Mahkamah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mahkamah (Jawi: محکمه) ialah tempat awam dan rasmi di mana seseorang mendapat penyelesaian yang adil dalam suatu perselisihan baik dalam hal sivil, buruh, administratif, dan kriminal berdasarkan undang-undang yang sedia ada (lalu turut diberi nama pengadilan dalam konteks pentakrifan yang abstrak). Kekuasaan melaksanakan pengadilan ini diberikan melalui suatu bidang kuasa (jurisdiksi atau yurisdiksi) yang tertakluk dalam kawasan tertentu.[1]

Dalam negara dengan sistem common law, insitusi ini merupakan cara utama untuk penyelesaian perselisihan, dan umumnya dierti bahawa semua orang memiliki hak untuk membawa dakwaan sendiri ke pengadilan, malah , pihak yang tertuduh melakukan suatu jenayah memiliki hak untuk meminta perlindungan di pengadilan ini.
Etimologi
Istilah "mahkamah" pinjaman bahasa Arab محكمة, mahkamat yang merupakan bentuk ism atau kata nama daripada pengimbuhan kata kerja حَكَمَ ḥakama (`alā) – daripada akar ح ك م – yang bermaksud "menguasai (ke atas)" atau "memerintah (ke atas)",[2][3] maka kata terbitan ini dapat ditafsirkan lanjut sebagai "pertubuhan hakim/qadi menyelesaikan perbalahan [atau pertelingkahan]" (هيئة قضائية تتولى الفصل في المنازعات).[4]
Jenis
![]() | Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Lihat juga
- Hakim
- Undang-undang
- Institusi-institusi mahkamah se-Nusantara:
- Mahkamah Brunei
- Mahkamah Indonesia
- Mahkamah Malaysia
- Mahkamah Singapura
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.