Kukup

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kukup
Remove ads

Kukup atau beting adalah tanah lembap yang terbentuk hasil pemendapan mendakan lumpur, selut, tanah liat dan sisa organik yang bertimbunan[1] dibawa pasang surut atau aliran air dari laut atau sungai terkumpul di kawasan-kawasan perangkapan seperti teluk, bayuk, laguna dan muara sungai.

Thumb
Kukup tepi paya di denai Telok Paku, Taman Negara Bako, Sarawak

Kajian diterbitkan tahun 2019 menunjukkan bahawa ekosistem yang didapati dalam kukup-kukup ini menandingi hutan bakau dengan litupan sebesar 127,921km² permukaan bumi.[2] Kira-kira 50% kukup pasang surut sedunia tertumpu berlaku di lapan negara (Indonesia, China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, India, Brazil, dan Myanmar ) dengan 44% dari pasang surut dunia berlaku di Asia (56,051km²). [2] [3]

Remove ads

Ekologi

Kukup beting berperanan penting sebagai ekosistem[4] menampung taburan hidupan liar yang besar termasuk burung penghijrah serta spesies ketam,[5] moluska dan ikan[6] yang tertentu. Kukup-kukup ini juga merupakan habitat utama yang memungkinkan puluhan juta ekor burung randai berhijrah dari tempat pembiakan ke tempat perburuan yang barangkali sangat jauh jarak merentasi benua.

Setiap kawasan kukup mempunyai nisbah pasir dan lumpur berbeza-beza membentuk lapisan enapan yang ditimbun.[7] Kadar bertambahnya endapan ini bergantung kepada kadar penurunan air serta kadar pemendapan dan perubahan aras laut yang mengalir ke arahnya.[7]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads