darat Cawangan Laut (Tingkatan 1), dan SMK Berhala Darat (Cawangan SG. Anib, Tingkatan 1). Murid sekolah ini telah menigkat kepada 850 orang dan tenaga pengajar seramai 34 Orang.
Sehingga tahun berikutnya, bilangan pelajar serta tenaga pengajar semakin bertambah. Seterusnya pada tahun 2000, di bawah pentadbiran Encik Hussein Bin Abdul Manaf, pengetua sekolah yang ketujuh, sekolah ini telah mencatatkan satu lagi sejarah dimana nama SMK Berhala Darat telah ditukarkan kepada SMK Datuk Pengiran Galpam Atas sebab tertentu.
Pada tahun 2005, sekolah ini sekali lagi melakar satu sejarah peting apabila berjaya mengambil alih bangunan bekas Maktab Perguruan Sandakan setelah maktab perguruan tersebut berpindah ke tawau. Dengan jumlah pelajar seramai 950 orang, serta tenaga pengajar seramai 35 orang sekolah ini yang dahulunya menggunakan papan yang terletak di pinggir laut kini terletak di atas sebuah bukit dan dilengkapi dengan pelbagi infrastruktur yang tidak pernah dinikmati sewati di bangunan lama dahulu. Perpindahan secara rasmi dari bangunan lama ke bangunan baru telah dilakukan pada 15 februari 2005. Pada tahun tersebut juga dua kelas tingkatan 6 (ting. 6 atas & 6 bawah) telah dibuka buat julung-julung kalinya. [2]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) / Persatuan Tingkatan Enam (PTEN) ini merupakan satu organisasi khas yang ditubuhkan pada tahun. Organisasi ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 (pelajar prauniversiti) yang bertindak sebagai wakil kepada para pelajar prauniversiti yang lain.
Pada tahun 2018, ahli-ahli PTEN (MPP) sesi 2017/2018 telah mencapai kesepakatan untuk mencipta satu logo khas untuk persatuan ini. Logo tersebut dicipta oleh pengerusi persatuan pada ketika itu iaitu Mohd Firdaus bin Ismail.
Barisan kepimpinan PTEN (MPP) sesi 2017/2018 adalah seperti yang berikut:
Barisan Kepimpinan PTEN 2017/2018 | ||
---|---|---|
Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) | ||
Nama | Kelas | Jawatan |
Mohd Firdaus bin Ismail | K6 | Pengerusi |
Mohd Hesham bin Haris | K5 | Timbalan Pengerusi |
Habibah binti Latip | S1 | Naib Pengerusi |
Nur Syahirah Idayu binti Hussne | K4 | Setiausaha |
Nur Waznah Farzana | K8 | Naib Setiausaha |
Veroha Julni | K4 | Bendahari |
Sherlley Jees | K7 | Naib Bendahari |
Jawatankuasa Exco-exco | ||
Saharudin bin Aco | K6 | Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah |
Chin Yee Sian | S1 | Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah |
Danielson Cornelius | K6 | Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah |
Hamidah Musrapha | K8 | Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah |
Febri bin Abd. Samad | S3 | Exco ICT & Publisiti |
Raudhatul Jannah binti Jainal | K10 | Exco ICT & Publisiti |
Mohd Khairul Ikhwan bin Abd. Rahim | S4 | Exco ICT & Publisiti |
Siti Sarah Syazana binti Setury | K7 | Exco ICT & Publisiti |
Jeffry Tay Weng Fook | K5 | Exco Teknikal & Siaraya |
Al-Said bin Ibno | K6 | Exco Teknikal & Siaraya |
Mohd Rizal bin Amil Hussin | S3 | Exco Teknikal & Siaraya |
Akmal Hakdar bin Endut | K2 | Exco Teknikal & Siaraya |
Nur Shafiqa Zuldin | K10 | Exco Ekonomi & Keusahawanan |
Nur Syafiqah Syazuanita binti Abd.Rahim | K8 | Exco Ekonomi & Keusahawanan |
Mohd Ridzuan bin Muhamad | K2 | Exco Ekonomi & Keusahawanan |
Nur Fatin Asyqin binti Samli | K6 | Exco Ekonomi & Keusahawanan |
Islamunawar bin Lamran | K8 | Exco Disiplin & Keterampilan |
Nur Azlinah binti Asalleh | K3 | Exco Disiplin & Keterampilan |
Kelvin Ng Tze Siong | K5 | Exco Disiplin & Keterampilan |
Syahidatul Nurul Ain binti Jeperidin | K7 | Exco Disiplin & Keterampilan |
Nuur Haidah binti Mohd Harun | K3 | Exco Akademik & Kerjaya |
Mohd Shariel bin Saridi | K5 | Exco Akademik & Kerjaya |
Nur Elaiza Zulaikha binti Japar | K6 | Exco Akademik & Kerjaya |
Mohd Hafizi bin Hussne | K7 | Exco Protokol & Perhubungan Awam |
Melki binti Hussin | K4 | Exco Protokol & Perhubungan Awam |
Wong Tung Khuen | K5 | Exco Protokol & Perhubungan Awam |
Nurfadila binti Ang Tung Hoh | K6 | Exco Protokol & Perhubungan Awam |
Mohd Walafuddin Maliq bin Ahmad | K5 | Exco Kebudayaan & Kebajikan |
Farah Asfarina binti Mansor | K7 | Exco Kebudayaan & Kebajikan |
Lowella binti Kabrin | K8 | Exco Kebudayaan & Kebajikan |
Irnah Mohd Ton | K5 | Exco Sukan & Rekreasi |
Mohammad Hafiz bin Jikra | K6 | Exco Sukan & Rekreasi |
Krishnaraj A/L Subramaniam | K8 | Exco Sukan & Rekreasi |
Keseluruhannya, terdapat 40 orang ahli PTEN (MPP) yang terdiri daripada 7 orang Majlis Tertinggi (MT) dan 9 buah exco dalam organisasi ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.