18 Julai
tarikh From Wikipedia, the free encyclopedia
18 Julai merupakan hari ke-199 (hari ke-200 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 166 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Uruguay (1830).
Peristiwa


- 1290 – Edward I mengeluarkan suatu surat titah mengusir semua orang Yahudi dari England.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika-Afrika formal pertama, Regimen ke-54 Infantri Massachusetts mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner di Carolina Selatan.
- 1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
- 1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.
- 1944 – Jeneral Hideki Tōjō (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun berikutan kegagalan berturut-turut pada akhir Perang Dunia Kedua.
- 1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
- 1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.
- 2013 – Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
Kelahiran
- 1918 - Nelson Mandela, seorang Presiden Afrika Selatan
- 1961 - Abdallah Al Rowaished, penyanyi dan pelakon Kuwait
- 1996 - Fachri Muhammad, seorang pelakon lelaki Indonesia
- 1997 - Hari Putra, penyanyi, model, dan pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 1817 - Jane Austen, penulis Inggeris
- 1872 - Benito Juarez, Presiden Mexico
- 2012 - Rajesh Khanna, seorang pelakon dan penerbit filem Bollywood
- 2017 - Datuk Ishak Ismail, seorang ADUN Lenggeng, Negeri Sembilan.
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.