Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebanyakan sistem angka kedudukan yang menggunakan 10 sebagai asas yang digunakan di seluruh dunia adalah berasal dari India. Sistem angka India lazimnya dikenali di Barat sebagai sistem angka Hindu-Arab atau angka Arab, kerana ia diperkenalkan di Eropah melalui orang Arab.
Sistem angka | |
---|---|
Sistem angka Hindu-Arab | |
Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
Angka Asia timur | |
Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
Angka abjad | |
Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Ibrani Yunani (Ionia) |
Sistem lain | |
Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
Sistem kedudukan dengan asas | |
Perpuluhan (10) | |
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Digit 1 hingga 9 dalam sistem angka Hindu-Arab berevolusi dari angka Brahmi. Catatan agama Buddha dari sekitar 300 SM menggunakan simbol 1,4 dan 6. Seratus tahun kemudian, penggunaan simbol 2,7 dan 9 telah direkodkan.
Terdapat beberapa catatan kuno di atas kepingan kuprum yang mengandungi angka sifar yang bertarikh dari kurun ke-6 masihi.[1]. Bagaimanapun, catatan yang pertama diterima secara universal yang mengandungi angka 0 telah ditemui di Gwalior, tengah India yang bertarikh 870.
Pada kurun yang ke-9, sistem angka ini telah tersebar ke dunia Islam. Al-Khwarizmi telah menerangkan tentangnya dalam buku Pengiraan dengan angka Hindu yang ditulis pada 825 M dalam Bahasa Arab, dan Al-Kindi telah menulis empat jilid, Penggunaan angka India (Ketab fi Isti'mal al-'Adad al-Hindi) yang ditulis pada 830 M. Kemudiannya, sistem angka ini diperkenalkan pula oleh orang Arab kepada Eropah.
Di bawah adalah senarai angka India dalam bentuk Devanagari, pasangannya dari sistem angka Indo-Arab-Eropah, dan sebutan dalam Bahasa Sanskrit.
Oleh kerana Sanskrit ialah sebahagian dari Bahasa Indo-Eropah, sangat jelas kelihatan persamaan nama-nama nombornya dengan nama-nama dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Latin. Perkataan Shunya untuk sifar telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab menjadi "صفر" "sifr", bermaksud 'tiada' atau 'kosong' yang kemudiannya berubah menjadi zephirum dalam bahasa Latin zaman pertengahan. Dari istilah zephirum ini, terbit istilah zero yang banyak digunakan dalam bahasa lain di Eropah.[2]
Berikut adalah senarai angka Tamil, pasangannya dari angka Indo-Arab, dan sebutan Tamilnya.
Oleh kerana Tamil tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, sangat besar perbezaan nama-nama angkanya dengan beberapa bahasa India dari keluarga Indo-Eropah.[3]
Empat bahasa dari India (Hindi, Marathi, Konkani dan Bahasa Sanskrit) telah mengadaptasi askara Devanagari dan juga sistem angkanya seperti di atas; dan tentunya nama nombor dalam setiap bahasa adalah berlainan. Jadual di bawah menunjukkan senarai "simbol" yang digunakan dalam pelbagai askara moden India untuk nombor-nombor dari sifar hingga sembilan:
Varian | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | Digunakan dalam Bahasa |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Angka Nagari Timur | ০ | ১ | ২ | ৩ | ৪ | ৫ | ৬ | ৭ | ৮ | ৯ | Bahasa Bengali Bahasa Assam |
Angka Gujarati | ૦ | ૧ | ૨ | ૩ | ૪ | ૫ | ૬ | ૭ | ૮ | ૯ | Bahasa Gujarati |
Angka Gurmukhi | ੦ | ੧ | ੨ | ੩ | ੪ | ੫ | ੬ | ੭ | ੮ | ੯ | Bahasa Punjabi |
Angka Kannada | ೦ | ೧ | ೨ | ೩ | ೪ | ೫ | ೬ | ೭ | ೮ | ೯ | Bahasa Kannada |
Angka Malayalam | ൦ | ൧ | ൨ | ൩ | ൪ | ൫ | ൬ | ൭ | ൮ | ൯ | Bahasa Malayalam |
Angka Tamil | ௦ | ௧ | ௨ | ௩ | ௪ | ௫ | ௬ | ௭ | ௮ | ௯ | Bahasa Tamil |
Angka Telugu | ౦ | ౧ | ౨ | ౩ | ౪ | ౫ | ౬ | ౭ | ౮ | ౯ | Bahasa Telugu |
Angka Lepcha | Sikkim dan Bhutan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.