South China Morning Post

From Wikipedia, the free encyclopedia

South China Morning Post (bahasa Cina: 南華早報, dipendekkan kepada SCMP) (bahasa Melayu: Pos Pagi Cina Selatan) serta edisi mingguannya Sunday Morning Post (Pos Pekan Ahad) merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang utama di Hong Kong.

Fakta Segera Jenis, Format ...
South China Morning Post
Thumb
JenisAkhbar harian
FormatTerbitan lebar sehelai
Diasaskan6 November 1903; 121 tahun yang lalu (1903-11-06)
(44317 isu)
Ibu pejabatHong Kong
Edaran
  • 105,347 (Harian, 2016)
  • 82,117 (Mingguan, 2016)
  • 17,000 (Digital, 2019)[1]
PemilikAlibaba Group
Pengasas
  • Tse Tsan-tai
  • Alfred Cunningham
PenerbitSCMP Publishers
PresidenGary Liu, CEO
Ketua pengarangTammy Tam
PengarangChow Chung-yan
Timb. pengarangZuraidah Ibrahim
Pengarang urusanBrian Rhoads
Pengarang beritaYonden Lhatoo
Pengarang pendapatRobert Haddow
Pengarang sukanNoel Prentice
Penyunting gambarYves Siowheur
ISSN1021-6731
Nombor OCLC648902513
Laman sesawangwww.scmp.com
Tutup
Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...
Tutup

Media ini ditubuhkan pada bulan November 1903 oleh Tse Tsan-tai, seorang revolusioner yang menentang Empayar Qing, dan Alfred Cunningham, seorang wartawan British, di bawah nama 《南清早報》 (Naamcing Zoubou), atau dalam bahasa Inggeris: South Qing Morning Post). Nama asal tersebut ditukar kepada nama terkininya pada 1913, berikutan Revolusi Xinhai yang menggulingkan empayar tersebut lalu mewujudkan suatu republik yang mengambil alih kekuasaan China.

Syarikat induknya, South China Morning Post Ltd diambil alih News Corporation milik Rupert Murdoch pada tahun 1987. Saham utamanya (sebanyak 34.9%) dibeli Kerry Media milik Robert Kuok beberapa tahun kemudian dengan nilai sebanyak US$375 juta.[2] Anak Robert, Kuok Khoon Ean, menjadi pengerusi akhbar itu pada tahun 1997.[3] Pada 11 Disember 2015, terdapat laporan yang menyatakan aset media syarikat induk akhbar ini akan dibeli syarikat Alibaba Group.[4] Pembelian tersebut disempurnakan pada 5 April 2016.[5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.