Remove ads
Sultanah Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (Jawi: دولي يڠ مها موليا سلطانه نور ديانا ڤيترا عبدالله; lahir Jana Jakoubková; 25 Februari 1988 di Republik Czech) merupakan Sultanah Kelantan dan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.
Sultanah Nur Diana Petra سلطانة نور ديانا ڤيترا | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan | |||||
Sultanah Kelantan | |||||
Tempoh | 2 Ogos 2022 - kini | ||||
Pemasyhuran | 12 November 2022 | ||||
Didahului oleh | Tengku Anis (sebagai Raja Perempuan) | ||||
Keputeraan | Jana Jakoubková 25 Februari 1988 (umur 36 tahun, 9 bulan dan 22 hari) Prague, Czechoslovakia (kini Republik Czech) | ||||
Pasangan | Sultan Muhammad V (k. 2010) | ||||
| |||||
Agama | Islam |
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dilahirkan di Prague, Republik Czech dahulunya Czechoslovakia pada 25 Februari 1988.[1]
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010.[2]
Kemunculan pertamanya sebagai Sultanah Kelantan adalah pada September 2022 di mana baginda menerima kunjungan rombongan Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian.[3]
Sebagai Sultanah Kelantan, baginda selalu menemani suaminya dalam acara rasmi dan tidak rasmi. Baginda menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 pada 12 November 2022.[4]
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah juga merupakan penaung diraja untuk pelbagai pertubuhan dan badan-badan kebajikan di negeri Kelantan. Pertubuhan di bawah baginda terdiri daripada:
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.[5][6]
Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa), manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan diraja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).
Dalam lipatan sejarah Kesultanan Kelantan juga terdapat tiga permaisuri yang bernama Zainab iaitu:
1) Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV (1888-1920)
2) Raja Perempuan Zainab I (Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Ibrahim (1914-1960)
3) Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) permaisuri kepada KDYMM Sultan Yahya Petra (1939-1979)
Gelaran hormat bagi Sultanah Nur Diana Petra Abdullah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, D.K., S.P.M.K., Sultanah Kelantan
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dianugerahkan:
Dalam majlis perasmian Festival Flora Negeri Kelantan 2024 yang diadakan pada bulan 8 Oktober 2024, satu spesies orkid kacukan hibrid telah dinamakan sebagai “Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra”, sebagai penghormatan kepada baginda. Nama ini diberikan oleh Persatuan Holtikultur Diraja yang berpusat di United Kingdom.[8]
Orkid berkenaan dihasilkan daripada kacukan antara Vandachostylis Prapawan sebagai induk betina dengan Vanda Ratchaburi Blue sebagai induk jantan. Kacukan hibrid itu dilakukan pada Julai 2021 dan berbunga kali pertama pada 8 Mac 2024.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.