Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) merupakan darjah yang tertinggi antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.
Darjah-Darjah Kerabat Persekutuan | |
---|---|
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia | |
Dianugerahkan oleh ![]() Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Dizahirkan | 18 April 1966 |
Negara | Malaysia |
Reben | Merah |
Kelayakan | Yang di-Pertuan Agong sahaja |
Dianugerahkan untuk | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong |
Status | Masih dikurniakan |
Raja | Yang di-Pertuan Agong |
Gred | Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia |
Singkatan darjah | DKM |
Perangkaan | |
Pelantikan terakhir | 2024[1] |
Jumlah lantikan | 14 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Seri Pahlawan Gagah Perkasa[2] |
Lebih rendah | Darjah Utama Seri Mahkota Negara[2] |
![]() Bar reben Darjah Kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Bilangan ahlinya terhad seramai sepuluh orang sahaja.
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana. Kalung Darjah diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya berukir timbul motif daun paku. Darjah diperbuat daripada kain sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966.
Penerima
Senarai penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM)
- 1960: Tuanku Syed Putra Jamalullail
- 1965: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
- 1970: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
- 1975: Sultan Yahya Petra
- 1980: Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 1984: Sultan Iskandar
- 1989: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- 1994: Tuanku Ja’afar
- 1999: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- 2002: Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- 2007: Sultan Mizan Zainal Abidin
- 2017: Sultan Muhammad V
- 2019: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- 2024: Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Penerima darjah yang masih hidup
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.