Pelakon, pengacara dan peragawati Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Amirah Filzah Badioezaman (lahir 2 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia.[1][2][3] Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia.[4][5] Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's ultimate girl's next door".[6]
Mira Filzah | |
---|---|
Kelahiran | Nur Amirah Filzah binti Badioezaman 2 April 1993 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ketinggian | 162 cm (5 ka 4 in) |
Pasangan | Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar (k. 2020) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Hubungan | YB Datuk Mastura Mohd Yazid (Ibu mentua) YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Bapa mentua) |
Mira Filzah dilahirkan pada 2 April 1993 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Faziatul Akmar Hisan dan Badioezaman Ab Khalik. Adik bongsunya ialah Aina Fadhilah.[7] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dalam perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun,[8] sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah rancangan hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas menyepi dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pelajarannya dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM,[9] Mira tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.
Tawaran yang datang selepas beliau membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telefilem selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu tambahan lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai. Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.
Beliau mula dikenali dan menjadi tular di laman media sosial Facebook kerana memperagakan pakaian seragam rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telefilem Din Sardin (2015). Menurut beliau, berita tentang gambarnya yang tular di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali umum.
Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit kepadanya tidak disia-siakan apabila menerajui sebuah drama yang menjadi perbualan hangat ramai penonton, Cinta Si Wedding Planner (2016) yang bersiaran di TV3.[10] Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan beliau bersama pelakon Singapura yang berpangkalan di Malaysia, Dato' Adi Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat maklum balas positif daripada rata-rata peminat. Drama ini kemudiannya disambung dengan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Cinta Si Wedding Planner Raya.
Mira memenangi Anugerah MeleTOP Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP[11] dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular.[12][13] Pada tahun 2019, menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32, Mira memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Remy Ishak untuk drama Pujaan Hati Kanda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan undian peminat iaitu sebanyak 6,320 463 undi.
Beliau mempunyai kelab peminat yang diberi nama "Miraclegacy". Mira terus mengasah bakatnya di bidang pengacaraan apabila diberikan peluang mengendalikan program Mahligai Cinta musim ke-10 yang bersiaran di TV3.[14] Beliau menggalas peranan pengacara Nona di TV3 bagi menggantikan Uyaina Arshad.[15][16] Beliau bersama Remy Ishak dan Sangeeta Krishnasamy berlakon dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan Nik Amir Mustapha. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan ditayangkan pada 13 September 2018.[17]
Beliau kemudiannya memegang watak jururawat dan adik Johan, Lea dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[18][19][20]
Mira sekali lagi bergandingan bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir dan Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3.[21][22][23] Pujaan Hati Kanda mendapat respons yang amat baik dari penonton sehingga berjaya mendapat 12 juta tontonan sepanjang waktu tayangan drama tersebut dan 30 juta jumlah tontonan di Youtube TV3.[24]
