Al-Sultan Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Muhammad V (Jawi: سلطان محمد ٥) (lahir Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra; 6 Oktober 1969) adalah Al-Sultan Kelantan ke-29 sejak menaiki takhta pada 13 September 2010. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dari tahun 2016 sehingga penurunan takhta pada tahun 2019.[1]
Sultan Muhammad V سلطان محمد ٥ | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan | |||||||||
Sultan Kelantan | |||||||||
Pemerintahan | 13 September 2010 – kini (14 tahun dan 22 hari) | ||||||||
Tengku Mahkota | Tengku Muhammad Fa-iz Petra (2010–2024) Tengku Muhammad Fakhry Petra (2024-kini) | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Ismail Petra | ||||||||
Yang di-Pertuan Agong ke-15 | |||||||||
Pemerintahan | 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019 (2 tahun dan 24 hari) | ||||||||
Pertabalan | 24 April 2017 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | ||||||||
Keputeraan | Tengku Muhammad Faris Petra bin Tengku Ismail Petra 6 Oktober 1969 (umur 54 tahun, 11 bulan dan 29 hari) Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | ||||||||
Pasangan |
| ||||||||
Anakanda | Tengku Ismail Leon Petra | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Long Yunus | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ismail Petra | ||||||||
Bonda | Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Tandatangan | |||||||||
Pendidikan |
| ||||||||
Pusat pendidikan |
| ||||||||
Baginda adalah putera sulung kepada Al-Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri.
Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra bin Tengku Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mendapat pendidikan awal di Fatima Convent kindergarten dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Baginda kemudian berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian di Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.
Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda juga telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dari 20 Mei 2003 hingga 1 Ogos 2012.
Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
Pada 25 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pada 13 September 2010,[2] baginda telah diisytiharkan sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.[3] Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V.[4]
Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain.[5]
Sultan Muhammad V ialah Kolonel Utama Rejimen Artileri Diraja, dan juga Kor Risik DiRaja (Korp Perisikan Diraja), kedua-duanya dari Tentera Darat Malaysia.
Selaras dengan tugas baginda sebagai Sultan dan pemerintah negeri Kelantan, baginda kini berkhidmat sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan dimasyhurkan pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor & Konvokesyen ke-12 UMK di UMK Bachok pada 23 November 2022.[6]
Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[7]
Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[8]
Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.[9]
Pada 2 November 2018, pihak Istana Negara memaklumkan bahawa baginda beristirehat menjalani rawatan sehingga 31 Disember 2018. Maka, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengambil alih tugas baginda sebagai Pemangku selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia sepanjang ketiadaan baginda.[10]
Pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan yang menjadikan baginda yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia sementara penggalnya seharusnya berakhir pada 12 Disember 2021.[11][12][13][14]
Pada 15 November 2004, Sultan Muhammad V (ketika itu bergelar Tengku Mahkota Kelantan) telah berkahwin dengan kerabat diraja Pattani, Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin.[15] Namun pasangan diraja ini telah bercerai pada tahun 2008.
Pada 30 Oktober 2010, baginda telah melangsungkan perkahwinan kedua dengan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berasal dari Republik Czech dan mengisytiharkannya sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022 dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan.[16]
Pada 2 November 2018 sehingga 31 Disember 2018, ketika baginda dalam tempoh cuti sakit dan mendapatkan rawatan di luar negara, Sultan Muhammad V dilaporkan telah berkahwin dengan bekas pemenang pertandingan ratu cantik Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina di Barvikha, Rusia.[17] Bagaimanapun, majlis perkahwinan yang dilakukan di Moscow hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga terdekat sahaja. Sebelumnya, Oksana Voevodina dan Sultan Muhammad V telah mengadakan akad nikah mengikut syariat Islam yang dilakukan secara tertutup pada 7 Jun 2018 di Kota Bharu, Kelantan. Oksana juga dilaporkan telah memeluk Islam pada April 2018.[18] Walau bagaimanapun, tiada rekod rasmi perkahwinan mereka didaftarkan di Rusia. Pengamal media juga melaporkan kelahiran putera mereka Tengku Ismail Leon Petra ibni Sultan Muhammad V pada 21 Mei 2019. Pada 22 Jun 2019, baginda telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Singapura. Seterusnya, pada 1 Julai 2019 Sultan Muhammad V telah menceraikan Oksana dengan "talak tiga" atau talaq ba'in. Talaq ba'in ialah talak yang mana suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat. Pada 6 September 2019, baginda mengakui bahawa perkahwinan itu pernah berlaku serta menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.[19][20]
Gelaran hormat bagi Sultan Muhammad V | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Nama penuh dan gelaran rasmi Baginda ialah:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. (Terengganu), D.K. (Pahang), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K., Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta Jajahan Takluknya
Baginda telah dianugerahkan:[21][22]
Sebagai Sultan Kelantan (sejak 13 September 2010):
Keturunan Sultan Muhammad V | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.