Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Xinjiang (Bahasa Uyghur: شىنجاڭ (Xinjang); Bahasa Cina: 新疆; pinyin: Xīnjiāng; Ejaan peta pos: Sinkiang) ialah sebuah kawasan autonomi (Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang) Republik Rakyat China. Xinjiang merupakan kawasan yang besar dan tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.
Xinjiang Uygur Autonomous Region | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: 新 (Pinyin: Xīn) | |||||||||
Asal-usul nama | 新 xīn - baru 疆 jiāng - kawasan "tanah baru" | ||||||||
Jenis pentadbiran | Autonomous region | ||||||||
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) | Ürümqi | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Ma Xingrui | ||||||||
Gabenor | Erkin Tuniyaz | ||||||||
Luas | [convert: needs a number] (1) | ||||||||
- Latitud | 39.865776 | ||||||||
- Longitud | 79.070511 | ||||||||
Penduduk (2004) - Kepadatan |
19,630,000 (24) [convert: needs a number] (29) | ||||||||
KDNK (2004) - per kapita |
CNY 220.0 bilion (25) CNY 11,200 (13) | ||||||||
HDI (2005) | 0.757 (sederhana) (14) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Uyghur - 45% Han - 41% Kazakh - 7% Hui - 5% Kyrgyz - 0.9% Mongol - 0.8% Dongxiang - 0.3% Tajik - 0.2% Xibe - 0.2% | ||||||||
Peringkat prefektur | 14 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 99 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 1005 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-65 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.xinjiang.gov.cn (Cina) | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
"Xinjiang" atau "Ice Jecen" dalam Bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud "Sempadan Baru". Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China. Xinjiang menempatkan sebilangan kelompok etnik Turkik, termasuk Orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur.
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Xinjiang. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.