Pada Ogos 2019, Mira melakonkan watak Puteri dalam drama Sweet Dreams arahan Michael Ang, lakonan bersama Ben Amir. Ia dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina Juren, PU Azman, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, Didi Astillah dan Roy Azman.[25][26][27]
Mira juga tampil dalam muzik video lagu "Baby Sayang" bersama Caprice.[28]
Mira sekali lagi muncul di kaca televisyen menerusi drama Adellea Sofea yang membawa watak tajuk yang bergandingan bersama Ungku Ismail Aziz yang memegang watak sebagai Fir. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.[29]
Beliau bersama suami, Wan Emir Astar mengacarakan rancangan In Love With Mira yang memulakan siaran di Naura bermula 7 September 2020.[30] Mira kembali digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama adaptasi novel, Bidadari Kiriman Tuhan di mana beliau memegang dua watak, Manis Suhaila dan Manja Suhana.[31] Bermula Ogos 2021, kontrak beliau sebagai pengacara Nona tidak disambung dan tempatnya digantikan oleh Amyra Rosli.[32][33][34]
Pada tahun 2022, beliau membintangi filem Dato' Ai La Beau dengan memegang watak sebagai Miera dan setahun kemudian, beliau digandingkan bersama Hun Haqeem dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer yang disiarkan di Astro Ria dengan memegang watak sebagai Effa.[35][36]
Mira bertunang dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak kepada pasangan ahli politik Mastura Mohd Yazid dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 16 Julai 2020.[37] Beliau dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[38] Beliau menetap bersama keluarganya di Bangi, Selangor.[39]
Pada Januari 2022, Mira mengumumkan beliau hamil cahaya mata sulungnya.[40][41][42] Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.[43][44][45]
Di luar kerjaya lakonan, Mira ialah seorang usahawan yang berjaya dan cantik. Beliau ialah pengasas produk kecantikan Mora Essential.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Rise: Ini Kalilah | Fizah | Filem pertama |
2019 | Sangkar | Lea | |
2021 | Sa Balik Baju | Aria | |
2022 | Dato' Ai La Beau | Miera | |
2024 | Cinta Tak Pernah Tepat Waktu | Dr. Sarah | Filem Indonesia |
2025 | Munajat Kekasih | Nur Sakinah | Pos-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Dunia Lola | Laila / Lola | Astro Ria |
2015 | Eksperimen Cinta | Suraya | TV3 |
2016 | Cinta Si Wedding Planner | Izara Batrisya | |
Ketupat Palas Mr. Handsome | Ayu | ||
Tika Langit Terbuka: Down Syndrome | Maria | Astro Oasis | |
Abang Bomba I Love You | Dr. Dahlia | Astro Ria | |
2017 | Meh Sandar Pada Aku | Afnan Tasneem | TV3 |
Ops Cinta Din Sardin | Che Ta | TV9 | |
3 Gadis Manis | Aisyah | Astro Gempak | |
Meh Sandar Lagi | Afnan Tasneem | TV3 | |
2018 | Pelangi Cinta | Bunga | |
Rahsia Hati Perempuan | Ilaina | Astro Ria | |
Lelaki Kiriman Tuhan | Naira | Astro Oasis | |
Pujaan Hati Kanda | Tiara | TV3 | |
2019 | Sweet Dreams | Putri | Astro Ria |
Sara Sajeeda | Sofea (kameo) | TV3 | |
Adellea Sofea | Adellea Sofea | ||
2020 | Bidadari Kiriman Tuhan | Manis Suhaila / Manja Suhana | Astro Ria |
2021 | The Maid | Elisa | |
The Hotel | Raisa | ||
2022 | Senduk Swap | Roshini | TA-DAA! |
2023 | Imam Instant Ustazah Scammer | Ustazah Effa | Astro Ria |
Super Wira | Seri Gumum | Astro Ceria | |
2024 | Cinta Itu Nama Aqidah | Aqidah | TV3 |
Perempuan Kiriman Tuhan | Aira Humaira | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran |
---|---|---|---|
2016 | Katakan, 3 Jam Saja | Mira | Youtube |
2024 | Gadis Masa | Maya | Viu |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Din Sardin | Che Ta | TV9 |
Abang Haji | Intan | TV3 | |
Abang Beduk | Aishah | Astro Oasis | |
Nasi Dagang Lembu Korban | Umaira | TV AlHijrah | |
2016 | Dia Untukku | Zahra | |
Dika Baran | Kameo | TV1 | |
Cili | Mira | Astro Maya HD | |
Cinta Si Wedding Planner Raya | Izara Batrisya | TV3 | |
