From Wikipedia, the free encyclopedia
Araz ([a.raz], serapan Arab: أَرْز, rumi: arz[1]) atau sedar ([sé.dar])[2] merujuk kepada genus pokok konifer Cedrus dalam keluarga Pinaceae. Pokok-pokok ini tumbuh asli di barat pergunungan Himalaya yang berketinggian 1,500–3200 meter dan tanah kawasan Mediterranean setinggi 1,000–2,200 meter.[3]
Araz | |
---|---|
Pokok araz Lubnan di Hutan Simpan Araz Al Shouf, Barouk, Lubnan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | Pinales |
Keluarga: | Pinaceae |
Genus: | Cedrus Trew |
Spesies | |
Lihat teks |
Pokok-pokok Cedrus boleh tumbuh setinggi 30-40 m (kadangkalanya 60 m) dengan kayu berbau wangi kuat dan beresin, kulit kayu berbatas tebal, dan ranting yang luas. Pucuk yang tumbuh bercirikan dwibentuk, dengan pucuk panjangnya membentuk rangka ranting-ranting pokok manakala pucuk pendeknya pula berdaun banyak.
Daun-daunnya malar hijau dan seakan jarum dengan panjang 8-60 mm yang disusun dalam filotaksis lingkaran terbuka pada pucuk panjang, dan dalam kelompok lingkaran padat 15-45 keping daun pada pucuk pendek. Warna daun-daun ini berubah dari hijau terang rumput hingga ke hijau gelap hingga ke biru-hijau pucat, bergantung kepada ketebalan lapisan lilin putih yang melindungi daun daripada kekeringan.
Kon benihnya berbentuk tong dengan ukuran sepanjang 6-12 sm dan selebar 3-8 sm, berwarna hijau yang matang menjadi kelabu keperangan, dan seperti dalam Abies, hancur apabila matang untuk melepaskan benih bersayapnya. Benih araz berukuran sepanjang 10-15 mm, dengan sayap sepanjang 20-30 mm, seperti dalam Abies, benih mempunyai dua atau tiga lecetan mengandungi resinnya yang merengsakan sebagai mekanisme pertahanan daripada dimakan tupai. Tempoh matang kon selama satu tahun di mana pendebungaan berlaku pada musim luruh dan benih matang dilepaskan pada masa yang sama setahun kemudian. Kon debunga pokok berbentuk bujur lonjong berukuran 3-8 sm yang tumbuh pada akhir musim panas dan melepaskan debunganya pada musim luruh.[4]
Pokok araz disesuaikan dengan iklim pergunungan; pokok-pokok di kawasan Mediterannean menampung kerpasan musim sejuk (terutamanya dalam bentuk salji) dan kemarau musim panas, manakala di Himalaya barat pula menerima hujan monsun musim panas.
Pokok-pokok ini digunakan sebagai makanan larva beberapa spesies Lepidoptera termasuk Thaumetopoea pityocampa dan Agrotis segetum (dijumpai pada araz deodar).
Kayu dan minyak araz diketahui mempunyai ciri menghalau rama-rama,[5] oleh itu kayu ini amat digemari dalam pembuatan peti dan almari untuk menyimpan pakaian kain wul. Walau bagaimanapun, spesies yang biasanya digunakan untuk peti dan almari di Amerika Utara adalah Juniperus virginiana, yang jauh berbeza daripada spesies araz sebenar (kekeliruan yang sama turut dialami dengan pokok spesies Thuja spp.). Araz juga biasa digunakan untuk membuat pengasak kasut kerana cirinya yang menyerap lembapan serta menghilangkan bau dalam kasut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.