Kapur barus atau kamfor[3] ialah sejenis pepejal lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar yang beraroma kuat.[4] Ia merupakan terpenoid dengan formula kimia C10H16O.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Kapur barus
Thumb
(+)- dan (−)-kamfor
Thumb
Nama
Nama IUPAC
1,7,7-Trimetilbisiklo[2.2.1]heptan-2-ona
Nama lain
2-Bornanona
Pengecam
Imej model 3D Jmol
3DMet
1907611
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard 100.000.860
Nombor EC
  • 200-945-0
83275
KEGG
MeSH Camphor
Nombor RTECS
  • EX1225000
UNII
Nombor PBB 2717
  • InChI=1S/C10H16O/c1-9(2)7-4-5-10(9,3)8(11)6-7/h7H,4-6H2,1-3H3 ☑Y
    Key: DSSYKIVIOFKYAU-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/C10H16O/c1-9(2)7-4-5-10(9,3)8(11)6-7/h7H,4-6H2,1-3H3
    Key: DSSYKIVIOFKYAU-UHFFFAOYAK
  • CC1(C)C2CCC1(C)C(=O)C2
  • O=C1CC2CCC1(C)C2(C)C
Sifat
C10H16O
Jisim molar 152.24 g·mol−1
Rupa bentuk Hablur putih, lut cahaya
Bau Wangi dan menusuk
Ketumpatan 0.992 g·cm−3
Takat lebur 175–177 °C (347–351 °F; 448–450 K)
Takat didih 209 °C (408 °F; 482 K)
1.2 g·dm−3
Keterlarutan dalam aseton ~2500 g·dm−3
Keterlarutan dalam asid asetik ~2000 g·dm−3
Keterlarutan dalam dietil eter ~2000 g·dm−3
Keterlarutan dalam kloroform ~1000 g·dm−3
Keterlarutan dalam etanol ~1000 g·dm−3
log P 2.089
Tekanan wap 4 mmHg (70 °C)
Putaran kiral ([α]D)
+44.1°
−103×10−6 cm3/mol
Farmakologi
Kod ATC C01EB02
Bahaya
Piktogram GHS GHS02: FlammableGHS07: HarmfulGHS08: Health hazard
Perkataan isyarat GHS Warning
Penyata bahaya GHS
H228, H302, H332, H371
Penyata pencegahan GHS
P210, P240, P241, P260, P261, P264, P270, P271, P280, P301+312, P304+312, P304+340, P309+311, P312, P330, P370+378, P405, P501
NFPA 704 (berlian api)
ThumbKemudahbakaran kod 2: Mesti sederhana dipanaskan atau terdedah kepada suhu ambien yang agak tinggi sebelum pencucuhan boleh berlaku. takat kilat di antara 38 dan 93 ° C (100 dan 200 ° F). Cth, bahan api dieselKesihatan kod 2: Kuat atau berterusan tetapi bukan pendedahan kronik mungkin menyebabkan hilang upaya sementara atau kemungkinan kecederaan sisa. Cth, kloroformKereaktifan kod 0: Biasanya stabil, walaupun di bawah keadaan pendedahan api, dan tidak reaktif dengan air. Cth, nitrogen cecairBahaya khas (putih): tiada kod
2
2
0
Takat kilat 54 °C (129 °F; 327 K)
Suhu
autopenyalaan
466 °C (871 °F; 739 K)
Had letupan 0.6–3.5%[1]
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
1310 mg/kg (oral, tikus)[2]
800 mg/kg (anjing, oral)
2000 mg/kg (tikus, oral)[2]
400 mg/m3 (tikus, 3 jam)[2]
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
PEL (Dibenarkan)
TWA 2 mg/m3[1]
REL (Disyorkan)
TWA 2 mg/m3[1]
IDLH (Bahaya serta-merta)
200 mg/m3[1]
Sebatian berkaitan
Keton berkaitan
Fenkona, Tujona
Sebatian berkaitan
Kamfena, Pinena, Borneol, Isoborneol, Asid kamforsulfonik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu: ☑Y/N?)
Rujukan kotak info
Tutup
Thumb
Kiub kapur barus

Bahan ini banyak ditemukan dalam kayu spesies Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didapati di Timur Jauh, dan spesies balak Dryobalanops daripada keluarga yang berlainan di sekitar Asia Tenggara, terutama D. aromatica. Ia turut didapati dalam pokok lain dalam keluarga Lauraceae terutamanya Ocotea usambarensis. Minyak daun rosmari (Rosmarinus officinalis) pula mengandungi 10 hingga 20% kamfor[5] berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kamfor.[6] Ia juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak turpentin.

Sejarah

Penamaan

Nama "kapur barus" terdiri daripada dua komponen iaitu "kapur" dan "barus". Perkataan kapur berakar daripada Proto Melayu-Polinesia *kapuR yang bermaksud kapur kalsium karbonat.[7] Istilah camphor dalam Inggeris pula datang daripada Latin camfora, daripada Arab كافور (kafur), yang diserap sendiri daripada bahasa Melayu kapur, melalui Sanskrit कर्पूरम् (karpūram).[8] Perkataan camphor tersebut diserapkan kembali ke dalam bahasa Melayu menjadi "kamfor" dan "kampor".

"Barus" pula merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden Sibolga di pantai barat pulau Sumatera.[9] Pelabuhan tersebut terkenal dengan perdagangan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok Dryobalanops aromatica yang begitu banyak di rantau ini. Kapur barus yang diperoleh dari pelabuhan tersebut dipakai dalam pembuatan setanggi, minyak wangi dan bahan pengharum.

Kegunaan

Fizikal

Sifatnya yang mudah merewap membolehkan ia digunakan dalam pelbagai cara; antaranya sebagai bahan pemplastikan untuk nitroselulosa yang merupakan bahan mentah dalam pembuatan bunga api dan senjata api. Ia dipercayai dapat meracun serangga maka ia digunakan sebagai bahan penghalau,[10] malah ia digunakan sebagai pilihan kepada ubat gegat. Wasap yang terhasil daripada pepejal kapur barus turut menghasilkan suatu salutan anti-karat lalu ia digunakan dalam peti alatan untuk memelihara logam alatan.[11]

Perubatan tradisional

Kapur barus telah digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional di mana tempat asalnya, seperti di Sumatera pada masa silam bagi merawat kekejangan, bengkak dan keradangan.[12] Ia juga digunakan dalam perubatan Cina secara berkurun-kurun untuk pelbagai tujuan dan kegunaan.[13] Kapur barus juga digunakan melalui aerosol, biasanya melalui penyedutan stim, kadangkala dalam bentuk batang penyedut hidung berjenama untuk menghalang batuk dan melegakan kesesakan saluran pernafasan atas akibat selsema biasa.[14] Walau bagaimanapun, keberkesanan klinikal rawatan-rawatan ini kini dicabar.[15]

Selain manusia, kapur barus mempunyai penggunaan terhad dalam perubatan veterinar sebagai perangsang pernafasan untuk kuda.[16]

Keracunan

Penggunaan kapur barus di kulit boleh menyebabkan alahan dalam sesetengah orang; sekiranya ditelan, krim atau ubat kapur barus adalah beracun.[17] Dalam dos ditelan yang tinggi, kapur barus menyebabkan simptom seperti ketidakselesaan, disorientasi, kelesuan, muntah, kejang abdomen dan sawan.[18] Dos maut bagi dewasa (ditelan) ialah berjulat 50–500 mg/kg. Secara amnya, dua gram kapur barus ditelan menyebabkan keracunan teruk dan mungkin membawa maut.[19]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.