30 Julai merupakan hari ke-211 (hari ke-212 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 154 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980).
- 762 - Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad bagi menjadi ibu negara empayar Islam di bawah pemerintahan Abbasiyyah.
- 1619 - Dewan Burgesses di Virginia yang merupakan dewan undangan pertama yang dipilih di benua Amerika, bersidang buat pertama kali.
- 1825 - Pulau Malden (gambar), kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan gagal mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah di Petersburg, Virginia.
- 1930 - Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4–2 di Stadium Centenario untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Penjajap berat Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.
- 2003 - Kereta Volkswagen Beetle gaya lama (gambar) yang terakhir dikeluarkan di Puebla, Mexico.
- 2006 - Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam, termasuk 16 kanak-kanak.
- 2008 - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- 2010 - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- 2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
- 2012 - Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
- 2013 - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.