Kiribati

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kiribati

Kiribati (Jawi: کيريبس atau کيريباتي, disebut: kiribati atau kiribas, IPA: /ˌkɪrɪˈbæs, -ˈbɑːti/),[7] juga dikenali sebagai Republik Kiribati, ialah sebuah negara pulau berdaulat di tengah-tengah Lautan Teduh. Jumlah penduduk tetap di pulau ini mencecah 110,000 (2015), dan lebih daripada separuh daripadanya tinggal di Atol Tarawa. Negara ini terdiri daripada 33 buah pulau atol dan terumbu dan satu pulau atol batu karang timbul, Banaba. Jumlah keluasan ialah 800 kilometer persegi (310 bt2)[8] dan bertaburan seluas 3.5 juta kilometer persegi di lautan (1,351,000 bt2).

Fakta Segera Republik Kiribatiريڤوبليک کيريبسRibaberiki Kiribati, Ibu negara ...
Republik Kiribati
ريڤوبليک کيريبس
Ribaberiki Kiribati
Bendera Kiribati
Jata Kiribati
Bendera Jata
Cogan kata: "Te Mauri, Te Raoi ao Te Tabomoa"
"Kesihatan, Keamanan dan Kemakmuran"
Lagu kebangsaan: Teirake Kaini Kiribati
Bangkit, Kiribati
Lokasi Kiribati
Ibu negaraTarawa[1][2][3]
Bandar terbesarTarawa
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2000)
98.8% Micronesian
1.2% lain-lain[4]
DemonimI-Kiribati
KerajaanRepublik berparlimen
 Presiden
Anote Tong
 Timbalan Presiden
Teima Onorio
Badan perundanganDewan Perhimpunan
Kemerdekaan
 daripada United Kingdom
12 Julai 1979
Keluasan
 Jumlah
811 km2 (313 bt2) (ke-186)
Populasi
 Perkiraan 2010
103,500 (ke-197)
 Bancian Penduduk 2010
103,500
135/km2 (349.6/sq mi) (ke-73)
KDNK (PPP)2011
 Jumlah
$599 juta[5]
$5,721[5]
KDNK (nominal)2011
  Jumlah
$167 juta[5]
$1,592[5]
HDI (2013) 0.607[6]
sederhana · ke-133
Mata wangDolar Kiribati
Dolar Australia
(AUD)
Zon waktu({{{time_zone}}})
Arah memandukiri
Kod panggilan+686
Kod ISO 3166KI
DPT internet.ki
Tutup

Kiribati mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1979. Ibu negara dan kawasan yang paling didiami, Tarawa Selatan, terdiri daripada beberapa pulau kecil yang disambung dengan tambak. Ia membentuk separuh daripada keluasan Atol Tarawa.

Penamaan

Nama negara ini berdasarkan sebutan tempatan untuk "Gilbert" sempena nama Thomas Gilbert, seorang peneroka British yang melawati pulau-pulau Kiribati pada tahun 1788 untuk pemetaan Outer Passage dari Port Jackson ke Kwangtung.[9]

Nama "Kepulauan Gilbert" mula dituliskan dalam peta-peta milik Rusia dan Perancis pada 1820. Nama tersebut dimasukkan dalam gabungan Kepulauan Jajahan Gilbert dan Ellice pada tahun 1916 sehinggalah Kepulauan Ellice merdeka daripada gabungan tersebut dan mendapat nama baharu iaitu Tuvalu pada tahun 1976.

Ada yang berpendapat bahawa nama asli untuk Kepulauan Gilberts ialah Tungaru (lihat contoh Arthur Grimble, 1989[10]). Tetapi, nama Kiribati dipilih untuk negara baharu mereka setelah banci diadakan, atas sebab ia kedengaran lebih moden,[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]][11] dan juga untuk fahamkan bahawa pulau-pulau lain juga ada dalam negara Kiribat (contohnya the Phoenix Group dan Line Islands), yang dahulunya bukan sebahagian daripada Tungaru.[12][13]

Sebutan berbeza daripada ejaan: Kiribas ialah sebutan rasmi kerana ti dalam bahasa Kiribati menghasilkan bunyi s.

Sejarah

Zaman dahulu

Kiribati dahulu didiami orang Micronesia yang bercakap dalam bahasa Oseanik sama sejak 3000 SM[14] dan 1300 M.[15] Kawasan tersebut bukannya terpinggir; penakluk daripada Samoa, Tonga, dan Fiji, kemudian memperkenalkan budaya-budaya Polinesia dan Melanesia. Perkahwinan campur akhirnya mengaburkan perbezaan budaya dan menjadikan budaya mereka semua teradun.[16][17]

Politik dan Kerajaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Kiribati

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Kiribati

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Kiribati

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Kiribati

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Kiribati

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Kiribati

Lihat juga

Daftar negara

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.