From Wikipedia, the free encyclopedia
Melanesia merupakan sebuah subkawasan di Oceania yang meliputi dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke Laut Arafura serta berada di timur Fiji. Kawasan ini meliputi kebanyakan pulau di utara dan timur laut Australia.
Rantau ini pertama kali diberikan nama oleh Jules Dumont d'Urville pada tahun 1832 daripada istilah bahasa Yunani iaitu μέλας melas "hitam" dan νῆσος nesos "pulau" - yakni "pulau-pulau hitam" - bagi merujuk kepada penampilan etnik penduduk kepulauan ini serta membezakan kumpulan geografi pulau yang terletak jauh dari Polinesia dan Mikronesia.
Pulau dan kepulauan yang berikut telah dianggap sebagai sebahagian Melanesia sejak kurun ke-19:
Pulau Norfolk, yang disenaraikan di atas, dan Rotuma di Fiji adalah secara budaya dan etnologinya dianggap sebahagian Polinesia, dan hanya dianggap Melanesia dari sudut geografi.
Berdasarkan faktor etnologi, sebahagian pulau di barat kepulauan Maluku, seperti Flores, Sumba, Timor, Halmahera, Alor, dan Pantar boleh dianggap sebahagian Melanesia. Begitupun, orang di kawasan berkenaan tidak menggunakan istilah ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.