Hiraks batu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hiraks batu atau wabar batu (nama saintifik: Procavia capensis) adalah mamalia darat saiz sederhana yang berasal dari kawasan benua Afrika pinggir gurun Sahara (kecuali Lembangan Congo) dan Timur Tengah.[1] Spesies ini dijumpai bersarang di celah-celah batu muka bumi berketinggian hingga 4200 meter[2] yang memungkinkannya melarikan diri dari pemangsa.[2][3]
Ia adalah salah satu daripada lima spesies hidup dari ordo Hyracoidea, dan satu-satunya spesies dalam genus Procavia;[4] ia secara biologinya berkait rapat dengan dugong (melalui kelompok ordo Sirenia) dan gajah.[5]
Remove ads
Ciri fizikal
Badan hiraks atau wabar jenis ini kontot mencapai panjang 50 sentimeter dengan berat ditimbang sehingga 4 kilogram; wabar jantan agak lebih berat dari wabar betina sebanyak 10%. Bulu badan ia tebal berwarna perang kelabuan menggelap di kawasan lembap mahupun menerang di kawasan kering seperti gurung.[6]
Kepala wabar jenis ini sedikit lonjong bermisai hitam di muncungnya dengan leher yang kontot.[7]
Spesies ini dirakam mengeluarkan sebanyak lebih 20 jenis bunyi dan isyarat boleh didengari.
Remove ads
Tabiat
Spesies hiraks ini 95% waktu aktifnya berjemur;[7] ia sering berjemur dalam kawanan di mana setiap ekor saling menindih untuk mengawal atur suhu kelompok.[8]
Pemakanan
Spesies hiraks ini sering memakan pelbagai jenis tumbuhan terutamanya yang berdaun lebar atau dikotil[9] serta juga sering memangsakan serangga melata.[7] Kandungan air yang diperolehi dari dedaun ini menjadikan ia kurang minum namun boleh senang haus di bawah sinaran langsung matahari.[10]
Makanan sering dicari dalam lingkungan 50 m dari sarang secara berkawanan di mana salah seekor wabar ini menjadi pemantau sebarang ancaman bahaya yang boleh diteriakkan sebagai isyarat berlari kembali ke sarang.[11]
Pembiakan
Musim mengawan wabar batu dari Februari hingga April di mana alat kelamin reporduktif seperti buah zakar dan vesikel mani bertambah lebih besar daripada biasa.[12] Kedua-dua jantan dan betina menjadi matang selepas 16 bulan.[13]
Tempoh bunting betina selama 6 hingga 7 bulan di mana ia boleh melahirkan antara 2 hingga 4 ekor anak dalam keadaan terbuka mata dengan berbulu sempurna. Seekor hiraks atau wabar batu boleh hidup selama 10 tahun[13]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
