Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Minyak wangi ditakrifkan mengikut Kamus Merriam-Webster sebagai campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut yang digunakan untuk memberikan "bau yang menyenangkan" kepada tubuh manusia, haiwan, makanan, objek, dan ruangan.[1]
Teks-teks kuno dan penemuan arkeologi menunjukkan penggunaan minyak wangi dalam beberapa peradaban manusia yang paling awal. Pembuatan minyak wangi moden bermula pada abad ke-19 dengan penghasilan sebatian aroma seperti vanilin atau coumarin secara komersil, membolehkan wujudnya komposisi minyak wangi dengan bau-bauan yang tidak dapat dicapai daripada bahan aromatik semulajadi semata-mata.
Jenis minyak wangi mencerminkan kepekatan sebatian aromatik dalam pelarut, secara amya etanol atau campuran air dan etanol. Pelbagai sumber berbeza mentakrifkan secara tersendiri mengenai jenis minyak wangi yang ada. Kekuatan dan jangka hayat sesejenis minyak wangi itu adalah berdasarkan kepekatan, kekuatan dan umur panjang sebatian aromatik atau minyak wangian yang digunakan. Semakin meningkat peratusan sebatian aromatik, semakin meningkat juga kekuatan dan jangka hayat bauan tersebut. Terdapat istilah khusus yang digunakan untuk menggambarkan kepekatan anggaran wangian berdasarkan peratusan minyak wangian dalam jumlah produk akhir. Antara istilah yang paling meluas digunakan ialah:
Tumbuhan telah lama digunakan dalam minyak wangi sebagai sumber minyak pati dan aroma sebatian. Aromatik-aromatik ini biasanya merupakan bahan metabolik sekunder yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai perlindungan daripada herbivor, jangkitan, serta menarik perhatian pendebunga. Tumbuhan adalah sumber terbesar sebatian wangi yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sumber-sumber sebatian ini boleh datangnya dari pelbagai bahagian dari sesebatang tumbuhan. Tumbuhan boleh membekalkan lebih daripada satu sumber aromatik: misalnya bahagian pucuk dan biji ketumbar mempunyai bau yang amat berbeza dari satu sama lain; daun, bunga, dan kulit buah oren masing-masing merupakan sumber petitgrain, neroli, dan minyak oren.
Bukti dalam jurnal ulasan menunjukkan bahwa sesetengah wangi boleh menyebabkan tindak balas asma dalam beberapa individu, terutamanya mereka yang menghidap asma teruk atau atopik.[4] Banyak bahan dalam wangian juga boleh menyebabkan sakit kepala, alahan kulit[5] atau rasa mual.[6][7][8]
Bahan kimia tertentu yang ditemui dalam minyak wangi sering beracun kepada untuk serangga kecil tetapi tidak untuk manusia. Sebagai contoh, sebatian eter Tricyclodecenyl allyl sering ditemukan pada minyak wangi sintetik[9][10] dan berupaya mengusir serangga.
Kesturi sintetik musks mempUKnyai bau dan mempunyai kos agak murah, oleh itu bahan-bahan ini sering digunakan dalam kuantiti yang besar untuk menutupi bau sabun pencuci dan produk pembersihan peribadi yang tidak menyenangkan. Kerana mereka besar-besaran, beberapa jenis bahan kesturi sintetik telah ditemui pada lemak dan susu manusia,[11] serta pada mendapan dan perairan Tasik-Tasik Besar di benua Amerika Utara.[12]
Bahan pencemar-pencemar ini boleh menimbulkan masalah tambahan kepada kesihatan dan alam sekitar masalah jika termasuk dalam pemakanan manusia dan haiwan.
Permintaan terhadap bahan-bahan aromatik seperti cendana, gaharu dan kesturi telah membawa kepada ancaman spesies sumber berkenaan serta juga perdagangan dan pemburuan secara haram.
Di Malaysia, terdapat banyak jenama-jenama minyak wangi di dalam dan di luar negara. Jenama minyak wangi tempatan yang paling terkenal adalah jenama minyak wangi De'Xandra.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.