Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia ke-5 (1939 – 2025) From Wikipedia, the free encyclopedia

Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; 26 November 1939 – 14 April 2025; juga dikenali sebagai Pak Lah) ialah Perdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Fakta Segera Perdana Menteri Malaysia ke-5, Digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insanباڤ ڤمباڠونن مودل انسان‎ ...
Abdullah Ahmad Badawi
عبد الله احمد بداوي
Thumb
Abdullah pada 2006
Perdana Menteri Malaysia ke-5
Digelar sebagai
Bapa Pembangunan Modal Insan
باڤ ڤمباڠونن مودل انسان
Dalam jawatan
31 Oktober 2003  3 April 2009
RajaTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
TimbalanNajib Razak (2004-2009)
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehNajib Razak
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke-6
(merangkap Pengerusi Barisan Nasional)
Dalam jawatan
31 October 2003  3 April 2009
TimbalanNajib Razak
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehNajib Razak
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kepala Batas
Dalam jawatan
1978–2013
Didahului olehMohamed Sopiee Sheikh Ibrahim
Digantikan olehReezal Merican Naina Merican
Jawatan dalam kementerian
1978–1980Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan
1980–1981Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1981–1984Menteri Tak Berportfolio
1984–1986Menteri Pelajaran
1986–1987Menteri Pertahanan
1991–1999Menteri Luar Negeri
1999–2004Menteri Dalam Negeri
1999–2003Timbalan Perdana Menteri
2003–2008Menteri Kewangan
2004–2008Menteri Keselamatan Dalam Negeri
2008–2009Menteri Pertahanan
Jawatan lain
1961-1964Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
1983–1988Pegawai Daerah Barat Daya
2003–2006Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Maklumat peribadi
Lahir
Abdullah bin Ahmad Badawi

(1939-11-26)26 November 1939
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 April 2025(2025-04-14) (umur 85)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Cause of deathMasalah pernafasan
Tempat semadiMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik UMNO
Gabungan politik
lain
Perikatan
Barisan Nasional
PasanganEndon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Jeanne Abdullah (k. 2007–2025)
PertalianKhairy Jamaluddin (Menantu)
AnakKamaluddin Abdullah
Nori Abdullah
Ibu bapa
Saudara
  • Ibrahim Ahmad Badawi (Adik)
  • Mohd Tahir Ahmad Badawi (Adik)
  • Aminah Ahmad Badawi (Adik)
KediamanBait Badawi, Kampung Sungai Penchala
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Tutup

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Latar belakang

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.[8]

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya politik

Menyertai UMNO

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagai Team Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Perdana Menteri

Thumb
Abdullah bersama Presiden Amerika Syarikat George W. Bush di Rumah Putih pada 2004

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional

Apabila Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[9]

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Beliau meletakkan jawatan dan serahkan kepada penggantinya, Najib Razak, semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 1 April 2009. Namun begitu, sejurus sebelum meletak jawatan, Najib telah berjanji kepada Abdullah bahawa kawasannya di Kepala Batas akan terus menerima dana pembangunan, di mana beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimennya.[10]

Abdullah Badawi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 April 2009. Pada 3 April 2009, beliau digantikan oleh Najib Razak sebagai perdana menteri.[11] Timbalan Perdana Menteri, Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu pada hari berikutnya. Abdullah kemudiannya dikurniakan gelaran "Tun" oleh Raja Mizan Zainal Abidin atas jasanya kepada negara.[12][13]

Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[14] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[15] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[16] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[17]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[18] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[19]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[20]

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[21]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[22]

Usul undi tidak percaya

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[23] SAPP pimpinan Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[24]

Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei

Pada 30 April 2010, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[25] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir. [26]

Kehidupan peribadi

Thumb
Badawi bersama isteri, Jeanne Abdullah

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu.[27] Pada 20 Oktober 2005, isteri Abdullah Badawi, Endon Mahmood, meninggal dunia akibat barah payudara. Endon didiagnosis penyakit itu pada 2003 manakala adik kembarnya Noraini, yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit yang sama, meninggal dunia pada Januari 2003. Beliau menerima rawatan di Amerika Syarikat dan pulang ke Malaysia 18 hari sebelum kematiannya. Endon dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.[28]

Pada 6 Jun 2007, pejabat Perdana Menteri mengumumkan perkahwinan Abdullah Badawi bersama Jeanne Abdullah. Pada 9 Jun lalu, satu majlis tertutup telah diadakan di kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana dan dihadiri oleh saudara terdekat. Jeanne pernah berkahwin dengan adik kepada arwah isteri Abdullah Badawi. Beliau juga pernah menjadi pengurus di kompleks kediaman Seri Perdana dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.[29]

Abdullah dikritik kerana membenarkan menantunya, Khairy Jamaluddin, menjadi terlalu berpengaruh dalam politik UMNO.[30]

Abdullah juga dikritik kerana membenarkan abangnya Fahim Ibrahim Badawi membeli 51 peratus daripada MAS Catering Sdn Bhd yang dikawal kerajaan. Fahim kemudiannya menjual pegangan ini kepada LSG Skychef Lufthansa dengan keuntungan besar.[31]

Beliau juga dikenali sebagai penyair.[32] Puisinya Ku Cari Damai Abadi telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 80 bahasa dan diterbitkan sebagai sebuah buku.[33]

Kesihatan, kematian dan pengkebumian negara

Pada 11 September 2022, beliau dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin secara terbuka mendedahkan bahawa Abdullah telah mengalami demensia, dan tidak dapat mengenali ahli keluarga atau berkomunikasi dengan berkesan.[34] Kesihatannya yang merosot pada tahun-tahun kemudiannya telah menghalangnya daripada perhatian umum dan memerlukan penggunaan kerusi roda.[35] Pada tahun 2024, dia dimasukkan ke hospital kerana pneumotoraks spontan.[36]

Abdullah meninggal dunia pada 14 April 2025 pada usia 85 tahun[37] akibat kegagalan pelbagai organ[38] di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.[39] Jenazah Abdullah dijangka disemayamkan di surau utama Masjid Negara pada 15 April 2025 dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan masjid berkenaan.[40]

Anugerah

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Parlimen Malaysia[41][42]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1978 Kepala Batas Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 12,645 62.41% Musa Mohd. Yatim (PAS) 7,616 37.59% 5,029 Tidak diketahui
1982 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 16,759 68.51% Mohamad Sabu (PAS) 4,115 16.82% 25,277 12,644 80.29%
Khoo Siew Hoe (DAP) 3,589 14.67%
1986 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 15,463 69.33% Ahmad Hasan Salahuddin (PAS) 6,841 30.67% 22,900 8,622 75.81%
1990 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 17,025 70.35% Ahmad Awang (S46) 7,174 29.65% 24,931 9,851 80.25%
1995 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 22,521 82.77% Naser Mohd Radzi (S46) 4,687 17.23% 28,301 17,834 78.39%
1999 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 19,985 69.40% Abd Khalid Rasid (PAS) 8,810 30.60% 29,413 11,175 81.22%
2004 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 25,403 77.72% Abd Khalid Rasid (PAS) 7,281 22.28% 33,356 18,122 84.19%
2008 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 23,445 65.78% Subri Md Arshad (PAS) 12,199 34.22% 36,328 11,246 84.45%
Tutup

Garis masa

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.