bekas isteri Sultan Muhammad V From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Mulia Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin (Jawi: تڠکو زبيدة بنت تڠکو نورالدين ) atau Kangsadal Pipitpakdee (Bahasa Thai: กังสดาล พิพิธภักดี ) merupakan kerabat diraja Pattani yang berketurunan Melayu dari Thailand. Beliau adalah bekas isteri kepada Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29.
Tengku Zubaidah | |
---|---|
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan | |
Tempoh pemerintahan | 2004 – 2008 |
Pendahulu | Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (sebagai Tengku Ampuan Mahkota) |
Pengganti | Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (sebagai Che Puan Mahkota) |
Keputeraan | Kangsadal Pipitpakdee 1979 (umur 44–45) Istana Jering, Pattani, Thailand |
Pasangan | Sultan Muhammad V (k. 2004; c. 2008) |
Kerabat | Kerabat Diraja Pattani |
Ayahanda | Wairot Phiphitphakdee (Tengku Norudin bin Tengku Muda) |
Bonda | Yaowalak Phiphiphakdi (Cik Jamilah binti Cik Abdullah) |
Agama | Islam |
Tengku Zubaidah ialah anak ketiga kepada pasangan Wairot Phiphitphakdi (atau Tengku Norudin bin Tengku Muda) dan Yaowalak Phiphitphakdi (atau Cik Jamilah binti Cik Abdullah). Wairot merupakan bekas ahli politik Thailand dari Parti Thai Rak Thai dan pernah menjadi ahli Parlimen Pattani selama lima penggal[1]. Tengku Zubaidah dilahirkan pada 1979 di Istana Diraja Jering, Pattani.
Keluarga Tengku Zubaidah merupakan keturunan kerabat diraja Pattani yang pernah memimpin Pattani sebelum ditakluk Thailand pada 1902[2]. Bapanya, Wairot ialah anak kepada Phra Phiphitphakdi (Tengku Muda Abdul Putra) dan isteri ketiganya Sawas (dahulu Darachat), yang merupakan warga Thai berketurunan Cina dari Bangkok[3]
Tengku Zubaidah ialah sepupu kepada Tengku Anis, bonda Tengku Muhammad Faris Petra. Bapanya, Wairot ialah saudara tiri kepada bapa Tengku Anis, Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda Abdul Putra.
Tengku Zubaidah melanjutkan pengajian di Sekolah Demonstrasi Universiti Prince of Songkla dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Mahidol, Bangkok pada 2003.[4][5]
Tengku Zubaidah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Mahkota Kelantan[6] pada 15 November 2004. Semenjak itu, beliau memakai gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan. Pasangan bakal raja ini bercerai pada 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata[7].
Tengku Zubaidah dan Tengku Muhammad Faris Petra diijabkabulkan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Perkahwinan mereka turut dihadiri Permaisuri Sirikit, Permaisuri Thailand, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Menteri Luar Negeri Thailand, Surakiart
[8].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.