Bella | Bella | ||
Duit Kahwin | Rozana | Astro Ria | |
Jatuh Cinta Buta | Kameo | ||
2017 | Love You Miss Pomen | Saerah | TV9 |
Jula Juli Bintang Cinta | Jula | Astro Citra | |
Malam Tanpa Yasin | Adawiyah | TV3 | |
Jula Juli Bintang Putus Cinta | Jula | Astro Citra | |
Dosa Perempuan | Tasha | TV3 | |
Izinkan Aku | Mawar | Astro Citra | |
2018 | Teksi Love | Nada | |
Mak Cun Pi Amerika Lagi | Fira Kirana | TV3 | |
2019 | U'Start Enjin | Shuhara | Astro Citra |
Pujaan Hati Kanda Raya | Tiara | TV3 | |
Aku Penghiburmu | Ayu (kameo) | TV2 | |
2021 | My Future Husband | Emily | Astro Citra |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Primadona | Ejen Primadona | Astro Prima | |
2014-2015 | KLTV | Pengacara | Hypp Sensasi | |
2015 | Qari Junior | Pengacara | TV3 | |
2016 | Trek Selebriti | Artis Jemputan | Astro Ria | |
LePaknil | ||||
Ketuk-Ketuk Ramadan | TV1 | |||
Ye Ke | TV3 | |||
Bonda Bonding | Astro Ria | |||
MeleTOP | Pengacara jemputan | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Pengacara | TV3 | ||
25 Rasul | Pencerita | Astro Oasis | Episod: "Muhammad SAW & Siti Khadijah" | |
2016-2017 | 3 Juara | Pengacara | TV3 | |
2017 | CCTV! | Artis jemputan | Astro Ria | |
Shuib, Artis & Telemovie Citra | ||||
Mahligai Cinta | Pengacara | TV3 | ||
2018-2021 | Nona | |||
2019 | Maharaja Lawak Mega 2018 | Artis Jemputan | Astro Warna | Bersama kumpulan Zero |
Sepahtu Reunion Live | Mawar | Artis Jemputan: Episod "Lelaki Kiriman" | ||
Sepahtu Reunion Al-Raya | Deeja | Artis Jemputan: Episod "Air Mata Syawal" | ||
Resepi Mak Esah | Pengacara bersama Sherry Alhadad | Astro Ria | ||
CCTV! | Artis jemputan | |||
2020 | I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) | TV3 | ||
In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta | Dirinya sendiri | Naura HD | ||
2021 | Romantika | Dirinya sendiri bersama Suaminya | Astro Ria | |
2022 | Ceria Popstar Xtra | Juri jemputan | Astro Ceria | |
Sepahtu Reunion Live | Zila | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Tapan Yang Disakiti" |
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | "Selamat Malam Cinta" | Encik Mimpi |
2019 | "Baby Sayang" | Caprice |
2020 | "Siapa Tak Mahu" | Dato' Seri Siti Nurhaliza |
Tahun | Tajuk | Kedudukan | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
ERA FM [46] |
Hot FM [47] |
Muzik Muzik [48] |
JOOX [49] | |||
2017 | "Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) [50][51] | OST Drama Meh, Sandar Pada Aku! | ||||
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Artis Baharu MeleTOP | — | Menang | |
Artis Baharu Wanita Popular | Menang | |||
Personaliti Drama Melodi | Tercalon | |||
Personaliti Sensasi Melodi | Tercalon | |||
2017 | Aktres Pilihan | Cinta Si Wedding Planner | Menang | |
Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon | ||
Pengacara TV Popular | Tercalon | |||
Selebriti Harapan Pilihan | Menang | |||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Pengacara TV Popular | Tercalon | |||
Artis Versatil Popular | Tercalon | |||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama | Dosa Perempuan | Tercalon | ||
2019 | Pelakon TV MeleTOP | Lelaki Kiriman Tuhan | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32[52][53] | Pelakon TV Wanita Popular | — | Menang | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Rise: Ini Kalilah | Menang | ||
Pengacara TV Popular | — | Tercalon | ||
Artis Versatil Popular | — | Tercalon | ||
Gandingan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) | Pujaan Hati Kanda | Menang | ||
Gandingan Serasi Filem (bersama Remy Ishak) | Rise: Ini Kalilah | Tercalon | ||
Bintang Paling Popular | — | Menang | ||
Anugerah Telenovela | Pelakon Wanita Telenovela Popular | Pujaan Hati Kanda / Lelaki Kiriman Tuhan | Menang | |
Ratu Telenovela Serba Dinamik | — | Menang | ||
2021 | Pelakon Harapan Wanita | Sangkar | Tercalon | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.