From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Manchu (Manchu: ᠮᠠᠨᠵᡠ Manju; Cina Tradisional: 滿族, Cina Ringkas: 满族, pinyin: Mǎnzú, Mongol: Манж, Rusia: Маньчжуры ) ialah sekelompok orang Tungus yang berasal dari rantau Manchuria (di kawasan timur laut China). Orang Manchu mengecapi kegemilangan pada abad ke-17, apabila mereka menumpaskan Dinasti Ming lalu menggantikannya dengan Dinasti Qing, lalu memerintah China sehingga Revolusi 1911 yang mana mereka digulingkan oleh sebuah kerajaan republik.
Jumlah penduduk | |
---|---|
kira-kira 10.68 juta (2000)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Republik Rakyat China (Heilongjiang · Jilin · Liaoning) Juga terdapat di Taiwan, Amerika Syarikat, Kanadaand Jepun | |
Bahasa | |
Bahasa Mandarin, Bahasa Manchu | |
Agama | |
Dahulunya shamanisme, pemujaan syurga dan pemujaan nenek moyang; Kini agama Buddha dan pemujaan nenek moyang[2][3] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Xibe, orang Tungus lain |
Etnik Manchu kini sudah banyak berasimilasi dengan bangsa Cina Han, hinggakan bahasa Manchu hampir pupus kerana hanya ditutur oleh sebilangan kecil warga emas di kawasan luar bandar di China timur laut di samping beberapa orang ilmuwan; terdapat sekitar 10,000 orang penutur Sibe (Xibo), iaitu suatu loghat Manchu yang ditutur di kawasan Ili di Xinjiang. Namun demikian, kebelakangan ini bangkitnya semula minat terhadap kebudayaan Manchu di kalangan etnik Manchu dan Han. Bilangan rakyat China hari ini yang berketurunan Manchu agak besar,[4] ditambah pula dengan dasar-dasar yang membela etnik minoriti (seperti keutamaan kemasukan universiti, peluang pekerjaan kerajaan dan pengecualian dari dasar satu anak) telah menggalakkan ramai yang berketurunan campuran Han dan Manchu mengenali diri mereka sebagai Manchu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.