Remove ads
pilihan raya di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang pertama sejak Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 154 kerusi ke Dewan Rakyat 78 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 6,081,628 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 4,296,312 (75.4%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1974 semasa Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Didahului oleh: 1978 |
Pilihan Raya Umum Malaysia | Diikuti oleh: 1986 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.